Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Monday, December 17, 2012

Jangan disalahkan hijab

 Assalamualaikum...


Hari ni macam terpanggil nak kongsi sedikit pandangan dan pendapat yang tak seberapa. Al-kisahnya macam ni. 2 hari yang lepas masa tengah dok belek-belek Instagram, ada la satu photo (screen shot) drpd sorng retis ni yang menunjukkan komen tak berapa nak cerdik drpd follower dia and mungkin sebab geram yang amat sbb komen tu mmg sangat2 la berbau longkang, she did reply those dumb comments.


Tapi yang tak sedap dibacanya, komen tu ade dikaitkan dengan perwatakan berhijab si follower tadi. Walaupun mungkin retis tu tak bermaksud nak salahkan perwatakan follower tadi, tapi senario menyalahkan hijab di ruang komen mana-manapun dah lama berleluasa. Sebelum ni pon bila ade pengomen yang bermulut jahat tapi menutup aurat, pengomen-pengomen lain akan cakap, "pakai tudung tapi mulut jahat" ataupun "baik tak payah pakai tudung kalau hati tak baik" and so on laaa, dan majoriti yang komen macam tu dah tentu-tentu la drpd mereka yang tak berhijab a.k.a tak menutup aurat seolah-olah mereka sangat bangga mereka tak berhijab tapi hati mereka baik dan bersih sebab tak mengeluarkan kata-kata yang tak senonoh. Malah ade jugak yang tolong encourage retis kesayangan mereka supaya post photos yang lagi seksi supaya "ustazah-ustazah" tak bertauliah di luar sana lagi terbeliak mata dia orang....Astaghfirullahal-azim.

As for me, tak sepatutnya kewajipan menutup aurat yang dilaksanakan oleh seseorang muslimah itu dijadikan senjata oleh mereka yang mengaku Islam tetapi tidak menunaikan kewajipan yang satu itu untuk menutup kesalahan mereka tidak menutup aurat hanya disebabkan yang menutup aurat itu berkelakuan tidak baik. Menutup aurat itu belum tentu menjamin seseorang itu untuk menjadi muslimah sejati dan sempurna. Macam solat 5 waktu jugak la kan. Yang sentiasa cukup solat 5 waktu sehari semalam pon belum tentu dia boleh menjadi muslim yang sempurna, yang takde melakukan dosa. Habis, kalau macam tu, nak disalahkan solat jugak ke?

Sekurang-kurangnya, walaupun hati dia tak bersih, mulut dia macam longkang sekalipun, pada saya tak sepatutnya, kita yang kononnya hati lagi bersih dan suci dari orang tu cakap tak guna melaksanakan kewajipan agama kalau perangai still tak senonoh. Who are we to judge? Hanya Allah yang selayaknya menghakimi setiap perbuatan hambaNya. Dan sekurang-kurangnya, dosa tidak menutup aurat, dosa tidak mengerjakan solat, dia dah terlepas. Orang yang tak melaksanakan kewajipan pulak, walaupun dia claim hati dia lagi bersih dari orang yang menunaikan kewajipan, dia boleh jamin ke setiap hari dia takde menambah dosa dalam sebarang bentuk yang lain?? Lagipun kalau hati tu baik sangat or bersih sangat kenapa susah sangat nak mengerjakan kewajipan agama yang terang lagi bersuluh tanpa perlu disuruh atau ditarbiyah atau kononnya belum dapat hidayah???

Saya bukanlah ustazah atau alim ulamak nak quote ayat-ayat Al-Quran ke hadis ke untuk memperkukuhkan pendapat dan pandangan saya yang tak seberapa ni. Saya cuma kesal bila kewajipan berhijab itu diperlekehkan oleh sesetengah orang disebabkan mereka ni nak menegakkan benang yang basah. Kita sebagai manusia memang takkan terlepas drpd melakukan dosa, tak kira la sama ada kita berhijab atau pun tidak, sebab kita bukan golongan Nabi yang maksum. Tapi kewajipan tetap kewajipan, dan seiring dengan masa dan usia, insyaAllah tahap keimanan dan kesedaran kita bertambah. Cuma jangan diperlekehkan kewajipan agama seperti berhijab yang dilaksanakan oleh seseorang, hanya kerana dosanya yang lain yang bila-bila masa boleh diampunkan oleh Allah sekiranya dia bertaubat kerana Allah Maha Pengampun. Tetapi bagi golongan yang tak berhijab pulak, adakah anda selesa memikul beban dosa tersebut setiap hari dan ketika walaupun sewaktu anda tidur sekalipun hanya kerana anda rasa dah cukup bagus sebab anda ada sekeping hati yang anda claim bersih dan suci. 


Google Image

Google Image


Sekian, wallahua'lam.



p/s: Empunya blog tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat gejala meroyan drpd pihak-pihak tertentu yang terbaca artikel ni. Sila baca dengan hati yang bersih dan suci dan fikiran yang terbuka. Tq :)

2 comments:

  1. Love your topic. Very well said. Betul la apa awak cakap. Kita yang berhijab ni seolah - olah tak boleh langsung tersalah sikit.. Saya perasan jugak dengan kutukan / hinaan atau pun...kata-kata cerca yang di lemparkan kat adik2 muslimah ni. Dah jadi trend pulak...

    ReplyDelete
  2. Thank u:) Maybe semua tu dugaan supaya kita lebih beringat utk mnjaga akhlak masing2 kn.

    ReplyDelete