Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Tuesday, June 12, 2012

Home remedy : Cough + FLu and its symptoms

Bismillahirrahmanirrahim............

Sekarang ni cuaca agak kering dan panas. Bila dah bertukar musim panas ni ( cakap mcm Malaysia ni negara 4 musim je....), maka selsema dan terutamanya batuk mulala menjadi-jadi dan merebak. Puncanya sebab minum minuman berais selalu sangat. Mula-mula memang lega bila dapat air sejuk time tengah2 kepanasan kn. Tapi bila selalu sangat mulala tekak pn rasa perit lepas tu jenis yg degil plak *mcm saya...hhehe* bab2 air batu memang tak pantang sangat ni, memang akan jadi batuk la.

Dua tiga hari lepas memang dah terasa perit tekak. Lepas tu plan nak puasa ganti minggu ni, mesti tak selesa kan kalo puasa dengan keadaan camni. Kebetulan masa pi beli barang basah kat kedai runcit area rumah hari tu, ada jual lemon. Apa lagi rembat la ingt leh buat air lemonade. Nak dijadikan cerita, kebetulannya my BFF, Aida ada forward kan emel pasal kelebihan lemon ni dalam diet seharian.

So malam tadi sebab tak tahan sangat keperitan tekak ni, bukak kabinet dapo cari honey. Rasa ramai tau kot yang honey + lemon/lime are one of the best remedy to combat flu and mild cough. Ambik sesudu besar honey lepas tu picitkan setitik dua lemon/lime, and then makan macam makan ubat batuk. Tapi sebab nk lekas baik sebab nk pose esoknya, buat lagi air campo dengan honey + lemon and minum seblm tido.

Bangun sahur tadi, makan lagi honey + lemon dan secawan air bersama hirisan lemon je. Yang ini pulak bukan tips untuk perit tekak tapi tips untuk elakkan rasa lapar mengikut apa yang saya baca kat dalam emel tula. Dan alhamdulillah pagi tadi bangun memang rasa perit tekak tu dah sangat kurang, pastu kan sampai sekarang kul 11am dah, rasa lapo pun takde. Biasa kul 7 pagi ke atas dh mula bergendang dah perut ni kalo time puasa.


p/s : cara makan honey : *PENTING!!* jangan gunakan sudu besi tau, pakai sudu plastik sahaja. Kalau tak berkemungkinan besar honey tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai remedy.

No comments:

Post a Comment