Bismillahirrhmanirrahim
Since Allah dah amanahkan 5 orang hambanya sebagai anak kami berdua, kenala strive to be an excellent parents dalam mendidik hamba-hamba Allah ini menjadi soleh dan solehah yang berjaya dunia dan akhirat....amiin. This one is just supposed to be my own notes and reference for the latter days.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan
pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan
lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip
yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan
Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang
ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon
pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait
dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga
anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu
yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan
bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz
kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan
Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat
disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita
selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia
akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan
nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa
kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna
dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar,
sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil
bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun
perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang
anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan
sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku
juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta
maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat
salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya
Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada
pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai
peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang
cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah
lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ",
[kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa
ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi
". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi
Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah
selalu.
No comments:
Post a Comment