Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Friday, December 23, 2011

Guilty pleasure : Maxi skirts hunting

Masih post pasal maxi skirts. Since keinginan menambah koleksi maxi skirts tiba-tiba membuak-buak lepas meng-google imej maxi skirts yang cantik-cantik, I went window shopping. Bukan jauh pon, depan PC je..hehe. Sekarang kan dunia teknologi, semua di hujung jari je so nak shopping pon tak payah susah-susah dah nak menapak ke kedai...online shopping je. Google lagi untuk cari segenap pelosok Malaysia ni segala blogshop or online store yang ada jual maxi skirts ni.

Unfortunately, memang jumpa yang berkenan di hati dan affordable, sayangnye semuanya kena pre-order, tak pun custom made macam one of my FB friends nihh, DalzButtonCraft. This means u have to pay full amount terus but have to wait for the items to arrive in 2-3 weeks time which is not so suitable for someone like me yang tahap kesabaran agak rendah. Bila dah sampai agaknye, nak pakai pon dah takde nafsu dah. What I learned from my window shopping tu pun agak mengecewakan jugak as I could only find the best design in town from overseas online store such as www.asos.com. Though the shipment is worldwide, you still have to wait at least a week for the items to arrive. 

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, on Wednesday, my other half ada game futsal dekat USJ, supposed to start at 9.00pm. Since we are enjoying our "honeymoon" phase right now, en. somi pon ajak le pegi Sunway Pyramid sementara nak tunggu pukul 9.00pm tu, tak payah nak balik rumah dulu. I was jumping to my joy la!! Boleh survey pulak dekat Topshop, Miss Selfridge, Niichi or Forever 21 since from my google-ing experince, those shops pon ada buat design maxi skirts ni. 

Disebabkan limited time plus nak isi perut lagi, sempat menyinggah Niichi, Forever 21, Voir, JASPAL and Kitschen and also Rest n Relax je. Daripada semua kedai tu, I managed to find what I was looking for which is pleated maxi skirts dekat JASPAL and Kitschen je. Quality dua-dua ok tapi appearance, skirt @JASPAL nampak lebih cantik and elegant.

Finally, I "rembat" this one. Susah jugak nak decide mula-mula tu sebab ada tiga colours : black, navy blue and emeral green. Tiga-tiga colours sangat menawan hati even black yang sudah tersangat biasa pun, tapi disebabkan design yang elegant menampakkan hitam tu pn sangat cantik. Inilah dipanggil "guilty pleasure". Memang pleasure dapat shopping something yang memang kita nak sangat tapi at the same time rasa guilty plak duit dah licin dalam bank...huhu!! Belasah lah, dah berzaman pun tak shopping dekat butik macam ni sampai dah lupa when was the last time.


p/s : teringin nk beli kaler emerald green plak:)

Thursday, December 22, 2011

Maxi skirts

Currently, I am so crazy in love with maxi skirts. Lama dah sebenarnya since saya memang peminat dan pengumpul setia koleksi maxi skirts ni tapi semenjak blog walking dekat www.stylishmuslimah.blogspot.com hari tu, perasaan nak menambah koleksi sedia ada tu semakin membuak-buak..hehe.

My collection takde la banyak pon, setakat 3 4 helai basic colour camtu je sebab senang nak mix n match. One of my friend said yang dia tak minat skirt-skirt labuh ni sebab dia rasa skirt tu buat dia nmpk renek @ pendek...haha. Mungkin betul jugak tapi kalau kena dengan cara pemakaiannya, insyaAllah nampak OK je dan bertambah-tambah cantik gitu. Ini pendapat orang yang minat maxi skirt cam saya, orang lain lagi mungkin berbeza plak pendapat dia. Sebabnye dulu pn pandangan saya pun macam kawan tu jugak, so kalau tak baju kurung, seluar jelah. Tapi bila tengok orang-orang yang renek macam saya ni pakai maxi skirt cantik je, takde nampak bertambah renek pun, minat tu bercambah. Lagipun, even kalau pakai seluar yang cutting-nya tak kena dengan potongan badan, sama jugak kan kerenekan tu terserlah jugak. Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada citarasa dan kreativiti dalam menata gaya masing-masing agar sesuai dengan potongan badan, ketinggian, occassion, budget (penting nihh....jgn pulak biar papa, asal bergaya..hehe) dan mengikut lunas-lunas Islam. 

Setelah meng-google dekat internet, here are some of the maxi skirts yang bisa menambat hati ini. Maxi skirts ni pun ada macam-macam cutting. Saya pun kurang arif bab-bab potongan tu sebab tak blaja fashion la katakan cuma mengikuti perkembangan je. Yang saya tau jenis-jenis potongan yang ada A-line, pencil, flowy atau kembang semangkuk ( ni istilah saya sendiri ), lain-lain agak kurang arif. Tapi this time sangat minat dengan "pleated maxi skirt" yang potongannye flowy tapi masih within the range yang dibenarkan untuk orang-orang renek agar tak nampak bertambah renek. Ada yang plain dan ada juga yang printed and many sorts of colour could be found bukan setakat basic colour macam putih, hitam atau coklat je. So, enjoy! ( Cakap dekat diri sendiri je...huhu)

Different cutting, style and material
The red one give me the idea to adopt this cutting into kurung moden design
The one I was talking about, pleated maxi skirts
Printed maxi skirts
Must have accessories, belts and cardigans/jacket

p/s : I did not own any of this photos unless otherwise stated.
        Next post would be : Maxi skirts hunting














Tuesday, December 13, 2011

My recovery phase

Bismillahirrahmanirrahim.....hr ini dlm sejarah. It's been 2nd week since I left my kiddos with their grandmothers and grandfathers. Why ada 's' tu??? Sbb nye rumah both their grandparents dekat2 so senang la gilir2 jaga. Karang tak adil plak asik dapat dekat dua2 tok je jaga. Tok ma and tok abah pon nak gak kan jaga cucu-cucu diaorg yang jarang balik ni.

The case is, mula-mula tu ingat tak nak tinggal Ashif, dalam dilema nak tinggal ke tak takut ummi n abah kesunyian plak kan. Tapi macam tak adil plak kakak dengan Aqil tinggal. Last2 Ashif kena chicken pox dengan Aqil skali kena. So dilema pun dgn sendiri nya hilang lah sebab nak tak nak Ashif kena tinggal sebab ummi dengan abah dah takde cuti....huhuhu. 

