Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti, Berpautlah wahai nyawa, ini bukan mimpi, Saksikan dengan mata, Rasakan dengan jiwa, Kau sedang tinggi, Jauhnya kau terbang, Siapa sangka? Getir yang menghalang tak besar mana, Payah payah semalam, Moga mudah selama, Tiap apa yang mematah tegakmu, Tiap yang menolak, Tiap yang memijak-henyak, Biar di belakangmu, Jangan dikenang, Moga dibuang dendam dan sayu, Tuhan, Jangan kau izin aku lupa, Jangan kau biarkan aku mendepang dada, Pasakkan hatiku pada kaki, Paksakan ku tunduk sehingga mati.
- Terbang Tunduk : Fynn Jamal -
Kepulangan yang telah lama dinantikan...........welcome home.
P/s : Rasanya tak perlulah untuk mempersoalkan berkabung itu boleh atau tidak. Perkataan berkabung itu pada saya hanyalah satu istilah supaya semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama mudah untuk memahami bahawa hari ini merupakan hari untuk kita mengingati dan memberi PENGHORMATAN terakhir kepada mangsa-mangsa juga tanpa mengira bangsa dan agama mereka yang terkorban dalam tragedi menyayat hati ini. Bukanlah bermaksud berkabung itu perlu sampai tahap meratapi atau tidak redha dengan qada' dan qadar Allah...tidak sama sekali.