Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Thursday, September 22, 2011

I almost lost my beloved cobok!!

Uwaaaa!!!! Nasib la takde emoticon yang kluar air mata cam air banjir kat sini but that's how sad I felt when I thought I almost lost my cobok yesterday at pasar malam. One second he was in front of me and another second he's gone in the sea of crowd. 

Biasa kalau pergi pasar malam, my kids especially Ashif a.k.a cobok dengan Aqil suka sangat pergi tempat orang jual mainan especially ultraman and diaorg akan leka je kat situ sampai ajak balik pun susah kadang-kadang tu selagi tak beli anything yang diaorng nak. Biasa my duty untuk beli makanan diaorang and my other half would act as watcher and bila dah selesai beli makanan I will look for them who will always be nearby. Sometimes tu hanya mampu geleng kepala bila tengok abah diaorg tengah engaged dekat phone without paying attention to the kids whereabout tapi biasanya diaorg takkan pergi jauh.

And as usual, while they pay so much attentions to the toys, I will be attending my fav gerai which is tempat orang jual tudung next to the toys stall. Masa tu my other tengah beratur beli nasi kukus untuk budak2 tu (pelik gak nape baik sangat semalam nak tolong beratur belikan..hehe). Tak sampai 3 min pon dekat tempat tudung tu, I went to the toys stall to check on them and guess what??? Ashif was nowhere to be found at the stall or nearby. Panik menyerang!! And as usual jugak, my other half would always attached his ears to his BB and pay no attention to what's going on.

Aduhhh!! Rasa macam nak tercabut je jantung ni! And bila my other half dah came back to the "real world" baru la kelam kabut mencari si cobok. Sib baik ada sorang perempuan ni perasan muka cemas kitaorang. Dia tanye "kak, cari baby ekk?? ada kat depan sana, ada orang tolong pegang". Apa lagi, I terus walkathon ke arah yang perempuan tadi tunjuk. Alhamdulillah syukur nikmat, tengok Ashif tengah pimpin tangan dengan this guy yang tengah dokong anak pompuan dia jugak.

Malunye dekat abang tu. Mesti dia kata tak pandai jaga anak. Biasa tengok je orang hilang anak dekat pasar malam tu. Nah ambekk kau!! Jadi kat diri sendiri pulak. Pikir-pikir balik, I think he was looking either for his abah or Aqil sebab masa I was going to check on them, Aqil takde dekat toys stall, dia pergi gerai toys kat depan tinggal adik dia terkontang kanting sorang2 kat first stall tu. Maybe Ashif was panicked tengok Aqil takde kat sebelah becoz he will always follow Aqil. Even pesan dekat Nadhirah suruh tengok kan adik pun tak boleh harap jugak and I wasn't blaming on Nadhirah or Aqil sebab diaorang budak2 yang still tak faham erti tanggungjawab. Pesanan-pesanan sebegitu cuma learning process for them about responsibilities. 

After this incidents, I really hope both Kakak and Aqil will understand the real reason why ummi selalu pesan " jaga adik elok-elok" and learn fast the duty to care and protect Ashif when me and my other half are happened to be occupied with something else. And for me, I've learned my lessons too...Jangan asyik nak beli tudung je tiap kali pi pasar malam...huhu!!

p/s : oh yess!! I pakai tudung pasar malam jerr. Kualiti sama, design sama macam yang dijual online dekat *tutttt* yang glamer tu. Rege online : 39++, rege pasar malam 25 jekk...hahaha

Tuesday, September 20, 2011

Emerald green is in da houz!!!

After a long thinking and comparisons by comparisons, I've finally made up my mind. Remember wordless-wednesday-di-persimpangan dilema???? So last friday , 16 Sept 2011 which is Malaysia Day, off to Sunway Pyramid to get my new Iphone 4 at Maxis. Rumor has it that soon Ip5 is launching but still nobody knows the exact date and how soon it will arrive in Malaysia. Lagipun belom tentu I can afford one.

