Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Monday, February 24, 2014

Rezeki

Bismillahirrahmaanirrahim...

Self reminder for today.

Rezeki.........
Ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk.
Tak semestinya wang ringgit.
Suami yang penyayang, soleh walaupun tak kaya raya juga rezeki
Anak-anak yang soleh dan solehah juga rezeki
Kesihatan yang baik dan umur yang panjang juga rezeki
Itupun jika dimanfaatkan ke arah menambah saham akhirat
serta bertaubat dia atas dosa-dosa lampau

Tempat kerja yang menggembirakan dan seronok bila bekerja juga rezeki
Walaupun gaji tak banyak macam orang lain
Saudara mara dan rakan taulan yang baik juga rezeki
Tiada hasad dengki, tiada tikam menikam di belakang
Semuanya hidup saling membantu, hormat menghormati
Harmoni je....

Kesimpulannya
Segala nikmat kebaikan yang Allah berikan
semuanya rezeki dari Allah
Cuma kita je yang kadang-kadang lupa
Tak nampak, tak sedar
Tak bersyukur

Tapi tak bermakna kita perlu rasa selesa je dengan situasi sekarang
Kalau rasa $$$$ tak cukup, usaha perlu ada
Doa dan tawakkal 
InsyaAllah ada lebih banyak nikmat yang Allah bagi
Perlu yakin dan bersangka baik dengan Allah
Walau apa pun keadaan kita

Monday, February 17, 2014

A year with the twins

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah last Saturday, 15 Feb 2014 we were celebrating twins, Aisy Ziqri & Amsyar Zuhri first birthday….yeayy!!

So far, development milestones diorg memang remarkable walaupun jalan tak berapa betul lagi….need more skills and improvement tapi, yang penting they are two healthy, demuxx and bulat-bulat kinda babies…haha. My fren cakap tangan diaorg gebu. That’s why laa umi rasa nak gigit-gigit je budak bulat dua orang tuuuu.

Anyway, today just nak summarize kan what it was like sepanjang setahun jaga twins ni sebab umi diorang memang jarang la nak cite-cite pasal perkembangan twins dekat blog ni. Tak reti sebenarnya nak cite sbb rasa macam tak perlu kot. Orang lain pun ada baby jugak walaupun bukan twins tapi perkembangan baby lebih kurang sama je kan. Apa yang dimaksudkan di sini adalah susah senang jaga sepasang kembar memandangkan twins ni kes agak special sebab tak semua orang dapat peluang mempunyai anak kembar....alhamdulillah.

Saya sendiri pun tak pernah terlintas jauh sekali teringin untuk mempunyai anak kembar memandangkan dalam family tiada langsung genetik atau sejarah saudara mara terdekat yang punya anak kembar. So, bila mula-mula doc sahkan pregnant kembar memang rasa macam nak pengsan…seriously!! Masa tu dah jadi pessimist dah of our future terutamanya bab financial….astaghfirullah. Berdosa betul masa tu sebab rasa camtu. Memetik sebahagian daripada Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286,

“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”

Jadi, setiap detik bila saya rasa susah, rasa penat, saya akan ingat ayat ni walaupun setan tu sentiasa je bisik suruh kita pikir negative je dan kadang-kadang tu berjaya, tapi alhamdulillah proses mengandung dan bersalin berjalan dengan teramat lancar sekali.

The first day with the twins was amazing!! Yela kan sebab tak pernah imagine kita akan dapat twins, jadi bila dua-dua dah ada depan mata tu rasa macam miracle je. Tapi lepas tu, cabaran dan dugaan memang banyak. Kadang-kadang terfikir mungkin ini salah satu cara Allah nak ajar aku ni jadi lebih penyabar. Well, my other half  jelah yang tau level brape tahap kesabaran bini dia ni…hehehe. Nasib baik jugak twins ni bukan anak pertama. Sekurang-kurangnya, ada jugak la pengalaman jaga baby sebelum ni. But, this particular time, definitely research and articles alike about twins has helped me a lot through my pregnancy and after birth.

Kalau orang tanye, susah tak jaga twins? Because I got this a lot masa awal-awal dapat twins ni. Masa tu nak jawab macam tak sesuai sebab pantang pun belum habis lagi. Nak kata susah memang susah, not gonna lied! Sebab everything you do you have to do it double. Kemudian, belum lagi masa twins tak sihat atau anak-anak lain tak sihat sebab kita risau berjangkit dekat twins pulak. Bila dah tak sihat sorang walau apa pun prevention yang kita ambil, most of the time memang akan berjangkit dekat yang lagi sorang. Sepanjang setahun ni rasanya sekali je kot yang tak berjangkit dan sekali tu ingat dah memang selamat jugak tapi selang 2 minggu lepas tu tak sihat atau maybe he picked up the virus from someone else kan since the gap was a bit long.

