Bismillahirrahmanirrahim....
Recent school holidays berpeluang bercuti 3D2N kat Swiss Garden Resort and Spa di Pantai Balok, Beserah, Kuantan. 4 hours journey from KL to Kuantan via Lebuhraya Pantai Timur. A week before that, I've been in Beserah for work purpose so jalan ke sana masih segar di ingatan cumanya hari tu pergi masuk tol Gambang, this time pergi masuk tol Kuantan. Since sekarang technology is on your fingertips, takde masalah rasanya setakat nak cari famous place macam hotel ni. GPS kan ada :)
Kat sini aktiviti banyak for 3D2N stay tapi budak-budak dah tak pandang dah aktiviti lain selain dari mandi pantai and terjun kolam...hehe. Our pakej tu ada la include activities such as batik painting or kite flying session, free entrance to Tupai Kids club etc laaa....hahaha malas nak taip, boleh rujuk sini . After check-in tu rest kejap, solat and terus turun pergi telan angin kat pantai. Angin masa tu memang dah bukan sepoi-sepoi bahasa dah, kira dah kurang ajar punye bahasa la tahap dia sampai si kembar pun dah tak boleh bukak mata. Mata pulak dah la sepet...kikiki.
Amsyar excited tengok air banyak, Aisy je takut-takut langsung tak nak turun, suruh orang dokong je. Baru ummi nak join excited sama-sama main air laut, terus terbantut....huhu. Cuaca sangat baik...alhamdulillah. Lepas mandi pantai, macam biasa la terjun kolam pulak. Gitu la rutin pagi petang sampaila check out. Ohhh..si Aisy bab mandi kolam kasi kat dia. Memang excited sampai second day tu macam bagus tak bagi orang pegang. Boleh la dua tiga langkah jalan dalam air kolam tu.
|
Kat pantai pun hotel sediakan lifeguard. Nampak tak mamat kat belakang tu?? |
|
Bukti Amsyar yang excited...hahaha. Dia yang tarik abah |
Makan-makan, kita orang breakfast jelah makan kat hotel. Manala mampu kan nak bayar buffet satu kepala sampai RM 70.00 kot kalau tak silap. Setiap Friday and Saturday ada dinner buffet. And breakfast, walaupun pakej 2 adult 2 children sedangkan kami children 1 plus babies 2 lagi tak masuk pakej, alhamdulillah hotel pemurah. Takde kena extra charge pun. First night stay makan kat restoran Thai depan hotel je tapi lupa pulak nama restoran tu. Namanya ala-ala Siam mari. Ingat kan sedap and rasa ori Siam punya masakan la tapi hampeh. Tak sedap!! Order ikan siakap stim, kailan goreng ikan masin, puyuh goreng 2 ekor dengan sotong celup tepung yang rupanya macam cekodok sotong. Semua tu termasuk air 5 gelas RM70.00.
Esoknya tengahari takde idea nak gi makan kat mane. Mula-mula, suggest kat my other half nak makan dekat halal chinese seafood restaurant ni, Paksu Restoran. Just 2km away from hotel. Kononnya nak makan lagi sekali seafood and mushroom in pumpkin with pumpkin fritters yang sedap sangat tu. Alkisahnya masa pergi meeting kat hatchery udang dekat Beserah hari tu, operator hatchery tu belanja makan kat sini. First time makan pumpkin fritters....memang sedap sangat. Ingat ubi keledek celup tepung je sedap. Tak sempat snap gambar masa tu terus ngap sebab lapar....hahaha *padahal malu sebenarnya*. Pumpkin tu dia korek isi buat fritters lepas tu, variety of seafoods and mushroom dia letak dalam pumkin dan masak secara kukus kot....arghhh meleleh air liur!!
Then, my other half said...jom makan kat Tg. Lumpur sebab masa tu dah alang-alang masuk bandar Kuantan kan. Bukak GPS tengok takde jauh sangat dalam 15 min gitu je. So, off we went to Tg. Lumpur. Nasib baik ada restoran bukak during lunch sebab biasanya penggemar seafood serbu Tg. Lumpur masa dinner. The only restoran yang bukak, Super Top. Alhamdulillah makanan memang top jugaklah compare dengan dinner semalam. Kita orang order ikan jenahak bakar sambal petai, puyuh goreng (kali ni order 3 ekor sebab lebih murah), ketam telur masin dengan butter prawn. Semua tu termasuk air sirap satu jug RM100++....lupa lagi sbb bukan kita yang bayar kan...hehe. Tapi takde la sampai RM150 pun. Pekerja kat retoran ni pun sangat peramah lebih-lebih lagi dengan si kembar....hehe. Servis pun cepat tapi tak sure la sebab orang tak ramai ke time tu.
Walaupun cuma short vacation je, tapi alhamdulillah diberi kesempatan menikmati keindahan pantai yang sememangnya favorite place kalau pergi vacay selain dari tempat shopping....muahaha. Kids happy faces were priceless. Lagipun memang dah lama sangat tak pergi bercuti mana-mana selain balik kampung je. Cakap pasal balik kampung memang fter checking out we continued our journey balik kampung..yeayy!! Dah 3 bulan lebih tak balik, so cuti seminggu diperuntukkan demi ma and abahku yang terchenta.
Memang best balik kampung ikut Kuantan-Kuala Terengganu ni sebab mata dihidangkan dengan pemandangan laut yang saujana mata memandang tapi kalau bukan terpaksa memang takkan balik ikut sini. Jauh sesangat!!! Tak sanggup dok dalam kereta lama-lama lagi-lagi bawak budak tecik....huaaaa!! Alhamdulillah selamat sampai kat kampung sambil-sambil singgah tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat ku tinggal selama 2 tahun dolu-dolu masa ma kerja kat Agensi Dadah Kebangsaan, iaitu Kg. Raja, Besut. Singgah jumpa Resident Engineer je bagi drawing untuk submission ke local authorities for one of my company's project in Setiu.
Ermmm...macam biasa la. Ingat nak buat short entry je tapi jadi panjang jugak.Ok la kan sekali sekala je update pun. Tapi nak letak gambar jugak walaupun entry dah panjang berjela.
p/s : will blog about Paksu Restaurant for next entry.