Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Friday, August 23, 2013

Kekhilafan ku....

Bismillahirrahmanirrahim....

Di satu petang kat rumah lepas balik dari keje............

Ashif : Umi, boleh tak nak letak biskut raya ni dalam bekas ni nak bagi mak? (sambil tangan dia letak biskut 

           raya yg tinggal empat lima bijik dalam bekas kaca "mahal" kesayangan umi...hehe)

Umi : Ehh, mana boleh. Bekas tu kan bekas kaca, takut pecah nanti. Nape nak bagi mak pulak?

Ashif : Alahhh....boleh la, ummi! Mak cakap mak Ashif tak bagi apa-apa pun kat dia. Mak orang lain 
          macam-macam bagi kat mak. Boleh la, umi ye...nanti mak marah Ashif.

Umi : *Gulp!!* (Telan air liur lps tu terlopong sorang-sorang) *Sedihnya dengar*
        
*Nota : Mak tu stands for babysitter si Ashif, anak ku

Mula-mula macam tak caya je kat si Ashif ni, mana tau 'Mak" tu saje nak bergurau ke atau si Ashif ni saja reka cerita sebab dia penah reka cerita kata Cik Pah (driver van sekolah) suruh bayar yuran kalau tak esok dah tak boleh naik van. Ye-ye jelah kita ni call Cik Pah tanye kot-kot la cikgu tadika terlupa pass kan yuran van kat dia ke. Rupanya motif dia, nak suruh umi datang ambik sebab tak nak naik van dengan harapan umi bawak gi opis umi.....boleh tengok cite ultraman kat youtube...huhhh!!

Umi : Kakak, pernah ke mak cakap macam tu selama kakak dudok rumah dia time cuti skolah?

Kakak : Hmmmm...penah jugak la. 

Umi : Dia cakap macam mana?

Kakak : Dia cakap " Mak Ayra bagi sosej etc etc....mak ko bila nak bagi?

Umi : Astaghfirullahal-azim...macam tu sekali mak cakap kat kakak???

*******************************

Apa perasaan anda sekiranya perkara macam ni berlaku pada anda. Babysitter anak anda yang dah bertahun-tahun dah jaga anak anda dari umo 2 bulan sampai 6 tahun dari anak sulong sampai la anak ketiga cakap macam tu dekat anak-anak anda. Sedangkan depan muka kita punya la baik, pijak semut pun tak mati. Berkira hal-hal makanan dan duit jauh sekali selama ni pada pandangan saya. Tapi di belakang macam-macam ketidakpuasan hatinya diluahkan dekat anak-anak.

Untuk pengetahuan, "mak" tu bukannya perempuan tak matang penuh emosi macam perempuan muda-muda pon. Sebaliknya "mak" ini adalah wanita yang umonya dah menghampiri penghujung 50-an...yang pada pendapat saya,...hormone unstability is not involved here. Yang sepatutnya lebih menginsafi diri dalam berkata-kata bukannya tidak sedar diri dalam berkata-kata lebih-lebih lagi di depan budak-budak. From my observation, mungkin ini adalah cara dia untuk menyampaikan ketidakpuasan hati dia pada saya. Nak berkata depan-depan mungkin tak sanggup, jadi the only way adalah menyampaikan perkara tersebut pada Ashif dengan harapan Ashif menyampaikan pada saya supaya saya tahu,

Alhamdulillah...saya bersyukur strategi dia berjaya. Sekurang-kurangnya, saya sedar tentang betapa banyak kekhilafan telah saya lakukan pada dia selama dia menjaga anak saya. Maafkan saya makcik!! Saya bukanlah orang berada macam mak-mak anak-anak jagaan makcik yang lain. Anak saya ramai, tambah pulak ada kembar...banyak perbelanjaannya sedangkan gaji saya hanyalah berpuluh-puluh ribu SETAHUN!

Tengok kereta pun tau makcik. Mak orang lain pakainya HONDA Civic, HONDA City, TOYOTA Wish, TOYOTA Camry, sedangkan saya cuma pakai produk tempatan je. Nak saya bagi apa jenis barang lagi kat makcik sedangkan anak saya tinggal rumah makcik pun separuh hari je. Makannye pun sekali je waktu petang. Mandi, berak kencing, pakai baju semua dia boleh buat sendiri. Saya sekadar menumpangkan dia je sekejap di rumah makcik ibaratnya.

