Bismillahirrahmanirrahim...
Macam mane ye nak mula...ermm. Sebenarnya hari ni mak budak ni nak membebel pasal komplen yang mak budak buat hari tu dekat SKMM. Alahhh...pasal lirik lagu Bawaku Pergi tuuu. Terkini, lagu tu pon dah kena banned, for temporary or permanent sementara tunggu keputusan muktamad jawatankuasa yang dilantik, tu di luar bidang pengetahuan mak budak ni ye. Anyway, lets just hope for the best into a better environment for our generation.
Yang kena banned tu bukan gara-gara komplen mak budak ni sorang je ye. Ni sebab dah keluar paper Utusan Malaysia sebagaimana dipetik daripada Mstar online :
Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali
Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur
negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.
Dah baca kenyataan balas penulis lirik dia. Antaranya, dia menyatakan bahawa: -
1.lirik lagu tersebut menggambarkan imaginasinya nak bercuti ke luar negara dengan isterinya terutamanya ke Bali/Indochina - apa dia ingat manusia yang dengar lagu dia tu Tuhan ke, maha mengetahui segala imaginasi yang dia ingin gambarkan. Lain orang lain interpretasi dan pemahaman, ok! Lain la memang tulis situ " saya nak gi Bali dengan bini saya makan angin"....muahaha.
2."Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam,” katanya. .- bagi kebanyakan orang yang tak kaya macam dia, nak pergi kenal sempadan selain sempadan Siam pun tak MAMPU. Ntah-ntah nak gi skolah blaja Geografi pun tak MAMPU.
3. "Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang
yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan hal saya." - di manakah tanggungjawab sosial dia sebagai seorang manusia beragama Islam dan artis yang dikenali di Malaysia???
Semua petikan di atas, dipetik daripada laman web http://mstar.com.my.
Lagi satu ada jugak komen-komen pembaca yang tak menyokong pengharaman lagu ni dengan alasan, lagu-lagu barat lebih merosakkan. Mak budak rasa lagu-lagu barat memang orang tak heran sebab zaman berzaman memang merosakkan kalau tak ditapis betul-betul. Sebab apa??? Sebab diaorg tu orang KAFIR. Memang diaorang takde pikir dosa pahala, baik ke buruk. Jadi tak payah la nak compare dengan lagu barat sebab semestinya diaorang tak setaraf kalau nak dibandingkan dengan kita orang Islam ni, yang sepatutnya mempunyai budi pekerti yang lebih mulia dalam setiap pekerjaan kita. Lagipun ramai yang tahu, memang misi diaorang nak menyesatkan umat Islam yang cepat lalai. Takkan la kita sebagai Muslim nak menyesatkan saudara seagama kita sendiri kan.
Kesimpulannya lebih baik buat lirik yang simple dan mudah difahami atau lirik yang berbunga-bunga pun tak kisahlah asalkan maksud yang nak digambarkan tu sampai, dan takkan disalahtafsir oleh orang-orang yang kononnye berfikiran negatif. This is only my opinion on this issue. Everybody else is entitled to their own different point of view.
No comments:
Post a Comment