At first best juga "honeymoon" dekat rumah sekali sekala kan. Badan ni pn perlu rehat yang secukupnya. Bebas dari rutin2 seharian sebagai ibu. Bukan bermaksud keikhlasan menjalankan tugas2 sebagai ibu tu tak pernah ada. Cuma nya a short break from our routine is essential for our bodies to recover. Bukan setakat badan je, minda, hubungan dengan suami/isteri pn sometimes need some recovery jugak. At least ni lah masanya nak manjakan diri or buat sesuatu yang selama ni tak sempat kita nak buat sebab rutin bukan saje sebagai ibu tapi sebagai pekerja. Samala jugak kalau kita keje kat ofis kita perlukan break jugak kn, sebagai contoh pergi holiday ke atau sekadar bermalas-malasan kat rumah.

Yang paling penting hubungan suami-isteri dapat dipereratkan lagi. Mungkin sebelum ni masing-masing sibuk layan anak-anak sampai nk bermesra-mesra pn takde masa. Balik keje sama-sama penat, nak tau perkembangan anak-anak lagi, kaum ibu plak mana lagi dia habiskan masa dia bila dah sampai rumah tu??? Ke dapur je la jawabnye. Takkan asyik nak bagi anak makan air tangan orang lain je kan. Entah sembahyang ke tidak si tukang masak tu. Kadang-kadang kedai Melayu Islam pon tukang masak Indon takpun Siam. Alahai!! Pemakanan anak-anak kena jaga sebab pemakanan tu juga yang akan membentuk keperibadian anak-anak kita.

Memang diakui now I have more times for myself. Badan dah kurang penat nanti boleh simpan tenaga ni bila musim cuti skolah dh habis. Pagi-pagi boleh jogging bersama suami terchenta, tengok wayang berdua macam zaman bercinta dulu-dulu...weehoooo!! Macam-macam lah. Tapi the more days go by, the more I'm missing them. Being their mother is something that I will never trade for anything else even I have to feel exhausted everyday. 

The other main reason hantar diaorg balik kampung is...I wanted them to spend their days in a comfortable environment. Kesian sangat tengok masa-masa cuti diaorang dihabiskan macam tu je dekat rumah babysitter yang sempit tu ( didn't mean to condemn her house ...) tanpa buat apa-apa. Bukan selesa pon kalo kita la dekat tempat anak-anak, kena bangun pagi-pagi dudok rumah orang dari pagi sampai petang. Memang meronta-ronta rasa nk berhenti keje supaya dapat bagi anak-anak tinggal di rumah sendiri setiap hari, tapi nak buat macam mana, belum ada rezeki lagi.

So, during my recovery phase ni, I need to make most out of it so that every minutes of leaving my kiddos is worth all the everyday-i-miss-u-like-crazy thing...hehe. Hope after this I'll have a clearer mind, body and soul and be a better mother and wife...insyaAllah.

P/s : Wished ummi had bought kakak an iphone so that we could facetime each minutes I'm missing all of u...MMMuahhh!

Wednesday, November 23, 2011

Dialog orang stress!!

Owner blog : Assalamualaikum....knock knock knock!! Anybody home?????
Blog : Wsalam...ada.
Owner blog: Alhamdulillah, ada lagi. Ingat dh hilang tah kemana. Almaklumlah lama tak jenguk.
Blog : Alhamdulillah. sihat walafiat lg. Y long time no c??
Owner blog : sorry la. takde idea nk mengarang. Plus banyak sgt dugaan lately...haisyyy!!
Blog: Ce cite...ce cite.

Macam ni la kehidupan seorg manusia, ada suka ada duka. Sometimes I was in the happiest moments of my life and sometimes bila dugaan melanda, my world seemed to turn upside down. Walau macam manapun, kena tabah, sabar, istighfar, doa dan tawakkal pada Allah. Semoga dipermudahkan jalan ke arah kehidupan yang lebih baik hendaknya...Amin.

p/s : Tersangat ingin berenti keje...tp tak berdaya!!!

Thursday, November 10, 2011

Just another fun time and some retail therapy ;)

Got nothing to do except house chores this aidiladha holiday...hmmmmm :( Nak ajak jalan-jalan my other half was still not recover from his fever and flu. But on Monday, alhamdulillah, he's feeling a bit well. So we decided to take the kids have some fun for the holiday. Destination : Sunway Pyramid jerr. Mula2 ingat nk ke Genting Hland tapi memikirkan it was the last day of the aidiladha holiday, takut pulak on the way balik KL tak pasal2 stuck dalam traffic jem dgn orang2 yg br pulang dari kampung. Besides, I need retail therapy kn..hehehe!!

I found a great place for shoes hunting dekat cni :  PAYLESS SHOESOURCE (level LG1). Will definetely comes here again sbb design shoes dia sangat up to date, mcm yg artis2 Hollywood pakai tuuu..hehe and the price is affordable. And plus, the design ranges from adults to teenagers, kids and even babies. It's not a typical shoe shop where you ask the sales person to get you your size by showing them the display item. Here, every shoe was labelled accordingly to their sizes on the racks (5,6,7,8 etc...) in the box and you get to pick the shoe of your size yourself, try whether it fits you, go to the counter and pay. No need assistance! Nice!!!

For lunch decided to try Tony Romas famous ribs but have to admit despite the fact it's the trademark of Tony Romas, I was not so into it. Maybe should try other menus next time. But it's a very kids friendly dine in restaurant, that's for sure. Well, enough with the writing, l let the pictures tell its story.




kids got treated with free dessert @ tony romas!!

p/s : end up giving the kids "retail therapy", but it was worth it seeing their happy faces :)

Friday, November 4, 2011

Stress!!!

Hr ni saya stress!!! Sebab musabab dia :-

1. Raya haji TAk dapat blk kg sedangkan anak2 skolah cuti dr Jumaat-Selasa. Orang lain sibuk cite balik kg sana sini.....lagi  STRESS!!!

2. Lepas raya haji asben kena outstation ke SRI LANKA (jauh tuuuu!!!) seminggu. Bertambah-tambah STRESS rasanya. Kalau kena time cuti skolah takde stress sgt

3. Kena mencari rezeki dengan keje yang sangat2 TAK MINAT dah nak buat sekarang ni. Yang ini memang hari-hari STRESS. Rasa macam nk tukar profession jadi stay-at-home-mom je.....lalalalala :)...Sadly our financial state still made this an IMPOSSIBLE mission to accomplish for the present time :(

4. Takde sape yang boleh paham what's going on inside of me right now. Not even the closest person  because neither word can describe it nor I myself can make anyone understand...DAMN!!!  Having no one to talk to, STRESSFUL!

I desperately need retail therapy!!! Please...please......pleaseeeeeeeeee!!