Bukan saya langsung tak pernah bagi cuma memang saya akui semenjak kebelakangan ni saya jarang supply barang-barang makanan macam mak orang lain sebab saya tak berkesempatan pn nk gi shopping barang-barang sepertimana masa kembar belum lahir. Tapi, duit untuk beli barang basah saya selalu bagi kat makcik. Tak sangka pulak, duit tu tak dapat puaskan hati makcik. Masa raya pun saya tak pernah miss bagi kuih raya dan duit raya kat makcik walaupun tak seberapa jumlahnya.....sebab saya tak mampu macam mak orang lain.

Walau macam mana pun, mulai hari ini saya akan cuba memuaskan hati dan kehendak makcik supaya saya tak sakit hati lagi dengan kata-kata makcik yang amat mengguris hati dan perasaan seorang ibu yang terpaksa bekerja demi anak-anak dan berkorban hati dan perasaan juga terpaksa menghantar anak-anak dekat "strangers" macam makcik untuk dijaga. FYI makcik, this wasn't my choice of life but I just have to go through it everyday so that they can school, eat and live a happy life as a child.

Semoga makcik memaafkan kekhilafan saya selama ini dekat makcik dan semoga Allah juga mengampunkan dosa saya kerana tidak prihatin dengan keperluan makcik dalam menjaga anak-anak saya.

Monday, August 5, 2013

Beraya dengan tenang dan gumbira!!!

Salam....

Akhirnya, boleh menarik nafas lega. Kerja-kerja ofis yang urgent dan due date nya sebelum raya akhirnya siap dengan jayanya...yahooo!! Alhamdulillah. Esok dah start cuti, malam ni lepas buka, rehat-rehat kejap, maka dengan izin Allah, akan  bermulalah perjalanan pulang ke kampung halaman tercinta.....tak sabar rasanya.

Major punya barang-barang dah siap packing masuk beg, tunggu nak angkut masuk dalam boot kereta je. Penat mak jemah packing seminggu punya barang untuk 7 orang!! Serius kepenatan...penat otak pon sebenarnya sebab semua benda yang nak bawak, memori nya simpan dalam kepala je. Tak sempat lah nak buat check list bagai.

Actually, takdela excited sangat nak raya pun sebab rasa bersalah pulak nak over-over bab beraya bila dah tua-tua ni. Ibadat masa bulan pose pn terkontang-kanting, lagi nak beraya sakan pulak...macam tak patut. Excited terlebih pun sebab time ni lah dapat balik dok kampung lama-lama sikit. Nak harapkan cuti bukan time raya, memang susah la nak dapat seminggu free2 bos bagi kan.

Persiapan raya tahun ni, average je. Eh, bukan tiap-tiap tahun average ke...hahaha. Maksud saya di sini, tahun ni preparation raya memang agak kelam kabut sikit. Biasa ada theme kan, kaler apa satu family. Tahun ni ada jugak tapi agak tak selaras la kaler nya. Tahun ni baju raya anak-anak sume beli siap. Biasa tempah termasuklah baju melayu cik abe. Tapi, cik abe kata tak payah buat/beli baju melayu sebab dah banyak walaupun kaler yang sepatutnya jadi tema tahun ni belum ada dalam koleksi. Katanya, daripada beli baju melayu yang jarang pakai tu, baik sedekah duit tu kat tabung Syria ke Palestin ke. Dapat gak pahala berganda-ganda di bulan Ramadhan ni. Ok, fine lah kalau dia dah cakap camtu...hehe.Yang penting semua ahli keluarga bergumbira di hari raya.

Lagi satu, tak sabar nak beraya dengan twins. Tahun ni merupakan tahun pertama beraya dengan dia orang berdua. Tahun lepas beraya dengan dia orang berdua jugak tapi dia orang beraya dalam perut ummi la masa tu....hehe. Tahun ni beraya time dia orang dah nak masuk 6 bulan.....alhamdulillah.

Jadi, di kesempatan ini, empunya blog ni nak mengambil kesempatan ni mengucapkan........


Mohon maaf atas salah silap terkasar bahasa dan seumpamanya. May we all have a blessed Ramadhan and a joyous Eid Mubarak.

Selamat pulang ke kampung halaman terchenta :)