Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday


Photo of the week.......


Wednesday, June 13, 2012

Mulakan hari anda dengan lemon + air suam

Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.


Jika kita di
Malaysia , pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian,
cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan

Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati,
cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing

Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.




p/s : the originality of this article is untraceable. just sharing some good info-s for the benefit of our health.

Tuesday, June 12, 2012

Home remedy : Cough + FLu and its symptoms

Bismillahirrahmanirrahim............

Sekarang ni cuaca agak kering dan panas. Bila dah bertukar musim panas ni ( cakap mcm Malaysia ni negara 4 musim je....), maka selsema dan terutamanya batuk mulala menjadi-jadi dan merebak. Puncanya sebab minum minuman berais selalu sangat. Mula-mula memang lega bila dapat air sejuk time tengah2 kepanasan kn. Tapi bila selalu sangat mulala tekak pn rasa perit lepas tu jenis yg degil plak *mcm saya...hhehe* bab2 air batu memang tak pantang sangat ni, memang akan jadi batuk la.

Dua tiga hari lepas memang dah terasa perit tekak. Lepas tu plan nak puasa ganti minggu ni, mesti tak selesa kan kalo puasa dengan keadaan camni. Kebetulan masa pi beli barang basah kat kedai runcit area rumah hari tu, ada jual lemon. Apa lagi rembat la ingt leh buat air lemonade. Nak dijadikan cerita, kebetulannya my BFF, Aida ada forward kan emel pasal kelebihan lemon ni dalam diet seharian.

So malam tadi sebab tak tahan sangat keperitan tekak ni, bukak kabinet dapo cari honey. Rasa ramai tau kot yang honey + lemon/lime are one of the best remedy to combat flu and mild cough. Ambik sesudu besar honey lepas tu picitkan setitik dua lemon/lime, and then makan macam makan ubat batuk. Tapi sebab nk lekas baik sebab nk pose esoknya, buat lagi air campo dengan honey + lemon and minum seblm tido.

Bangun sahur tadi, makan lagi honey + lemon dan secawan air bersama hirisan lemon je. Yang ini pulak bukan tips untuk perit tekak tapi tips untuk elakkan rasa lapar mengikut apa yang saya baca kat dalam emel tula. Dan alhamdulillah pagi tadi bangun memang rasa perit tekak tu dah sangat kurang, pastu kan sampai sekarang kul 11am dah, rasa lapo pun takde. Biasa kul 7 pagi ke atas dh mula bergendang dah perut ni kalo time puasa.


p/s : cara makan honey : *PENTING!!* jangan gunakan sudu besi tau, pakai sudu plastik sahaja. Kalau tak berkemungkinan besar honey tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai remedy.