My Sixth Sense

This would be a wrap-up for Medan entry. Remember I was talking about sixth sense back there in my 1st entry of sweet escape to Medan?? Actually, it was no more a 100% sweet escape after all the dugaan-s and sooo tak best experiences in our whole trip. I was talking about how not excited I was of going to the trip plus dugaan demi dugaan masa nak buat passport Aqil and Ashif seolah-olah Allah memberi petanda bahawa the trip is not going to be good. Lepas tu even masa nak check-in pun diduga lagi kn.

Kesimpulannya....betul sixth sense a.k.a intuition tu. Semua anugerah Allah. Terpulang pada kita nak percaya ke tak. Yang penting kita banyak2 berdoa dan bertawakkal pada Allah agar dipermudahkan urusan kita dan sentiasa dilindungi olehNya. Alhamdulillah walaupun banyak dugaan dan pengalaman tak best kat sana, semua ahli rombongan selamat pergi dan selamat pulang. Jauh berjalan luas pemandangan @ pengalaman. But, trust me. You can always believe your sixth sense...hehe. 

p/s: Was thinking of making entries about trip to Jakarta, Bandung and Beijing not long ago (oopss..betul ke not long ago???)..ermmm x payah laaa!!

Wednesday, November 2, 2011

Sweet Escape 2011 Part 5: Medan City Day 4

Last day of our trip and the activity for the day was something everybody was looking forward to : SHOPPING!! Kat Medan pasar ala-ala Pasar Baru dekat Bandung was called Pajak Ikan Lama. It's about 10 min by taxi or becak from Citi Inn. We manage to nego for 20,000rp for 1 taxi for 4 person and 1 becak for 10,000rp. My other half did not join the shopping spree since he was assigned to babysit our loveliess...hehe. Only me, my MIL, enga + hubby, Uja + Uncle Jali and Kak Tie + hubby went there. Yang lain berlibur dekat hotel jerr.

However, as we walked into the shop one after another, only disappointments awaited us despite the fact that retail therapy supposed to be fun and excited. Kain-kain tak menepati citarasa plus harga yg ridiculously mahal nak MAM***. Kat sini kain lace banyak dijual selain dari batik Indon yang dijual per meter. Susah sgt nak cari batik sarong yang dh siap potong macam dekat Malaysia yang kualiti kainnye halus dan lembut. Yang dh siap potong kain nye kat sini keras kejung. Ingat boleh borong kain sulam Bukit Tinggi yang dijual dekat Malaysia sampai 100 lebih sepasang. Tapi tak jumpa pon, yg ada cuma sulam pita yang rasa nya dh agak out dated dh.

So, end up beli telekung 3 pasang, kain pelekat 10 ribu benang dengan 7 ribu benang 3 pasang dengan kain lace yang dah siap potong skali dengan lining. Disebabkan kesuntukan masa nak kejar flight 1st badge kul 5.25 petang, agak tak sempat untuk explore semua kedai. Lagipun semua dah xde mood dh sbb tiap kali masuk satu kedai semua nk ketuk rege mahal2, mentang-mentangla muka kitaorg ni mmg terpampang perkataan "TOURIST". Memang kecewa lahh!! Beribu-ribu kali lagi best shopping dekat Jakarta dengan Bandung.

Pengalaman naik becak untuk balik ke hotel lepas tu sgt la mengecutkan perut!! Becak tu sama je cam beca cumanya becak pakai motor bukan beskal. Pemandu dia ganas2 belaka, cilok sana sini. Jalan dekat Medan dah le sempit, sesak plak tu. Nasib baik la tak jauh dengan hotel. Walaupon Citi Inn hotel taraf 3 stars je tapi kemudahan quite ok..within reach. Tempat makan yang affordable dan enak and mini market pn dekat. So tak payah susah2 nak keluar jauh setakat nak cari junk food or drinks.

My family and Ayoh Su punye flight was at 10.05pm local time which was 11.05pm Malaysia time. The rest have flown back to Malaysia at 5.25pm. Tak sama sebab masa booking tu did not manage to get return ticket RM 5.00 promo for all. Supposedly, ramai lagi yang sama flight at 10.05pm tu tapi yang lain tu tak jadi pulak join trip atas sebab2 tertentu, dats y just left us six je yang kena boarding flight agak lambat.

Cerita dekat Airport Medan plak : Airport tu tersangat la kecik, lagi kecik dari airport KB as mentioned before. Even tempat menunggu di luar check-in kaunter pon takde. Di situ tempat drop-off passenger di situ jugala tempat menunggu selagi airport personnel tak bagi green light untuk masuk. Jadi, tak payah lah susah2 nk pergi airport awal2 sebab even sepatutnye 2 jam awl check-in pon belum tentu kita boleh masuk untuk check-in. Bila dah boleh masuk ni, tetiba ada la dua tiga orang laki ni berpakaian biasa beria nak tolong passenger check-in termasukla kitaorang ni. Di ambeknya passport kitaorg dgn printed ticket camtu je bwk ke machine check-in. Terpinga-pinga jugakla tapi tak boleh nak buat apa. Terpaksa biarkan je la diaorg buatkan.

Yang tu OK lagi. Part nak bayar airport tax yang sakit hati ni. Me, dah ckp dengan my other half jangan bagi diaorg buat, kita buat sendiri sebab takut nanti diaorg mintak tips ke hape kn. Siap passport kitaorg pon dia pegang...PEHAL!! My other half rampas passport tu and bg tau kitaorg byr sndiri tapi tau-tau jela orang-orang camni bab memaksa no. 1. Tak daya dah nak buat apa, lagi pun kita kat tempat orang, tak boleh ikut suka hati nak buat apa kan...kena extra careful. Apa lagi kena pau dalam diam...free2 je bagi diaorg 42 hengget camtu je bila kira-kira balik sedangkan airport tax baru 75,000rp sorang. Pandai diaorang kelentong cakap kena bayar lebih. Masalahnye dekat kaunter pembayaran tu satu signboard pon xde inform pasal harga airport tax seolah-olah merestui keje tak senonoh orang2 camni.

Yang lagi sakit hatinya, mamat Indon tapi ghupe cam Bangla tu pulak tertukar boarding pass Aqil dengan orang lain punye. Apa lagi, mengamuk le my other half, yang mamat indon tu dah kecut perut dan kelam kabut dah. Dua tiga kali jugak la dia mintak permission dengan pegawai dekat boarding kaunter tu nak masuk dalam cari balik tuan punye boarding pass tu. Kena marah...PADAN MUKA!!! Alhamdulillah jumpa balik boarding pass Aqil sebab yang tertukar tu orang nya dah selamat masuk dekat tempat menunggu dah.

