Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Monday, December 31, 2012

Last day of 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Today, 31st Dec 2012, the last day of 2012. So, what most people would be doing today? Most probably going for a holiday since the road was soooo clear today, no traffic jam at all!! Phewww...what a good day to be on the road. I really wished that this heavenly situation will occur every single working days. Lagipun today is Monday, esok Tuesday public holiday lagi, that is why ramai kot ambik cuti hari ni for last minute school holiday getaway. 

As for me, I was here today with the kids and of course my other half............

@ UMMC

Sib baik la jugak hari ni orang tak ramai sangat. Pukul 1015am tadi dah selesai check-up. Kalau tak, paling awal pon pukul 12 tu baru kluar dari bilik doc. Macam last 3 weeks check-up, pukul 1 lebih baru kluar dari UMMC sebabnya terlibat dengan ceramah penyusuan susu ibu pulak. Tapi, despite all the tension of our time consuming yang nak kena berkejar balik masuk ofis ni, banyak jugak la dapat input pasal kebaikan susu ibu yang kurang diambil perhatian sebelum ni.

As for today, alhamdulillah everything inside my womb is alrite. The twins weighed about 1.4kg each, heartbeats are normal and air ketuban pon masih cukup.

Wednesday, December 26, 2012

Priceless moments

Assalamualaikum w.b.t.

My lovely-s are back already! Nak tunggu dia orang sampai tu punyela tak sabar rasanya. Dah la naik flight paling lambat....1045 pm 18 Dec, sampai LCCT pon dah 1200 am keesokannya *chehh! mcm berejam pulak nak sampai, pdhal 45min je*. Tapi tau jelah AA, tak pernahnya flight tu on time. Itu pun kira nasib baik la delay sekejap je. Kalau time yang dia buat hal, melampau-lampau delay nya!!

Dari arrival hall tu dah nampak dah my lovely-s dengan tok ma and tok abah. Bila kluar je, si Ashif dengan muka shy-shy cat salam and peluk ummi. Muka macam muka tak caya je leh jumpa ummi dengan abah. Takkan la tak jumpa sebulan dah jadi pemalu kot..hihihi :) Apa laaa Ashif. Dan the first thing yang dia nampak and interested adalah...........IPAD!! Yelaa kan, dah sebulan pose dari teknologi kan. Kat rumah atoks cuma main ultraman, lukis-lukis, conteng-conteng, kaler-kaler, tengok TV and few days sebelum balik sini sempat la main air banjir separas buku lali kat depan rumah tok dengan Pok-su.

Jadinya, last weekend which is Saturday to be exact, lepas breakfast gathering dengan in-laws sambil-sambil menyerahkan PIL yang bermalam kat rumah malam semalamnya kepada SIL *ikut turn*, we were on our way to Sunway Pyramid sebab dah janji beforehand bila dah balik sini abah kena beli Ultraman baru...huhu. Muka dua orang budak lelaki itu berseri-seri lepas dapat ultraman masing-masing. Kakak pon of cos la tak dilupakan, ada bahagian dia jugak :)

Dan semalam, public holiday for X-mas, abah bawak jalan-jalan lagi. This time tangok wayang pulak. Ni pon sebab dah janji masa dia orang kat kampung hari tu. Kebetulan masa dia orang call, ummi dengan abah baru lepas dating tengok wayang cite Hobbits *ermmm.....x se-best LOTR trilogy pon, dan ada sambungan lagi*. Tapi entah laaa kenapa, hujung tahun ni macam takde filem-filem best pulak kat panggung especially for kids. Sib baik cite Wreck-It Ralph masih ade kat GSC Setia City Mall. Tu pun 2 slots je...1145am dengan 345pm. Alhamdulillah sempat sampai utk slot 1145am walaupun masa sampai tu dah kul 12 baru beratur nak beli tiket dan tak disangka-sangka panggung penuh pulak, terpaksa ambik tempat dudok 2 baris dari depan skali tapi sebab GSC punye wayang adalah yang terbaek, so takde masalah penglihatan or sakit tengkuk berlaku.

The movie was really worth watching even my other half pon cakap best. Budak-budak apatah lagi, memang enjoy sangat! Biasa kalau bawak tengok wayang, separuh jalan dia orang dah hampir-hampir zzzzz ataupun memang zzzzzz terus lah. Keluar je wayang, "Best laa abah tengok wayang tadi!" *Muka berseri-seri* What more could u asked for?? Seeing their happy faces and knowing that what you did really make their day was just priceless.
The joy of parenting...making our kids happy:)
 
Enough for the day, no more jalan-jalan or shopping spree walaupun SALE di mana-mana. Sebabnya, ummi tak larat nak jalan jauh-jauh dah, plus abah pon tak larat, ngantuk akibat tak tido semalaman sebab kena standby the nite before sampai ke pagi kat ofis untuk kerja-kerja termination apa ke benda tah....hehe. Tapi tu laa kan, the love of a father mengatasi segalanya and I'm sure he knows it was worth his every cents and time and energy.