For me, memang berbaloi beli Ip4 dari BB. Puas hati sebab :-

a. Skrin beso dari BB
b. MasyaAllah dia punye screen resolution marvelous, macam tgk HDTV pulak, bak kata website dia "text amazingly crisp and images stunningly sharp"
c. Macam2 apps boleh di download dekat apps store
d. lain2 tengah explore lagi..hehe

Lepas selesai urusan dekat maxis tu, masa untuk window shopping pulak ye...nk shopping tak boleh dah sebab dh shopping satu barang tadi rege pn dh brape kn. Tapi masalahnye sekarang kepala ku terbayang-bayang maxi dress kaler emerald green dekat butik JASPAL hari tu....cantiknya.

Teringat pulak satu artikel fashion about emerald green is in right now...uwaaaa!! Menyesal nye tak beli hari tu. Nak pergi lagi dah malas dah semata-mata sebab dress tu yang belom tentu masih ada stok. Karang pergi sia-sia je kalau out of stock. Tapi nasib baik la, jumpa jugak maxi dress kaler ala-ala emerald green tu cuma the colour is lighter dekat online boutique SARIS COUTURE. I've been her regular customer now. This time dah 3rd time shopping dekat situ. In case ada yang tak tau cane kaler emerald green tu, ni lah dia,

Atelier Versace emerald dress

Emerald jewelry

Thursday, September 15, 2011

Beauty and the beast....

Kedatangan bulan Syawal sekarang ni banyak memberi peluang pada bukan saje muslimin dengan muslimat mengeratkan silaturrahim dengan adanya open houz every week. Time ni lah nak ziarah-menziarahi sedara mara and kengkawan yang dh rasa macam berkurun lamanya tak jumpa.

Masa buat open houz hari tu pun, my close friend sejak zaman skolah lagi yang balik beraya from Oz sempat gak menghadirkan diri. Last time jumpa masa kenduri kawen kawan skolah jugak last year. Esok pon ada lagi jemputan open houz kawan skolah yang sememangnya berkurun tak jumpa sejak habis SPM. Wahhh!! Dah 15 tahun tu tak jumpa. Itu pun nasib baik la ada FB, boleh jugak tau perkembangan masing2 walaupn setakat di alam cyber je. 

Talking about FB ni, me myself macam orang lain jugak yang ada acc FB, banyak jumpa balik kawan2 lama especially kawan skolah kat cni. Majoriti semua dah ada family masing-masing. Bila godek-godek profile diaorang dapat la tengok si A kawen dengan sape, si B kawen dengan sape and so on lahh. Dalam hati "ooo...dia ni kawen dengan dia ni ye", " hmmm.....takdelah cantik bini dia pon" atau "hmmmm..takdelah hensem mana pon laki dia. Dia lawa". Macam-macam spontaneous thoughts lah dekat kepala otak ni...hehe.

So when I look back at myself years ago when I was in school where I used to be a reserved and lack of confidence type of person, and then I look at them whom I used to admire and afraid to be friend with becoz of their beauty, i thought, " how ridiculous I am back then!!They were not angels, they were just a bunch of normal people like me". What I mean is, biasala teenagers, crushes always happened, right. Kejap dengan mamat ni, esok nampak mamat yang lebih hensem and macho, terus beralih arah pulak. Nak berkawan takot sebab dia hensem, kita tak lawa. Lepas tu dia pulak kalo nak ngorat, ngorat budak2 yang lawa2 aje....grrrr. 

Lepas tu pulak, kalau ada kawan2 yang lawa2 mesti segan nak kawan sebab dia ramai peminat, kita takde peminat pon. Minat kat orang lain ada la kan..haha.

See what I mean??? No self-confidence at all plus too much negative thoughts on ourselves. Yes, I get it! Normal people will always admire and look up to beautiful people. But not born beautiful, does not mean that we cannot be friends or having relationships with beautiful people. Tengok jelah sekarang, those beautiful people which I have crushes on back then, ended up with not so beautiful people eventually. Dalam hati.." kalau camni je taste dia, aku pon layak nak ngorat dia dulu2" atau " aku pun lagi cantik dari bini dia sekarang"...weehoooo!!