Pergi gak komplen dekat pegawai bertugas tu pasal dia ambik duit lebih masa bayar tax tu, dan pegawai tu suruh kembalikan tapi diaorg TAK mengaku. My other half pon dah penat dah and malas nak gadoh2, tau nak balik Malaysia je, cakap bior le. Tapi MAK tak puas hati nihhh!!! Bukan sket tuuuu!!! Memang TAK HALAL dunia akhirat duit tu buat keje menipu. Ghupe-ghupenya 1st badge yang balik petang pon sama jugak terkena, bukan kitaorg yang balik kemudian je. Adoii!!! Kesimpulannya sekarang, bukan salah tourist tapi salah pengurusan airport Medan sebab membenarkan pembelit @ penipu berleluasa dekat situ tanpa ada sekatan langsung malah amat-amat dialukan kononnya untuk membantu pelancong.

4th day ni tak sempat ambik gambar apa pon sebab banyak sangat benda yang menyakitkan hati berlaku dari pagi sampai le nak balik. Cuma nya alhamdulillah flight tak delay and arrive on time as expected. Sampaikan kami semua ahli rombongan berikrar...hehe this would be the 1st and the last trip ever to Medan...insyaAllah. Most of our experiences are soooo TAK BEST especially the shopping spree except the breathtaking and unforgettable view of Lake Toba. 

Becak

Tuesday, November 1, 2011

Sweet Escape 2011 Part 4: Brastagi to Medan City Day 3

Day 3 :After a really gud nite sleep last nite, dis time xde nk rushing bgn pagi-pagi sgt dah macam Day 2. Pak Andrian bagi tau Hotel Sinabung was fully booked that day, so kalau tak nak berasak-asak masa breakfast, lebih elok kalau turun awal dalam 6.30am local time. Tapi disebabkan awal sgt, perut belum dapat terima makanan lagi time macam ni, my loveliess pn sama, semua x lalu makan. Makanan rasanya lagi sedap masa breakfast dkt Toledo Inn, walaupun byk choice sbb dis time buffet punye selections.

After breakfast went back to our room untuk pack our bags and ready for checked out. Time ni lah Aqil start muntah-muntah. Mula-mula dkt dalam bilik, lepas tu turun dkt lobi tu, muntah lagi. Mula la ummi stress!! Sib baik la Nena, my SIL yg x jadi ikut trip nihh ada bekalkan pil tahan muntah. Dalam bas on the way to Medan city tu, suruh Aqil tidur sbb takut dia naik pening lagi dan muntah dalam bas. Alhamdulillah, sampai ke Istana Maimon dekat Medan tu, he seemed fine dan aktif balik. 

Ada cerita menarik dekat Istana Maimon ni di samping history raja-rajanya yg kebanyakannya berasal dari Tanah Melayu sebenarnya. Dekat cni setelah diberi penerangan, kami dibenarkan bergambar dekat tempat pertabalan dan kerusi King and Queen, so bolehla sape2 nk perasan jadi King and Queen jap bergambar kat ctu..hehe. Kat sini ada sorang photog ni sibuk jugak mengambek gmbr kitaorg ni, siap suroh2 lagi posing gitu gini. Terfikir gak apa la peranan org tua tu kn. Ingat kan maybe la photog rasmi Istana Maimon tu, so xde la syak apa2 bila dia suruh posing2 tu. Dh nk blk tu Pak Andrian mintak sape2 pi tandatangan buku pelawat...ghupe-ghupenya ada udang di sebalik mee. Lepas sign kena derma!! Kalau dtg cni memang x sah kalau tak buat amal jariah. Dari Ambrita sampaila Medan asik kena derma je tiap kali melawat historical place dia. So disebabkan macam ni la cara diaorg dekat cni, kitaorg gilir-gilir derma, xde tiap kali pergi satu2 tempat tu semua kena derma.

After that, we were heading for our luncheon at .........( x ingat nama rest. tu tapi rest fine dining gak la, stail rest. garuda dekat Jakarta). This time menu stail nasi padang, so lps diaorg lambak kan macam2 lauk dekat ats meja tu, sesi pemilihan lauk dilakukan. Yang mana tak nak makan tu tolak tepi suruh dia angkut, nnt tak pasal2 lak dia kira skali. Paling suka menu ayam goreng tepung dia, rangup..nyum nyumm!! Skali tengok rege masyaAllah ...fuhhhh!! (paham2 sendiri jela...dh sampai perut pn dh). Dh dekat selesai nak makan tu, tetiba photog yang menyibuk dekat Istana Maimon td datang dekat meja kitaorg!! How on earth did he know we were having lunch there??? Ni mesti conspiracy dengan Pak Andrian nihh. Dia buat apa lagi kn...jual gambar kitaorang yang dia capture masa dekat Istana Maimon tadi tu laa. Me + my other half + gambar ramai2, 4 keping dia jual 70,000rp lps bargain, tu pn muka tak puas hati. Memang padan la!! Sape suroh buat keje camtu. Ni stail macam dekat Beijing dulu la ni jugak.

Then, check-in dekat Citi Inn - family suites. Hotel 3 stars je kot tp Wi-fi ada, cyber cafe pon ada even though ada 1 PC je. Malam tu just resting dekat hotel, baru nk keluar ambek angin, Aqil start muntah lagi...stress lagi!! Sian Aqil. Nihh gara-gara naik bas lepas tu jalan macam ular kena palu and berlobang sana sini, mana la x pening sampai muntah. Esoknya ma cerita Aqil muntah lagi and cir-bir tgh2 malam tu tp sbb dia tdo dekat living hall dgn Ayah Su and future uncle in law, uncle Jali while ummi and abah syok tdo kat dlm bilik, Uncle Jali la yang tolong uruskan Aqil. Bertuah Uja dapat Uncle Jali ye Uja....hehe. Terima kasih byk2 to Uncle Jali...mmg ada ciri2 menantu mithali.

Oh ye!! Lupa lak nk cite. Memandangkan kitaorg bayar travel agent tu untuk 3 hari 2 malam je, penginapan dekat Citi Inn dan makan-makan lepas breakfast dekat Sinabung Hotel tu adalah termasuk dalam budget lain dah. Dats why la terkezzzutt dapat bil makan tengahari tu. Dinner malam tu makan KFC (memandangkan KFC tu seberang jalan je) dengan mee segera Indon yang lagi sedap dari mee segera dekat Malaysia, yg penting HALAL. 

