Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Tuesday, June 24, 2014

Anti-sosial lagi!!



Salam.

Ada kejadian tak diingini berlaku baru-baru ni. Takdela tak diingini sangat pun, Cuma kejadian tu menyebabkan dilema yang berpanjangan je.

Ceritanya, pada suatu hari tetiba ada orang add aku kat dalam satu grup whatsapp ni….grup jiran tetangga. Yang lebih menyedihkan aku sendiri pun tak kenal si grup admin tu…hahaha. Teruk kan! Dia, siap save aku punye number tu.

Tambah menyedihkan, out of 16 (and counting…) orang dalam grup tu, 6 orang je aku kenal…bahaha. Nampak noo la aku ni anti-sosial. Dulu anti-sosial pasal mengandungkan kembar. Tak larat nak klua macam-macam. Sekarang, anti-sosial sebab nak kena jaga kembar la pulok…hihi. Banyak betul alasan. Yela kan, kat rumah pun mana la sempat nak layan henpon. Kekadang henpon pun tak tau mana aku letak. Daripada dok layan henpon baik layan si kembar. Dah ler masa dengan anak-anak sangat terhad. Nanti tak sempat nak nikmati every moment pembesaran diorang. Masa pun sekarang makin singkat. 24 jam sehari kali 2 hari weekend tu apa la sangat boleh buat bila kerja rumah berlambak. Masa untuk rehat pun takde.

Masalahnya jiran-jiran terdekat aku iaitu yang sebelah rumah, yang depan rumah yang selalu aku dok chit chat sambil sidai kain angkat kain takde la pulok dalam grup tu. So daripada saat iolls kena add sampai lerr saat dok taip post ni, iolls tak pernah bersuara walau satu perkataan pon. Malu!

Tapi aku memang salute la diorg yang memang born friendly sebab walaupun tak kenal, deyolls boleh chit chat dengan senang hati macam dah memang kenal je.Haisyy!! Nape la aku ni pemalu sangat.

Nak beranikan diri say Hi atau mencelah pun macam dah tak berapa relevant dah sekarang…haha. Sebabnya orang dah sampai Paris dah kita baru nak kenalkan diri! OMG!! Orang kata berdiam diri itu lebih baik, tapi dalam kes ni I don’t think so.

Jadi, apakah langkah seterusnya? Quit and exit grup??? Oh, tidak sama sekali. Itu sungguh kurang ajar namanya. Ntahlaaa. Let times do the talking for now kot. Iolls akan muncul bila-bila jelah nanti…muahaha.