Bismillahirrahmaanirrahim...
Self reminder for today.
Rezeki.........
Ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk.
Tak semestinya wang ringgit.
Suami yang penyayang, soleh walaupun tak kaya raya juga rezeki
Anak-anak yang soleh dan solehah juga rezeki
Kesihatan yang baik dan umur yang panjang juga rezeki
Itupun jika dimanfaatkan ke arah menambah saham akhirat
serta bertaubat dia atas dosa-dosa lampau
Tempat kerja yang menggembirakan dan seronok bila bekerja juga rezeki
Walaupun gaji tak banyak macam orang lain
Saudara mara dan rakan taulan yang baik juga rezeki
Tiada hasad dengki, tiada tikam menikam di belakang
Semuanya hidup saling membantu, hormat menghormati
Harmoni je....
Kesimpulannya
Segala nikmat kebaikan yang Allah berikan
semuanya rezeki dari Allah
Cuma kita je yang kadang-kadang lupa
Tak nampak, tak sedar
Tak bersyukur
Tapi tak bermakna kita perlu rasa selesa je dengan situasi sekarang
Kalau rasa $$$$ tak cukup, usaha perlu ada
Doa dan tawakkal
InsyaAllah ada lebih banyak nikmat yang Allah bagi
Perlu yakin dan bersangka baik dengan Allah
Walau apa pun keadaan kita
No comments:
Post a Comment