Hotel Sinabung

Hehe...comeyy la anak ummi nihhh...:)
Kings and Queens.....:)
All of us

Front Yard of Istana Maimon

Sweet Escape 2011 Part 3 : Samosir Island - Brastagi Day 2

Salam...sweet escape 2011 continues - Day 2. Malam nye tdo agak nyenyak..penat travel punye psl. Pak Andrian (hope I spell it right..heheh) cakap breakfast at Toledo Inn will be at 7.30 am local time. Masa ni kitaorng blm dpt adapt lg dgn waktu Indonesia yang lmbat sejam dari Malaysia..masih blur2 bab nk set alarm ni and I didn't even realize that my Iphone was set to automatically change time accordingly to the country I'm visiting..jam tangan plak dh bkk ms semayang semlm nye lps tu campak dlm beg, mls nk selongkar, so mmg x sdr la. I set the alarm  sejam awl la konon nye dr waktu Malaysia. Alih2 x payah pakai alarm pn, ada alarm bergerak ready utk kejutkan semua org..hehe. My FIL.. sorry la abah. Abah kejut awal sgt..hehe.

Suhu sgt best...ala2 Cameron Hland gitu..dingin je. Bekpes xde buffet cam biasa kat hotel2. Malam td Pak Andrian dh tlg amek order kitaorg: 10 nasi goreng + 2 mee goreng...sedappp!! Lepas bekpes, camwhoring jap lps tu check-out terus. Next destination : Ambrita, perkampungan orang Batak. Nak ke ctu, mode of transport seperti biasa, naik bot lagi. So kena pakai proper attire sbb agk adventorous naik bot trn bot. Silap hb tergolek jatuh lam Danau Toba..takut jumpa kepala org sbb menurut Pak Andrian dulu2 bila org yg mengamalkan ilmu hitam dihukum pancung, kepala dibuang ke Danau Toba dan badan ditanam sbb x nk disebabkan amalan ilmu hitam mereka, kepala dan badan bisa bercantum semula..huhu. Agak mengerikan di situ. 

Selepas Ambrita, next stop is Tomok. Sama mcm Ambrita, kat cni ada makam Raja Orang Batak dulu kala. Persamaan antara Ambrita dgn Tomok is...dua2 ada byk gerai souvenir cuma Tomok mcm lebih maju sket. Ambrita tu mmg kampung. Lagi satu persamaan adalah orang2 nye yg follow tourist sampai ke bot and paksa2 kitaorng beli barang selagi bot x bergerak. Yang menarik perhatian kat Tomok tu bermacam jenis beg yg dijual. Dari tas tgn yg kecik sampai le yg beso2, mcm2 ada. Cuma kena pandai bargain and dkt Tomok penjual dkt gerai2 tu takdela memaksa sgt mcm dkt Ambrita.

Selepas Tomok, we were heading back to Parapat for lunch dekat Rest. Istana Minang. Part naik bot trn bot dh tamat di situ. After lunch and praying, off to Brastagi and on the way, stopped by at one of the tallest waterfall, Si Piso Piso. View sepanjang perjalanan sgt2 cantik with Lake Toba underneath the small road without guardrail pon taU (only small part je ada)!! Seram nyeee ( gaya ala2 Adi Putra dlm KL Gangster..haha!!). It took about an 2 hours utk sampai Brastagi dari Parapat, plus 2 or 3 stops for toilet and membetulkan urat yg hmpr kejang tu . FYI, Brastagi tu adalah tanah tinggi macam Cam. Hland kat Malaysia. Suhu pn xdela sejuk sgt. Pekan dia pn kecik je. Kat sini aktiviti : Menunggang kuda, shopping souvenir ( lagii !!...) and makan jagung bakar/rebus. Jalan2  dkt ctu kena xtra careful...selain drpd pickpocket, hasil buangan kuda byk bersepah tp ada org ditugaskan utk mengutip hasil buangan tersebut all the time.


After about an hour kat ctu, sedangkan ms yg Pak Andrian bg cuma 30-40 mins je, kitaorg gerak ke Hotel Sinabung Hill. Hotel ni is the best ever sepanjang trip nihh..4stars kot. SOooooo selesa, siap ada swimming pool lagi tp who would brave the cold mandi kolam dkt tpt dingin camtu. Other alternative : mandi bath tub jela..ada water heater..hehe. Makan pon OK tp this time byk lauk vege...mcm vegetarian plak dinner mlm tu. Tido dgn selesanya malam tu..puas hati sgt dapat stay kat hotel Sinabung merehatkan badan yg kepenatan yg amat.
Bergambar dpn bilik masing-masing @ Toledo Inn, Samosir Island
Lepas bekpes - Sekadar di pinggiran Danau Toba
Naik bot turun bot, depan perkambungan BAtak di Ambrita
Perkampungan Batak @ Ambrita
Rehat dulu menikmati keindahan Danau Toba dari puncak
Breathtaking view of Danau Toba....subhanallah
Si Piso Piso waterfall (Filter used via Instagr.am)


Friday, October 28, 2011

SwEet EscApe 2011 PArt 2 : MEDAN Day 1

Finally, hr yg ditunggu-tunggu telah tiba. Off we went to Enga's house..my lil' SIL, kumpul dkt ctu. So kul 10.30am sampai sana sbb airport limo dtg kul 11am. MAsih x rasa excited jugak, even dh sampai airport pn sama..haisyyy!

Nak dijadikan cerita, ms nk check-in tu, my lil SIL baru perasan dia punye passport pulak dh nk expired, tinggal 5 bln je lg b4 expired. KAlau ikutkn mn boleh travel kalau kurang dari 6 bln kn. Woooo! Dugaan lagi!! Even dh nk naik flight pn kami diduga lagi. Last2 slow talk dgn officer in-duty yg menangani kes-kes camni and after liase dgn kedutaan Indon dkt sana, alhamdulillah boleh lepas. Dtg airport plak lmbt. Biasa 2 jam awl kalo flight international kn, kitaorg sampai LCCT jam 12, flight 1.30pm. Nk tunggu surat pelepasan dr kedutaan sana dh satu hal pulak...memang risau time tu. Kalau xde srt tu x boleh check-in. Dh dpt surat tu alhamdulillah part check-in dh selamat sudaa.


OK lah, bab check-in dh selamat...bab boarding plak satu hal lg. Sape-sape yang penah naik Air Asia tau jela kn, jauh kena jln dr tpt menunggu utk boarding ke flight. Dh le agak jauh kena jalan, ada pulak yg pengsan ke skt apa tah dlm flight yg br mendarat yg sepatutnye kitaorng naik ni. Lenguh gile kaki tunggu AA menguruskan hal tu. Dh naik tu tpt dudok lak berterabur, lps tu punyela lama nk MAM*** nk tunggu kapal terbang tu naik. Tak tau la pulak apa mslh nye lg AA nihh..dkt sejam jgk la dok lam kpl terbang tu saje2. Ptt flight kul 1.30, kul 3 br naik. Disebabkan flight tu short distance je, xde mknn berat2 dlm flight. even mintak muffin pn ada satu je..teruknye servis AA nihh. Taula low cost tapiiii.....hmmm. Kalo camni baik td jgn panggil lg passenger boarding flight, boleh kitaorg mkn2 dulu.


