Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Wednesday, March 14, 2012

Wedding Uja Part 1

Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz my lil' SIL, Uja Hashim selamat bergelar isteri kepada my new biras, Azali Hamdan pada pagi tanggal 10hb Mac 2012. Just arrived home in KB at 7.00am that same morning. Ai dh zzzzzzz sedap je dalam keta sepanjang perjalanan, my other half jela yang tak cukup tido. Sempat lelap kejap je.

Nasib baik le rumah kami ni dekat, 5 min je naik keta jadi takdela kena rushing sangat. Majlis akad nikah was scheduled at 10.00am berjalan dengan lancar and everyone was on time. Lepas akad nikah pulak, rushing to pusat bandar KB sebab baru nak ambik baju yang ditempah khas untuk dipakai on Uja big day. Kain disumbangkan oleh pengantin, cuma tempah je sendiri-sendiri. Ntah kenapa banyak sangat cobaan, terjadi pulak wardrobe malfunction. Baju punye cutting plak tailor salah jahit dimana contoh cutting gaun kembang yang diberi tidak menyamai hasilnya...ketat dekat perut and montot!! Supposed to be dress kembang yang longgar dekat perut and montot macam ni................

But instead, it turned out like this ( sorry...sketch x bape nk jadi...)

Kalau body macam Gisele Bundchen, takpela jugak kan nak pakai dress cutting mermaid camtu, ini......(paham-paham le sendiri). Nasib baik ada my mom...my mom my savior. Kebetulan dia ada lace dress yang tak di-lining-kan sekali dengan inner. Jadinya, dress yang tak jadi seperti yang diharapkan tu tetap jugak dipakai, tetapi sebagai inner sahaja...aduyaii!! Betapa tak puas hatinyaaaa!! Mungkin ada misunderstanding masa bagi kain dekat tailor atau faktor usia tailor yang dah cepat lupa idea pelanggan dia. Mujurlah jugak upahnye sangat affordable dan jahitan dia memang sangat kemas.Tapi yang tambah tak puas hati lagi, baju Nadhirah tau pulak dia buat ikut design....haisyyy! Dengki tau ummi tengok baju kakak....huhuhu. Nampaknye kena lebih semangat lagi untuk turunkan berat badan so that can fit into that dress nicely...hmmm boleh ke???

Anyway, my purple hijab with pearl beads crumble by Maza, selamat digayakan on Uja big day. Rasa macam over laks...hehe tapi lantakla...hahahaha!



P/s : Tahniah to my SIL and husband. Selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya...amiiin. Next, turn BIL yang bongsu laks this coming Aidilfitri, insyaAllah.

Friday, March 9, 2012

Fenomena jahitan manik Maza

Sempena wedding my lil SIL tomorrow (what am I still doing in the office rite now?? Should be going back already...), cadang-cadangnya nak melaram la sket on her big day. Oleh sebab tema baju this time kaler soft purple, kena cari tudung yang bersesuaian la kn. Managed to find tudung awning chiffon double layer plain, kaler soft purple tapi sekali tengok macam simple sangat pulak.

So, bermulala peristiwa yang tak dijangka a.k.a cobaan. Tudung tu pi tempah manik dekat one of my bff, Maza kat Melaka. Masa poslaju dekat dia pn dh diduga...seminggu br sampai. Itu boleh dimaafkan lagi la sebab pos tghr Jumaat lepas tu sabtu, ahad-weekend and isnin, selasa pulak kebetulannya public holiday.

Bila Maza nak pos balik ke sini pakai pos ekspres, kena reject pulak!! 2 days later br sampai balik ke tangan dia sedangkan masa tu dah hari Rabu. Alasannya, sebab barang yang dipos bukan dokumen. Hanya dokumen sahaja yang boleh dipos pakai pos ekspres. Sepatutnya nak balik kampung malam semalam (Khamis). Cuak dah kitaorang ni pikir macam mana nak bagi tdg tu sampai on time. At last slow talk dengan my other half, decided to balik kampung on Friday after work. Lagipun my other half boleh cuti either Friday or next Monday je. At least kalau cuti hari isnin, lepas kenduri boleh rehat-rehat sket . Jadinya, sempatla Maza courier ke ofis since hari ni masih kerja.

Hari ni awal2 pagi, dalam pukul 9 lebih Nationwide Express buat delivery the thing that I've been waiting for so much. Thank you Nationwide Express for fast delivery. And to Maza also sebab susah payah fikir dan cari jalan nak bagi tudung ni sampai on time dan sebab sudi terima tempahan ai ni..hehehe. Love the outcome of my hijab so much. Sangat cantik dan jahitan pn kemas, beads pun memang berkualiti...memang puas hati la dengan wang yang diLEBURkan....haha.