As I grew older, self-confidence datang sendiri though i'm not born beautiful becoz I know I can look beautiful by being beautiful inside out if I want to. Even if I cannot change how Allah created me. At least I'm not blind...I'm not deaf and I'm not silent. I'm physically capable being a normal human being. There are lots of ways to look beautiful nowadays. Change the way you dress, put your make-up on, eat healthy foods, take good care of your skin or what ever it is (only dengan cara yang dihalalkan dlm Islam), don't forget to bring along your self-confidence and always think positively. And how to achieve that if you don't have people to guide you??? READ!! Magazines, books and you can always google. There are lots and lots of video tutorial and articles to help you look beautiful. Just don't overdoing it...less is more.

Tuesday, September 13, 2011

10 Syawal 1432 H @ 10 Sept 2011 : Open Houz

Suddenly decided to organize open houz dis year but strictly limited to family members and close friends only. Sebabnya, sorang2 masak, sorang2 serve, sorang2 kemas balik everything back to place. So tak larat le kalau nak jemput semua kenalan dan jiran tetangga. Pernah organized sekali untuk jiran tetangga masa 1st year pindah Puncak Alam. Tu pun sebab diaorng request nak tgk rumah kitaorg yang tak seberapa interior design nya..hahaha. 

Menu kali ni of coz la menu fav my in-laws - nasi ayam. Tapi terlebih rajin plak tahun ni, buat lagi satu menu : pasta and desert : puding swiss roll hangit ( kastard terhangit sket, kalo makan bau hangit tu !!). Adoiii!! Anyway Alhamdulillah everybody invited could make it on that day. Thanx a lot for your commitment. To those who was not invited but still sudi menghadirkan diri...terima kasih juga. Besides, it's raya season, the door should be alwayz open kan :)

Families

Ofismates : Ayu & husband, Farah

Ofismate : Dira & sister
p/s : Happy birthday to my other half (10.09.2011)...alwayz looking forward to grow old with u.

Thursday, September 8, 2011

Eidul Fitri 2011 @ Syawal 1432H

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini untuk menyambut ketibaan 1 Syawal, hari kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa dan meningkatkan ketakwaan pada bulan Ramdhan yang baru sahaja berlalu. 

Yang paling gembira masa beraya ni sebab balik kampung jumpa ma dan abah dan jugak in-laws. My other half comes from a big family...8 adik beradik. Tinggal dua je yang belom kawen whereas i come from small family je..2 bradik je tau! Tu yang sonok sangat bile time raya ni boleh kumpul ramai2...meriah sangat. Dan part lagi satu yang teramat suka adalah...boleh melaram baju raya. Bukan suka sebab kita je melaram, tapi suka sangat tengok my loveliess beraya dengan baju baru. Sume comey lote and encem bila pakai baju kurung and baju melayu termasukla my other half.

Tiap-tiap tahun kenala ada tema kan. Kalau tahun lepas tema hijau, tahun ni tema biru langit a.k.a sky blue plak. Sebenarnya pilih tema ni sebab nak match dgn kain baju melayu my other half yang dh genap 8 tahun baru berjahit jadi baju. Kain tu hantaran masa tunang dulu...on 31st August 2003. Lamanye br jadi baju, anak pn dah 3 dah...hehe. Fortunately, kain tu still in good condition.

Menu tahun ni pun sama je dengan tahun lepas...satay. Rumah in-laws roti jala. 2nd day ma buat nasi dagang lepas tu cepat2 berlepas ke rumah k.Tie pulak. This year sejak hari2 terakhir puasa kena ulser sampai le raya ke 3 kot baru baik, so syukur jugak la tak boleh nak makan banyak...takdela asik makan je. Ada baek punye alasan nak bagi kalau tak nak makan time aktiviti menziarah tu. So, harap2 tak overweight, kalo tak rugi je pose sebln turun 2,3 kilo kn.