Nasib le baik, flight ambk ms lbh kurang 35 min je ( lg dekat dr KB tuuu!). Kitaorang mula-mula tu ingat nak free and easy je trip nih tapi bila kira2 balik kos transport dekat Medan yang agak mahal, decided to hire a travel agent after making some cost comparison exercises. We used this travel agent, Narasindo Tour. Bila dh jumpa tourist guide tu dia nye agenda nk terus bwk kitaorg gi PARAPAT disebabkn kesuntukan masa sbb flight delay kn td. Tapi kitaorg request mkn dulu sbb x tahan sgt dh especially budak2..sian diaorg kelaparan. Oh ye! Our transport for the trip is a mini bus fit for us, 12 person including kids. Lepas mkn n semayang, off to PARAPAT where LAke Toba is situated. 


Perjalanan mengambil ms lbh kurang 4 jam ke PARAPAT. Since dh malam, takde nk cuci mata tgk pemandangan dh. Tried to sleep tp jalan tak berapa elok and tpt dudok lam bas pn agk x comfortable. Tpt dudok blakang betul2 ats tayr bas...melompat2 smbl dudok je la jwb nye sbb jln lobang sana sini. Dinner dkt ctu b4 naik bot for another 45 minutes to SAMOSIR ISLAND di tengah2 Lake Toba yang luas tu. Bermalam di Toledo Inn, Samosir Island. Suhu sgt dingin meredah Lake Toba malam2..risau jugak sbb sume x tau berenang plus bwk budak2 skali kn.


Bot  agak besar utk 12 org tp mmg disewakan khas untuk kitaorg je. Sampai Samosir ISland dh dkt tgh mlm, so takde apa nk buat lgpn pulau tu bkn beso cam pulau Langkawi pon, takde ape cuma hotel2 di pinggiran pulau tu sahaja. Toledo Inn tu boleh tahan la bilik dia for one night stay. Takde la grand pon..just nice...not bad at all. That's all for day 1 since arriving late, gmbr pn x byk sgt.


Our Transportation

Airport kecik je - lg besar airport KB

Makan dkt hotel apa tah...lupa. Lapar sgt ms nih. Mkanan OK tp agk pedas utk kids

Ultraman in action..hehe

Ayoh su n Qais
PARAPAT from our boat

Friday, October 21, 2011

Sweet Escape 2011 - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...The day finally arrived. Esok, insyaAllah akan terbang ke Medan, Indonesia dengan my beloved family and in-laws. Tersangat lama dah tiket RM5.00 -AirAsia Promo ni ditempah sampaikan dh xde feeling apa2 pn about this getaway. Biasa of coz la kalo nk pi jalan2 mesti rasa excited kn, tp x tau kenapa i don't feel anything. I even feel like not going at the very last minute. 

Since i'm a late decision maker dan suka let things go with the flow, so at last decided pergi jelah sbb dh x leh cancel dh pon, tersgt last minit dh. Reasons are : 
- bkn senang nk dpt tiket murah camtu and boleh bwk all my loveliess together
- pergi ramai-ramai dgn in-laws so meriah la sket
- nk tunaikan niat nk bwk Aqil n Ashif sbb last time pi Indon bwk kakak je
- thn dpn n seterusnya mungkin xde can dh nk bwk semua jln jauh2 sbb kena cut cost since nk kena kumpul duit, Aqil dh nk msk Drjh 1 thn 2013 nnt

Tapi kadang2 risau gak sbb i dont know why i feel nothing. Sekejap mcm excited sekejap rs macam biasa2 je. Risau sbb, biasanya kalau this kind of feelings melanda, I can always smell something isn't right in the future...nauzubillah. Chewahh. Macam ada sixth sense plak ye. Sebenarnya ada beberapa halangan seblm ni yang buat x excited tu :-

- ms 1st week nk buat passport Aqil n Ashif, system JIM downed for 2 days, SAbtu dan Ahad which is the only days that kitaorg free
- the next Sat pergi, system ok tp no. giliran pulak hbs sampai my other half decided x pyh pergi ( sbb tgh marah ms tu). Tp berjaya pujuk, pergi hari Ahad keesokannye...last try and alhamdulillah dpt buat jgk.
- Kos transport + hotel utk kitaorg satu family yg lebih drpd di-budget kan. Tu blm masuk mkn minum utk kitaorng kat sana, aiport tax, tips sume lg and plus nk shopping2 lg. Alhamdulillah dpt quotation dr satu travel agent yg within budget.
- Kakak tgh peksa akhir thn, w/pn dlm jadual peksa, the date should be free from exams tp ulangkaji nnt mcm mane..huhu. RISAU...RISAU! 

So, kesemua tu mmg kill all those nice feeling I should be having bila time2 mcm ni kn. Walau mcm mana pon, semoga perjalanan kami ke sana, sepanjang berada di sana dan perjalanan pulang dipermudahkan dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. dan semoga pulang ke M'sia nnt with good memories of Medan...amin ya rabbal alamin. Mungkin dh tiba sana nnt br excited....insyaAllah.


p/s : To date, I still have not pack our luggage!!




Wednesday, October 19, 2011

happy birtday to me......

Today's my birthday...the 23rd ......oopps 32nd birthday...y'all. So I'm wishing myself a wonderful birthday. May Allah have his blessing upon me until the day i'm unable to wish me anymore birthdays. May I have a wonderful and happiest life with all my loved ones and KEJAYAAN, KEBERKATAN DUNIA DAN AKHIRAT....amiiin ya rabbal aalamin.

Friday, October 14, 2011

Drama Korea - SPY MYEONG-WOL

One of my fav past time - menonton drama2 korea. I think mmg ramai pon yang suka tgk drama korea ni sbb jalan cerita dia best, lakonan pelakon2 dia pn sgt hebat dan menusuk kalbu (chewahh..!!) di tambah pulak dgn kehenseman dan kecantikan artis2 dia. Dan lg satu fashion style Korea yang mmg sgt interesting utk di followww.

So saya br je selesai menonton 18 episod drama Korea - Spy Myeong-Wol dkt www.maaduu.com. Sebenarnye cite ni dh ditayangkan dekat channel KBSW ( Astro 391 ). Baru jugak lagi lebih kurang 2 minggu sudah, tp disebabkan kesibukan tugas-tugas yang menuntut perhatian dekat rmh dan tayangannye yang agak awl utk saya menontonnye, pukul 9-10 camtu, memang sangat tak sempat nak mengikutinya dkt TV. Nasib la ada ditayangkan on9, boleh gak tgk sambil2 tunggu asben ambk lps ofis hour n time lunch. 

