Salam.
Ada kejadian tak
diingini berlaku baru-baru ni. Takdela tak diingini sangat pun, Cuma kejadian tu menyebabkan
dilema yang berpanjangan je.
Ceritanya, pada suatu hari tetiba ada orang add aku kat dalam
satu grup whatsapp ni….grup jiran tetangga. Yang lebih menyedihkan aku sendiri
pun tak kenal si grup admin tu…hahaha. Teruk kan!
Dia, siap save aku punye number tu.
Tambah menyedihkan, out of 16 (and counting…) orang dalam grup
tu, 6 orang je aku kenal…bahaha. Nampak noo la aku ni anti-sosial. Dulu
anti-sosial pasal mengandungkan kembar. Tak larat nak klua macam-macam.
Sekarang, anti-sosial sebab nak kena jaga kembar la pulok…hihi. Banyak betul alasan.
Yela kan, kat rumah pun mana la
sempat nak layan henpon. Kekadang henpon pun tak tau mana aku letak. Daripada
dok layan henpon baik layan si kembar. Dah ler masa dengan anak-anak sangat
terhad. Nanti tak sempat nak nikmati every moment pembesaran diorang. Masa pun
sekarang makin singkat. 24 jam sehari kali 2 hari weekend tu apa la sangat
boleh buat bila kerja rumah berlambak. Masa untuk rehat pun takde.
Masalahnya jiran-jiran terdekat aku iaitu yang sebelah rumah,
yang depan rumah yang selalu aku dok chit chat sambil sidai kain angkat kain takde
la pulok dalam grup tu. So daripada saat iolls kena add sampai lerr saat dok
taip post ni, iolls tak pernah bersuara walau satu perkataan pon. Malu!
Tapi aku memang salute la diorg yang memang born friendly
sebab walaupun tak kenal, deyolls boleh chit chat dengan senang hati macam dah
memang kenal je.Haisyy!! Nape la aku ni pemalu sangat.
Nak beranikan diri say Hi atau mencelah pun macam dah tak
berapa relevant dah sekarang…haha. Sebabnya orang dah sampai Paris
dah kita baru nak kenalkan diri! OMG!! Orang
kata berdiam diri itu lebih baik, tapi dalam kes ni I don’t think so.
Jadi, apakah langkah seterusnya? Quit and exit grup???
Oh, tidak sama sekali. Itu sungguh kurang ajar namanya. Ntahlaaa. Let times do
the talking for now kot. Iolls akan muncul bila-bila jelah nanti…muahaha.
No comments:
Post a Comment