Sometimes, u don't have to spend much to make your little people happy. Even pegi pasar malam, beli aiskrim potong rege lima posen pon amat bermakna bagi mereka. Kadang-kadang lagi, u don't have to spend even one cent pon to make them happy. Bila dia orang cerita apa-apa, jadilah pendengar yang baik dan lebih baik lagi kalau kita dapat bagi respond seperti yang mereka harapkan #notetomyself*.Just listen and understand them but not spoiled them. Semakin mereka membesar semakin banyak perhatian yang diperlukan. Biasa orang cakap, babies need more attention, tapi for me, zaman sekarang growing up child especially teenagers need more attention than babies sebab babies, all we have to attend is their basic needs. Tak perlu nak attend their hormonal change or anything related to it. Anyway, sebelum lari topik, I do hope that even selepas pertambahan ahli baru nanti, me and my other half could continue making kakak, Aqil and Ashif as happy as they are always be. Of course there will be more dramas, but hoping that nobody will be feeling left out.

Ohh ye, before ending this entry, I would like to compliment rooftop parking SCM ni yang sangat convenient kalau pergi dengan tujuan nak tengok wayang. Keluar kereta masuk SCM terus je ke GSC. Tak perlu nak menapak jauh-jauh. Itu yang slot 1145am, kul 1200pm baru beli tiket pon masih sempat lagi :) Tapi make sure kena sampai awal before 12pm sebab masa kita orang keluar dalam 230pm camtu, parking dari tingkat bawah sampai rooftop dah penuh sesangat.


Monday, December 17, 2012

Jangan disalahkan hijab

 Assalamualaikum...


Hari ni macam terpanggil nak kongsi sedikit pandangan dan pendapat yang tak seberapa. Al-kisahnya macam ni. 2 hari yang lepas masa tengah dok belek-belek Instagram, ada la satu photo (screen shot) drpd sorng retis ni yang menunjukkan komen tak berapa nak cerdik drpd follower dia and mungkin sebab geram yang amat sbb komen tu mmg sangat2 la berbau longkang, she did reply those dumb comments.


Tapi yang tak sedap dibacanya, komen tu ade dikaitkan dengan perwatakan berhijab si follower tadi. Walaupun mungkin retis tu tak bermaksud nak salahkan perwatakan follower tadi, tapi senario menyalahkan hijab di ruang komen mana-manapun dah lama berleluasa. Sebelum ni pon bila ade pengomen yang bermulut jahat tapi menutup aurat, pengomen-pengomen lain akan cakap, "pakai tudung tapi mulut jahat" ataupun "baik tak payah pakai tudung kalau hati tak baik" and so on laaa, dan majoriti yang komen macam tu dah tentu-tentu la drpd mereka yang tak berhijab a.k.a tak menutup aurat seolah-olah mereka sangat bangga mereka tak berhijab tapi hati mereka baik dan bersih sebab tak mengeluarkan kata-kata yang tak senonoh. Malah ade jugak yang tolong encourage retis kesayangan mereka supaya post photos yang lagi seksi supaya "ustazah-ustazah" tak bertauliah di luar sana lagi terbeliak mata dia orang....Astaghfirullahal-azim.

As for me, tak sepatutnya kewajipan menutup aurat yang dilaksanakan oleh seseorang muslimah itu dijadikan senjata oleh mereka yang mengaku Islam tetapi tidak menunaikan kewajipan yang satu itu untuk menutup kesalahan mereka tidak menutup aurat hanya disebabkan yang menutup aurat itu berkelakuan tidak baik. Menutup aurat itu belum tentu menjamin seseorang itu untuk menjadi muslimah sejati dan sempurna. Macam solat 5 waktu jugak la kan. Yang sentiasa cukup solat 5 waktu sehari semalam pon belum tentu dia boleh menjadi muslim yang sempurna, yang takde melakukan dosa. Habis, kalau macam tu, nak disalahkan solat jugak ke?