Sangat-sangat suka cite ni. Part awal2 memang kelakar tp bila dh dekat2 penghujung tu memang sedih sgt sampai bercucuran air mata. Saya mmg jenis mudah emo kalo tgk cite2 sedih ni, mmg bab nangis no.1. Sampai kan satu tahap tu dh x boleh nk tgk dh..sedih sgt. Rasa mcm nk meraung je..haha. 

Sinopsis : Myeong-Wol, spy Korea Utara pergi ke Korea Selatan dgn misi nk bwk Hallyu star, Kang Woo ke Korea Utara utk pembangunan industri hiburan Korea Utara. So misi MW ni kena buat KW jatuh hati n kawen dgn dia lps tu blk ke Korea Utara. Tp lama2 MW betul2 jatuh hati jgk dkt KW sampai dia x sanggup nk accomplished misi dia tu. Dan w/pn KW akhirnya tau hal sbnr, dia pn tak sanggup nk tinggalkn MW dan sanggup ikut MW blk Korea Utara w/pn MW tak bagi. 
MW pn sebenarnya tersepit antara hubungan dia dgn KW dan kebaikan her gurdian angel - Major Comrade Choi Ryu which is also her superior yang selama ni rupanya turut menaruh hati dkt MW. Tapi akhirnya CR mengalah setelah dia nampak betapa KW sgt2 mncintai MW dan sanggup lakukan apa saja utk menyelamatkan MW dari si tua penjahat ni, president Joo.
And when everything seems to have a happy ending, MW dgn CR terlibat dlm kemalangan ms on the way nak jumpa KW sebab orang atasan dioarg telah mengarahkan supaya MW dan CR dibunuh kerana gagal melaksanakan misi. Sad story tp still a happy ending story...like it sooooo much. Nk tau mcm mana boleh jadi happy ending tu kena la layan, kalo cite sume spoil je nnt  * __ ^

p/s :
* Love the way he loves her ( KW towards MW) despite denials after denials before he finally realized how much he loves her
* Love CR for being so protective of MW - very brother like figure
* Selain dari Episod last, yang paling touching, babak2 last masa ep.10 dan diulang balik di  awl ep. 11 :(

Tuesday, October 11, 2011

Tips Melembutkan Hati Anak


Untuk amalan bagi Ibu bapa sila baca surah To Ha ayat 1 hingga 5 sebanyak 3x pada telinga anak semasa anak tidur. Lakukan 7 hari berturut-turut..Insya'Allah..anak akan lembut hati dan mendengar kata.

Monday, October 10, 2011

Boringggg!!!

Dah lama tak berblog since kekeringan idea, besides been bz with work lately and watching my fav korean drama- Spy Myeongwol dkt maaduu.com...hehe. Yg part drama tu will blog about it later.

Actually tonite tersgt la boring sbb my lovelies 3 org ni dok tgk CD fav masing2 dr sampai rmh kul 8pm td sampaila 9pm ++ dh skrg ni. Adoii!! Rasa mcm berzaman dh tak tgk tv. Balik2 ultraman, tak pn barbie! Kalo x psg CD, astro cartoon network.

Kalau dpt kat abah layan bola pulak. Tapi kn ummi lg rela layan bola dr tgk ultraman or barbie....hmmm. Sib baik le pakai iphone, dpt gak berblog...ngeh ngeh ngeh:)

Thursday, September 22, 2011

I almost lost my beloved cobok!!

Uwaaaa!!!! Nasib la takde emoticon yang kluar air mata cam air banjir kat sini but that's how sad I felt when I thought I almost lost my cobok yesterday at pasar malam. One second he was in front of me and another second he's gone in the sea of crowd. 

Biasa kalau pergi pasar malam, my kids especially Ashif a.k.a cobok dengan Aqil suka sangat pergi tempat orang jual mainan especially ultraman and diaorg akan leka je kat situ sampai ajak balik pun susah kadang-kadang tu selagi tak beli anything yang diaorng nak. Biasa my duty untuk beli makanan diaorang and my other half would act as watcher and bila dah selesai beli makanan I will look for them who will always be nearby. Sometimes tu hanya mampu geleng kepala bila tengok abah diaorg tengah engaged dekat phone without paying attention to the kids whereabout tapi biasanya diaorg takkan pergi jauh.

And as usual, while they pay so much attentions to the toys, I will be attending my fav gerai which is tempat orang jual tudung next to the toys stall. Masa tu my other tengah beratur beli nasi kukus untuk budak2 tu (pelik gak nape baik sangat semalam nak tolong beratur belikan..hehe). Tak sampai 3 min pon dekat tempat tudung tu, I went to the toys stall to check on them and guess what??? Ashif was nowhere to be found at the stall or nearby. Panik menyerang!! And as usual jugak, my other half would always attached his ears to his BB and pay no attention to what's going on.

Aduhhh!! Rasa macam nak tercabut je jantung ni! And bila my other half dah came back to the "real world" baru la kelam kabut mencari si cobok. Sib baik ada sorang perempuan ni perasan muka cemas kitaorang. Dia tanye "kak, cari baby ekk?? ada kat depan sana, ada orang tolong pegang". Apa lagi, I terus walkathon ke arah yang perempuan tadi tunjuk. Alhamdulillah syukur nikmat, tengok Ashif tengah pimpin tangan dengan this guy yang tengah dokong anak pompuan dia jugak.

Malunye dekat abang tu. Mesti dia kata tak pandai jaga anak. Biasa tengok je orang hilang anak dekat pasar malam tu. Nah ambekk kau!! Jadi kat diri sendiri pulak. Pikir-pikir balik, I think he was looking either for his abah or Aqil sebab masa I was going to check on them, Aqil takde dekat toys stall, dia pergi gerai toys kat depan tinggal adik dia terkontang kanting sorang2 kat first stall tu. Maybe Ashif was panicked tengok Aqil takde kat sebelah becoz he will always follow Aqil. Even pesan dekat Nadhirah suruh tengok kan adik pun tak boleh harap jugak and I wasn't blaming on Nadhirah or Aqil sebab diaorang budak2 yang still tak faham erti tanggungjawab. Pesanan-pesanan sebegitu cuma learning process for them about responsibilities. 

After this incidents, I really hope both Kakak and Aqil will understand the real reason why ummi selalu pesan " jaga adik elok-elok" and learn fast the duty to care and protect Ashif when me and my other half are happened to be occupied with something else. And for me, I've learned my lessons too...Jangan asyik nak beli tudung je tiap kali pi pasar malam...huhu!!

p/s : oh yess!! I pakai tudung pasar malam jerr. Kualiti sama, design sama macam yang dijual online dekat *tutttt* yang glamer tu. Rege online : 39++, rege pasar malam 25 jekk...hahaha

Tuesday, September 20, 2011

Emerald green is in da houz!!!