Budak-budak ofis pun kagum sampai my other lil' SIL, pemilik blog, http://babiesdemuxx.blogspot.com dengan my elder SIL, kak tie pon dah add Maza dalam facebook sebab dah terkena fenomena jahitan manik Maza dah semua..hihi. Tak menang tangan la Maza lepas ni. Ai tumpang gembira!!

Crumble for my purple hijab


p/s: Boleh tengok di sini hasil kerja beading my bff ni.....http://myarts-zalia.blogspot.com

Wednesday, March 7, 2012

Kalau saya tak bekerja saya akan.......

Tajuk memang tak bleh blah kan...haha. Sampai kucing tumbuh tanduk pn blom tentu angan-angan ini akan jadi kenyataan. Tapi kan kalau la my other half diberi rezeki yang lebih untuk menanggung keluarga kami dengan dia seorang je bekerja (maksudnya masa tu angan-angan ini dah jadi kenyataan, kn) banyak benda planning nak buat. Kalau saya tak bekerja sepenuh masa seperti sekarang, saya akan :-

1. masuk kelas menjahit
2. masuk kelas menjahit manik
4. masuk kelas fotografi
3. buat biznes online

Di samping menguruskan rumah tangga dan anak-anak, perkara2 di atas la yang saya akan buat. Sebabnya, honestly saying, minat dalam bidang engineering ni langsung dah tak ada dalam diri. Bila selalu paksa diri buat benda yang kita tak minat, hari-hari plak tu, benda kecik pon boleh jadi stress.

Nak tukar keje pon tak membantu walaupun dari segi kewangan boleh membantu, tapi kalau environment kerjanya dan bidang kerjanya sama, outcome pon sama seperti sekarang jugak. Sebabnya dah TAK MINAT a.k.a dah TAWAR HATI.

Tapi disebabkan HUTANG, saya terbelenggu di sini demi melangsaikan segala hutang piutang yang entah bila akan langsai sepenuhnya. Kalau keje tempat baru dengan gaji baru yang lebih banyak mungkin jugak hutang2 boleh dilangsaikan dalam masa yang lebih singkat...ermmm mungkinkah??? Atau mungkinkah dengan gaji baru akan melayakkan saya untuk lebih banyak berhutang seperti menaik taraf kereta yang ada sekarang kepada kereta idman iaitu Mitsubishi Grandis??? Mungkin jugak.

Tapi yang pastinya nak masuk segala macam kelas tu perlukan duit jugak, kalau tak kerja mana nak dapat duit? Husband? Tak sampai hati pulak kecuali la gaji tu memang berlebih-lebih sampai tak tau nk buat pe..hehe. So kesimpulannya kena kerja sampai tua la gamaknya, tak payah nak berangan lebih-lebih kalau takde DETERMINATION untuk berubah.

Monday, March 5, 2012

Aqil bday....6th :)

Hari ni bday Aqil yang ke-6. Happy birthday to my lil' boy yang dah besar. Doa ummi semoga Aqil jadi anak yang pandai dalam ilmu dunia dan akhirat, jadi anak yang soleh dan semoga beroleh segala kebaikan dunia dan akhirat....amin ya rabbal alamin.

Aqil punye bday Ashif pn menyibuk nk tiup lilin :)
Seperti biasa. no lavish celebration tapi this year cake pn takde. Ummi beli Big Apple donuts je, cucuk-cucuk lilin atas tu. Lagipun lama dah Aqil mintak nak makan donuts tu. Escape from tradition this year. It doesn't really matters janji sedap. Aqil pn tak sedar yang Aqil punye bday coming. Dah pakat dengan abah n kakak jangan sebut pun. Lagipun semenjak tukar cikgu baru kat skolah, no more bday celebration among students macam yang slalu Cikgu Yati buat dulu. Duit memang jimat la bagi parents sebab tak perlu sedia kan hadiah untuk budak-budak yang sambut bday every month yang kadang-kadang tu mencecah 5-6 orang dalam satu-satu bulan, tapi macam tak seronok pulak. Sekurang-kurangnya dengan ada monthly occasion macam tu, budak-budak seronok dapat celebrate bday dengan kawan-kawan dekat skolah. 
 

p/s : Hmmm....macam nak beli jugak kek sebijik hantar dekat skolah :)

Saturday, March 3, 2012

March Events

Got few major events this march.
~march baby
~march wedding

Sent from my iphone4 via Blogger Apps on Apps Store