Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Thursday, March 21, 2013

Review : UMMC @ PPUM

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni sebenarnya dah hari ke 45 cuti bersalin. Tak menang tangan punye pasal, banyak draf terbengkalai camtu je. Alhamdulillah hari ni ada sedikit free times nak share few series of posts of my recent delivery of twins.

Dah lama berhajat nk buat sedikit review tentang pengalaman bersalin dekat UMMC. Bukan apa, saya dulu lepas tau pregnant kembar, susah jugak la nak buat keputusan nk bersalin kat mana disebabkan kekangan financial. Masa nak decide tu, susah sangat nak jumpa satu review yang betul-betul membantu tentang UMMC ni. Yang ada cuma komen-komen positif dekat forum-forum tertentu je. Kalau bersalin dekat SDMC Subang Jaya hari tu seperti yang di rancang, mau bil hospital berbelas-belas ribu...manala mampu kan. Tapi at the same time nk servis yang tip top...hehe. Nak pi hosp gomen, takut bila dengar banyak cite -ve daripada +ve.

Jadi, ke UMMC la kita...hosp semi-government. Before we talk about the the pros and cons bersalin kat UMMC ni, let's talk about preparation untuk bersalin kat sini dulu.

First of all, kena pergi set first appointment dulu dekat klinik antenatal. Tapi, masa mula2 pergi kita takkan terus dirujuk untuk check-up, sebaliknya mereka akan bagi kita first appointment for check-up pada tarikh yang lain. Jadinya, tak payah la nak harap, pergi for the first time je terus check-up. Macam saya, kena tunggu sampai lebih kurang 2 minggu daripada hari pergi set date tu. Tak macam hosp private, first time pergi terus dah boleh buat routine check-up. Masa pergi set date tu dia akan bagi list of documents yang perlu dibawa for the first time check-up.

Antara yang penting, kena buat bayaran deposit sebanyak RM500.00. Setiap kali routine check-up pulak, pekerja private sector macam saya ni, kenala bayar RM6.00 sekali check-up dan lagi RM20.00 untuk ultrasound.

Now, let's move on to the pros and cons.

Pros :

Nothing much to say sebabnya environment, policies and procedures memang macam gomen je kot.

Nurses pon alhamdulillah ramai yang baik hati, peramah dan sopan-santun dalam bercakap walaupun ada jugak ketemu dengan sorang dua yang agak kureng sket.

Doctor pulak walaupun muda-muda belaka, mereka dah terlatih dalam bidang masing-masing. Lagipun hari-hari dok buat kerja sama je kan, so don worry. Kalau rasa nak specialist sila lah ke UMSC- Universiti Malaya Specialist Centre.

Polisi UMMC ni, diaorang sangat menggalakkan breastfeeding. No feeding bottles allowed. Breastfeeding is something very good, right tapi sebenarnya yang ni pn ada pro and con sendiri. That is why ada ibu yang sebilik dengan saya ada yang bawak susu formula masuk dalam wad senyap-senyap.

Wad selesa walaupun kena kongsi 4 orang dalam satu bilik. Sekurang-kurangnya takdela rasa keseorangan sangat kan. Macam-macam cite leh kongsi dengan ibu-ibu yang lain.

Yang paling penting, kos sangat murah berbanding private hospital. I was charged RM900.00 only.

Cons:

Kita akan dirujuk kepada doc yang berlainan semasa check-up mau pon semasa nk deliver, depend pada sape yang bertugas on that day. Masa check-up tak kisah sangat, masa bersalin tu jelah agak kisah sedikit bagi saya kalau buatnya semua doc lelaki je yang available kan. Memang boleh choose nak doc mana sebabnya akan ade lebih pada sorang yang bertugas setiap hari. Dan kebetulan, alhamdulillah hari bersalin tu ada lady doc.
Berlainan dgn kebanyakan private hosp kalau dr check-up dgn gynae A, memang bersalin pun dgn gynae A jugak la kan.

Tak boleh choose nak bersalin normal atau operate. Operation hanya untuk kes-kes tertentu sahaja.

Macam private hosp, kalau kita dah choose date tertentu utk deliver dgn our gynae, tiada masalah menunggu turn lagi dekat hosp utk dibedah. Tapi dekat sini, selagi kita tak rasa sakit nak bersalin, walaupun dah masuk OT, nak tunggu kena bius je pon, kalau ada kes emergency, mereka akan attend kes emergency dulu. So terkulat-kulat la kita masuk wad balik tunggu turn.

Tiada private suite macam private hosp. Semua bilik ada 4 katil.

Sesiapapun tak dibenarkan menemani pesakit di luar waktu melawat termasuklah di malam hari.

Waktu melawat yang sangat terhad. Dari pukul 12:00pm-2:00pm dan 6:00pm-8:00pm.

Baby akan sepenuhnya di bawah jagaan kita sepanjang berada di wad termasuklah di waktu malam. For twins, salah seorang akan dihantar ke nursery. Jadinya, agak mencabar bila diri kita tgh sakit dan pada masa yang sama kena jaga baby on our own. Kalau private, dari pengalaman saya yang lepas, baby memang most of the time di bawah jagaan hosp supaya ibu boleh berehat.

Restless night bukan hanya disebabkan tangisan bayi anda yang kelaparan disebabkan anda yang ketiadaan susu atau kurang susu tapi disebabkan oleh sama ada tangisan bayi orang lain atau dengkuran ibu-ibu lain yang berkongsi wad dengan anda :( Semuanya disebabkan kena share bilik dengan ibu-ibu lain. No choice.

Kalau tak nasib baik dapat nurse yang kurang sopan atau mulut takde insurans....hehe. But, you can always filed a complaint against them. Bukan bermakna private hosp takde kes camni tapi usually it's very rare.

Not a husband friendly hospital. Kalau tak silap saya, even bersalin normal pun husband not allowed in the labour room. Sebabnya seingat saya semasa ceramah penyusuan ibu, nurse yang bagi ceramah ada bagi tau yang husband tak dibenarkan kerana terdapat banyak kes husband pengsan bila tengok darah banyak....hahaha. Macam lawak jugak di situ.

..............................................

Rasa-rasanya itu saje kot the pros and cons bersalin dekat UMMC daripada sudut pengalaman empunya blog ni. Banyak cons pulak ye daripada pros nye. Cons nye pon not that bad sampai boleh jadi nightmare. Setimpal la kan dengan harga yang dibayar. Jadi, tak bolehla nak expect lebih-lebih. Walau bagaimanapun, pilihan sentiasa ada, cuma sediakan saje duit for whatever the cost incurred.

1 comment:

  1. salam kenal..trjumpa blog ni wakut gugul pasal brsalin di ppum..jmputla follow kmbali :)

    ReplyDelete