After a long thinking and comparisons by comparisons, I've finally made up my mind. Remember wordless-wednesday-di-persimpangan dilema???? So last friday , 16 Sept 2011 which is Malaysia Day, off to Sunway Pyramid to get my new Iphone 4 at Maxis. Rumor has it that soon Ip5 is launching but still nobody knows the exact date and how soon it will arrive in Malaysia. Lagipun belom tentu I can afford one.

For me, memang berbaloi beli Ip4 dari BB. Puas hati sebab :-

a. Skrin beso dari BB
b. MasyaAllah dia punye screen resolution marvelous, macam tgk HDTV pulak, bak kata website dia "text amazingly crisp and images stunningly sharp"
c. Macam2 apps boleh di download dekat apps store
d. lain2 tengah explore lagi..hehe

Lepas selesai urusan dekat maxis tu, masa untuk window shopping pulak ye...nk shopping tak boleh dah sebab dh shopping satu barang tadi rege pn dh brape kn. Tapi masalahnye sekarang kepala ku terbayang-bayang maxi dress kaler emerald green dekat butik JASPAL hari tu....cantiknya.

Teringat pulak satu artikel fashion about emerald green is in right now...uwaaaa!! Menyesal nye tak beli hari tu. Nak pergi lagi dah malas dah semata-mata sebab dress tu yang belom tentu masih ada stok. Karang pergi sia-sia je kalau out of stock. Tapi nasib baik la, jumpa jugak maxi dress kaler ala-ala emerald green tu cuma the colour is lighter dekat online boutique SARIS COUTURE. I've been her regular customer now. This time dah 3rd time shopping dekat situ. In case ada yang tak tau cane kaler emerald green tu, ni lah dia,

Atelier Versace emerald dress

Emerald jewelry

Thursday, September 15, 2011

Beauty and the beast....

Kedatangan bulan Syawal sekarang ni banyak memberi peluang pada bukan saje muslimin dengan muslimat mengeratkan silaturrahim dengan adanya open houz every week. Time ni lah nak ziarah-menziarahi sedara mara and kengkawan yang dh rasa macam berkurun lamanya tak jumpa.

Masa buat open houz hari tu pun, my close friend sejak zaman skolah lagi yang balik beraya from Oz sempat gak menghadirkan diri. Last time jumpa masa kenduri kawen kawan skolah jugak last year. Esok pon ada lagi jemputan open houz kawan skolah yang sememangnya berkurun tak jumpa sejak habis SPM. Wahhh!! Dah 15 tahun tu tak jumpa. Itu pun nasib baik la ada FB, boleh jugak tau perkembangan masing2 walaupn setakat di alam cyber je. 

Talking about FB ni, me myself macam orang lain jugak yang ada acc FB, banyak jumpa balik kawan2 lama especially kawan skolah kat cni. Majoriti semua dah ada family masing-masing. Bila godek-godek profile diaorang dapat la tengok si A kawen dengan sape, si B kawen dengan sape and so on lahh. Dalam hati "ooo...dia ni kawen dengan dia ni ye", " hmmm.....takdelah cantik bini dia pon" atau "hmmmm..takdelah hensem mana pon laki dia. Dia lawa". Macam-macam spontaneous thoughts lah dekat kepala otak ni...hehe.

So when I look back at myself years ago when I was in school where I used to be a reserved and lack of confidence type of person, and then I look at them whom I used to admire and afraid to be friend with becoz of their beauty, i thought, " how ridiculous I am back then!!They were not angels, they were just a bunch of normal people like me". What I mean is, biasala teenagers, crushes always happened, right. Kejap dengan mamat ni, esok nampak mamat yang lebih hensem and macho, terus beralih arah pulak. Nak berkawan takot sebab dia hensem, kita tak lawa. Lepas tu dia pulak kalo nak ngorat, ngorat budak2 yang lawa2 aje....grrrr. 

Lepas tu pulak, kalau ada kawan2 yang lawa2 mesti segan nak kawan sebab dia ramai peminat, kita takde peminat pon. Minat kat orang lain ada la kan..haha.

See what I mean??? No self-confidence at all plus too much negative thoughts on ourselves. Yes, I get it! Normal people will always admire and look up to beautiful people. But not born beautiful, does not mean that we cannot be friends or having relationships with beautiful people. Tengok jelah sekarang, those beautiful people which I have crushes on back then, ended up with not so beautiful people eventually. Dalam hati.." kalau camni je taste dia, aku pon layak nak ngorat dia dulu2" atau " aku pun lagi cantik dari bini dia sekarang"...weehoooo!!

As I grew older, self-confidence datang sendiri though i'm not born beautiful becoz I know I can look beautiful by being beautiful inside out if I want to. Even if I cannot change how Allah created me. At least I'm not blind...I'm not deaf and I'm not silent. I'm physically capable being a normal human being. There are lots of ways to look beautiful nowadays. Change the way you dress, put your make-up on, eat healthy foods, take good care of your skin or what ever it is (only dengan cara yang dihalalkan dlm Islam), don't forget to bring along your self-confidence and always think positively. And how to achieve that if you don't have people to guide you??? READ!! Magazines, books and you can always google. There are lots and lots of video tutorial and articles to help you look beautiful. Just don't overdoing it...less is more.

Tuesday, September 13, 2011

10 Syawal 1432 H @ 10 Sept 2011 : Open Houz

Suddenly decided to organize open houz dis year but strictly limited to family members and close friends only. Sebabnya, sorang2 masak, sorang2 serve, sorang2 kemas balik everything back to place. So tak larat le kalau nak jemput semua kenalan dan jiran tetangga. Pernah organized sekali untuk jiran tetangga masa 1st year pindah Puncak Alam. Tu pun sebab diaorng request nak tgk rumah kitaorg yang tak seberapa interior design nya..hahaha. 

Menu kali ni of coz la menu fav my in-laws - nasi ayam. Tapi terlebih rajin plak tahun ni, buat lagi satu menu : pasta and desert : puding swiss roll hangit ( kastard terhangit sket, kalo makan bau hangit tu !!). Adoiii!! Anyway Alhamdulillah everybody invited could make it on that day. Thanx a lot for your commitment. To those who was not invited but still sudi menghadirkan diri...terima kasih juga. Besides, it's raya season, the door should be alwayz open kan :)

Families

Ofismates : Ayu & husband, Farah

Ofismate : Dira & sister
p/s : Happy birthday to my other half (10.09.2011)...alwayz looking forward to grow old with u.