Sekurang-kurangnya, walaupun hati dia tak bersih, mulut dia macam longkang sekalipun, pada saya tak sepatutnya, kita yang kononnya hati lagi bersih dan suci dari orang tu cakap tak guna melaksanakan kewajipan agama kalau perangai still tak senonoh. Who are we to judge? Hanya Allah yang selayaknya menghakimi setiap perbuatan hambaNya. Dan sekurang-kurangnya, dosa tidak menutup aurat, dosa tidak mengerjakan solat, dia dah terlepas. Orang yang tak melaksanakan kewajipan pulak, walaupun dia claim hati dia lagi bersih dari orang yang menunaikan kewajipan, dia boleh jamin ke setiap hari dia takde menambah dosa dalam sebarang bentuk yang lain?? Lagipun kalau hati tu baik sangat or bersih sangat kenapa susah sangat nak mengerjakan kewajipan agama yang terang lagi bersuluh tanpa perlu disuruh atau ditarbiyah atau kononnya belum dapat hidayah???

Saya bukanlah ustazah atau alim ulamak nak quote ayat-ayat Al-Quran ke hadis ke untuk memperkukuhkan pendapat dan pandangan saya yang tak seberapa ni. Saya cuma kesal bila kewajipan berhijab itu diperlekehkan oleh sesetengah orang disebabkan mereka ni nak menegakkan benang yang basah. Kita sebagai manusia memang takkan terlepas drpd melakukan dosa, tak kira la sama ada kita berhijab atau pun tidak, sebab kita bukan golongan Nabi yang maksum. Tapi kewajipan tetap kewajipan, dan seiring dengan masa dan usia, insyaAllah tahap keimanan dan kesedaran kita bertambah. Cuma jangan diperlekehkan kewajipan agama seperti berhijab yang dilaksanakan oleh seseorang, hanya kerana dosanya yang lain yang bila-bila masa boleh diampunkan oleh Allah sekiranya dia bertaubat kerana Allah Maha Pengampun. Tetapi bagi golongan yang tak berhijab pulak, adakah anda selesa memikul beban dosa tersebut setiap hari dan ketika walaupun sewaktu anda tidur sekalipun hanya kerana anda rasa dah cukup bagus sebab anda ada sekeping hati yang anda claim bersih dan suci. 


Google Image

Google Image


Sekian, wallahua'lam.



p/s: Empunya blog tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat gejala meroyan drpd pihak-pihak tertentu yang terbaca artikel ni. Sila baca dengan hati yang bersih dan suci dan fikiran yang terbuka. Tq :)

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12


Nothing special but such a wonderful numbers to celebrate a bit :)


Image : Google


Tuesday, December 4, 2012

Holiday plan, virus, scam and a lil help that goes beyond control

Baru je ingat nak bawak my lovely little peoples kat sini bila dia orang dah balik nanti...........


Gold Coast Morib
Gold Coast Morib Water Theme Park





Tapi disebabkan sekarang tengah kecoh pulak pasal virus Leptospirosis which had caused a few death in children dekat satu water theme park kat Shah Alam, kena la pikir dua kali nak pergi tempat-tempat macam ni....hmmmm :( Tapi not sure sama ada betul ke tidak kes tu since I did not came across the headlines in any media source. Cuma dapat info dari status dekat FB je. Mana tau kes lama kan, tapi sebab ade je orang yang takde keje atau dh kekeringan idea nak buat status kat fb, dia orang pi la korek apa-apa yang tak sepatutnya disebarkan pon sebenarnya. Lepas tu orang lain dengan rasa tanggungjawabnya SHARE jelah tanpa usul periksa. Selalunya camtu la senarionya. Anyway, for our safety why not we take it as a precaution.


Lagi satu status FB yang agak menarik perhatian was this one.........



Macam ni la ye gaya rompakan zaman millenium ni. Kalau tak acu parang, tak kena ragut atau situasi  mencemaskan yang seangkatan, begini pulak cara orang sekarang merompak ye! Scaryyyy!! Nanti-nanti Malaysians pon ada kemungkinan jadi macam orang China yang dah pupus rasa timbang rasa mereka dekat orang-orang yang berada dalam kesusahan semata-mata sebab adanya penipu macam ni la. Tak tolong salah, tolong pon salah. Apa nak jadi???

Cakap pasal tolong menolong ni, I was actually not in a good mood sampai beberapa hari. Orang dah offer nak tolong, segan pulak nak tolak walaupun tau pertolongan tu bakal sedikit sebanyak menyusahkan orang tu. Tapi kalau orang tu tak tolong, I pon takde la susah sangat cuma penat la sket bila dah berbadan dua dengan kembar pulak tu. Tapi bila dah setuju, everything from A-Z was out of my control dan dah jadi macam menyusahkan kita balik walaupun pada asalnya pertolongan tu dengan tujuan nak menyenangkan diri ni. Tu yang kadang-kadang malas nak mintak tolong dengan orang lain, better kita buat sendiri walau susah sekalipun asalkan outcome nya seperti yang kita nak.

Dissatisfaction is such an unpleasant feeling especially when it involves my loved ones :(