Gambar-gambar raya tahun ni......

1st raya
with uja     
my encem boyz and lovely girl

Raya ke-4: amin risikan day



Balik kampung..hohoho..balik kampung!!!

 lagi siaran tertunda......

27 & 28 Sept 2011 @ 27 & 28 Ramadhan 1432H :- Alhamdulillah setelah hampir sebulan berpuasa dan melipat gandakan amalan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, tiba la masa untuk kita meraikan kemenangan tersebut. Seronok nya!! Lagi-lagi boleh beraya kat kampung halaman terchenta.

Alhamdulillah selamat sampai ke Kg. Kota kul 1 pagi hari Ahad, 28 ogos 2011 setelah menempuh perjalanan selama 11 jam akibat menyinggah dan menghirup udara segar Cameron Highland...hihihi. Tu je motif nye nak cakap...blk kampung sambil2 makan angin. Bukan apa, ingat nk ikut Grik tp sampai je exit Tapah, jem pulak PLUS hiway. No choice terus masuk tol Tapah sebab tak kuasa nk tempuh jem puasa2 nihh. Cuaca lak agak mendung hari tu so memang nyaman dan sejuk betul CH hari tu. Sampai Nadhirah pn terketar-ketar sbb sweater tak bawak, dh le kurus takde lemak...hehe.

This time menyinggah banyak tempat sbb my other half nk rehat-rehatkan badan dia. Almaklumla puasa, ngantuk pn lain macam sket. Sempat la beli teh, sayur dengan strawberi. Pelancong memang tak ramai, tu yang seronok tu. Most of the tourists are those people who came to spend the Raya and Merdeka public holiday je. 

Dah sampai Gua Musang baru la nampak keta-keta dh banyak. Dan macam setiap tahun Kota Bharu dh tentu2 sesak sepanjang musim raya ni. Tu yg tak semangat nk jalan mana2. Anyway dh tak sabar dh nk beraya dgn my lovelies bertemakan warna 'sky blue' tahun ni..hehe.


@ Lata Iskandar
Cobok main air...suka sgt!!
@ Lata Iskandar
@ CH - Bharat Tea Plantation




Wednesday, September 7, 2011

How to define succesful???

Siaran tertunda semenjak sebelum raya lagi..huhu

Masa tengah takde keje nk buat,kat ofis,  godek2 website shine kat www.yahoo.com tu sebab suka jugak baca artikel2 dalam tu. Banyak tips and knowledge for everyday's life. So, suddenly an article written by Bill Rice caught my attention becoz of this quote :-

"A successful husband is one who makes money more than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man!"

Walaupun this quote agak catchy, tapi agak stereotype jugak. Sebabnye zaman sekarang ni dah ramai wanita a.k.a wives who make money of their own or even make MORE money than their husbands. There are alot of independent women out there yang langsung tak mengharapkan duit suami masing-masing terutamanya untuk hobi orang pompuan no. 1 iaitu SHOPPING termasuk la diri ini.


Kadang2 je kalo orang offer kita grab jela offer tu kan, bukan selalu dapat orang belanja, nak meminta-minta jauh skali la. Kadang-kadang bagi hints pon orang buat tak paham je..ngeh2. Tapi semenjak nak raya hari tu my other half sungguh2 pemurah!! (sayang abe..hehe). Bila kena outstation ke Jakarta, dapat gak souvenir yg sangat2 di-idamkan selama ni. Macam boleh baca je mind wife dia ni...soulmate la katakn..hahaha. Nak beli kat sini rege nye mahal yang amat, kalo beli dkt Jakarta of coz la rege dia jauh bezanya dan kualiti tetap sama.

Anyway, it's just another crazy-naughty quote yang tak perlu diherankan sangat. Besides, brape banyak "the succesful woman" atas dunia ni according to the quote yang betul2 happy dan bahagia with all the splurge they have. Most important is, even though we are not married to a "successful husband", we still manage to be happy and blessed to be his wife and mother of his zuriat.