Saturday, May 14th 2011, 02:15 am - dikejutkan dari tido yang lena oleh satu panggilan telefon. almaklumla hp baru, bunyi kuat gile sbb pns2 lg hp tu. br dpt hr jumaat sblmnye. tu yg tak menyempat nk setup bagai tepon tu. bior je dgn setting sedia ada ( smpt lg nk show off...ngeh3. bangga terlebey sbb gift dr abe..muahaha)
Dengan mata yg separuh terbukak..usaha gak bkk mata w/pn hampir tak mampu sbnrnye nk bkk. tgk caller ghupenya my beloved mak sedara kat kampung. berdebar2 jantung...dup dap dup dap. dlm kepala dh terbyg mcm2 perkara yg tak diingini. lalu mak ji memberitakan yg atuk sedara br je passed away. atuk sedara tu belah mak, adik nenek. ingt lg ms skolah rendah dulu2 slalu gi melepak rmh dia dgn ayh sepupu sorng ni yg tua sethn je dariku..bkn melepak pn. dulu2 mn la canggih mcm skrg. segala mcm video game la, facebook la, chat la. kitaorg pegi tangkap menatang pepatung tu je yg saiznye besar2 gedabak. mmg rare la spesis pepatung tu. kalo yg biasa kita jumpa yg kaler hijau tu je kn...seronok time tu.
Tp bila dh naik skolah menengah dan ayah sepupu tu pn dh x lg sama skolah, dh jarang la pegi rmh dia. Last time pegi rmh dia seingat-ingat ku masa ank dia yg bongsu tu kawen. bila dh dok KL ni lg la jarang nk menjenguk dia kn. Selalu pn jumpa ank2 dia je time diaorg dtg beraya kat rmh memandangkan mak adalah senior sepupu ank2 dia...hehehe.
Mak cite ank dia yg sorng tu sedih yg amat dan menyesal katanya dh lama tak balik jenguk mak ayah dia. Dia skrg menetap kat Kuantan. Memang terkilan sgt2 katanye sbb last time cuti 3 hari semasa 1 Mei 2011 hr tu pn x blk. Cite mak tu mmg mmberi kesan mendalam padaku....rs macam kena perli pn ada padahal mmg mak xde niat pn nk perli dr intonasi suara dia tu. cuma cukp terasa sbb aku pn jarang sgt blk. tambah pulak sejak nadhirah dh darjah 1 ni kena tunggu cuti skolah jela. nsb baik masa 1 Mei tu berkeras jgk dgn cik abe nk blk kg & buat surprise kat ma n abah. Alasan : nk ambk kain dkt kak Mah, nk jual...hehe.
Tp ms blk tu mmg nmpk ma n abah cukp gembira walaupn diaorg takdela menzahirkan dgn kata2, tp riak muka dioarg pn kita dh tau betapa happy nya diaorng bila ank2 n cucu2 blk menjenguk diaorg. Walaupn terpaksa mengharungi perjalanan 12 jam blk ke puncak alam disebabkn traffic jam yg melampaui jangkaan, raya pn x jem camni..huhu tp berbaloi masa dan tenaga dpt menggumbirakan hati org tua sekali sekala.
Mungkin kita x dpt nk membahagiakn org tua dr segi material dan diaorg tak pernah mintak pn, so kita ambil pendekatan lain yg takde kurang maknanye pn. kalau ada kesempatan pulanglah menjenguk org tua kita sbb kita tak tahu bila ajal akn menjemput sama ada diri kita atau mereka terlebih dahulu. Seandainya kita yg terlebih dahulu pergi, kita akn pergi dgn tenang dn andai sebaliknya, sekurang-kurangnya kita yg masih hidup ni tidak akan dihantui penyesalan semumur hidup...insyaAllah kerana ibu bapa tiada galang gantinya.
p/s: Al-Fatihah buat atuk sedara...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan ahli syurga.
No comments:
Post a Comment