Sepanjang setahun ni banyak kali jugak demam plus other penyakit such as conjunctivitis. Alhamdulillah tak teruk sampai berjangkit kat sorang lagi. Time macam ni memang agak menguji sebab umi twins ni kerja bukan dok rumah je. Bila dapat penyakit yang ambik masa nak sembuh tu memang agak sukar for me and my other half terutamanya bab cuti. Cakap pasal kerja, sebab bekerjalah kot kebanyakan usaha nak jadi ibu dan isteri terbaik tu tak mencapai kualiti yang sepatutnya. Tapi, nak buat macam mana, sesuap nasi perlu dicari. Kalau tak, nak bagi anak-anak makan apa, ye dak. Tapi syukur alhamdulillah walaupun kelam kelibut je selalu, everything is manageable biarpun tenaga tu dah diperah secukup-cukupnya, a positive mind, kesabaran and tawakkal pada Allah always came to a rescue *walaupun selalunya...failllllll*

I could never have done everything by myself. My other half has played his important parts too. Tau jela kan, with the twins plus another 3 growing kids, the situation in our household did take its toll on our relationship sometimes. Blame it on me, because I am the force of nature in our home…hahaha. Sila wiki-wiki apa itu force of nature and the definition truly resembles me. That bad ke…hehehe. Sebenarnya not that bad la…just adding some spice to the story. Tapi yang pastinya I can be really annoying at times terutamanya bila kena stay kat rumah sementara orang tu sibuk main futsal dengan opismate dia…ooppss!! Tapi (banyak lak tapi…) semuanya berpunca dari sikap saya sendiri yang sentiasa mengaggap yang saya yang lebih banyak memerah tenaga jaga anak-anak berbanding dia sedangkan hakikatnya kami berdua memainkan peranan yang sama rata sebenarnya. Cuma dia tak pernah merungut sedangkan perempuan macam saya ni memang dah fitrah kejadian suka merungut dan membebel…hehehe. Sorila ye, babe. I may not be a perfect wife but that doesn’t mean I never tried to be one. Thank you for bearing with me.

Now, twins dah setahun, dah nak pandai jalan dah. Actually, bila diorang dah pandai merangkak, rasa payah tu perlahan-lahan kurang sebab diorang dah pandai main sendiri dah time tu. Cuma penat mengutip dua orang young explorer la pulak tapi sekurang-kurangnya mereka bukan lagi extreme attention seekers macam masa diorg belum pandai bergerak sendiri. Cumanya, kalau nak pergi ke mana-mana dengan diaorg especially eating out, masih lagi not recommended la. Bukan tak pernah try bawak diorg keluar, pernah dan most of the times we would be experiencing not-so-good moments than good moments...haha. That’s why la sekarang ni memang jarang keluar kecuali hari Sabtu time nursery bukak. So, bila nak keluar, drop them off kat nursery baru boleh keluar dengan aman…hehe. Kejam betul ayat itu!! Sian kan, hari Sabtu pun dok nursery. What to do?? Kakak and abang-abang pun deserves some fun jugak once a while. Lagi pun separuh hari je kat nursery. Tapi setiap kali keluar, umi jugak yang rindu lebih nanti, asyik nak cepat balik je.

Dah umo setahun ni, alhamdulillah diorg dah tak banyak ragam macam dulu. Main sendiri cumanya sekarang pantang nampak umi kat dapo mesti menangis-menangis nak ikut dok dapo. Kalau boleh tolong masak takpe jugak, ini tolong buat sepah adala....dua orang pulak tu. Pening umi!! Lagi satu suka tengok diorg berebut-rebut mainan, tak pun pacifier...haha. Sorang nanges tak hengat, yang sorang lagi tengok je dengan muka tak bersalah. Biasa yg nanges tu Amsyar la, yang tukang bulinya Aisy. Time nak tido, kadang-kadang tu dua-dua nak tido kat umi, touching sungguh sebab boleh pegang sorang je, lagi sorang terpaksa la tido kat abah.

Syukur tak terhingga jugak sebab Allah dah bukakan jalan ke nursery yang sangat menitikberatkan kesihatan dan keselamatan bayi terutamanya. Pengasuh diorang pun seseorang yang saya rasa saya boleh count on dan percayai. Pada saya, building a good relationship with the babysitter is important dan jangan kedekut untuk keluarkan duit sekali-sekala beli hadiah tanda penghargaan sebab jaga anak kita elok-elok.

Hmmm...rasanya dah summarize apa yang patut. Ni pun dah jadi entry yang sangat panjang dah. Al-maklumla nak summarize kan setahun punye cite. Tapi, yang pastinya, despite all the difficulties and unexpected moments and dramas, I am having the best time of my life....alhamdulillah.

From this......


 to this........