Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 35 berpantang. Nak berkongsi sedikit pengalaman bersalin secara LSCS - lower segment ceaserean section for the first time walaupun kandungan sebelum ni dari pertama hingga ketiga semuanya normal. Tapi kali ni kena operate atas nasihat doc disebabkan my case ni adalah twin with one placenta.
Pada awalnya, dah book date untuk operate pada 19hb Feb 2013 dan sepatutnya masuk wad sehari sebelum. Tapi, Allah maha berkuasa dan maha penyayang. Tanggal 15hb Feb 2013, Jumaat, saya dah mula turun darah sedikit. Kebetulan hari tu dah ambik cuti siap-siap untuk buat preparation.
So, saya apa lagi, bergegas call my other half walaupun sebenarnya contraction langsung tak rasa. Yang paling bengang, masa nk call tu, line Maxis pulak buat hal. Naik tingkat atas nasib baik line ok. My other half pulak sampai tak sempat nak makan sebab time tu dia baru balik dari masjid dan otw nak pi makan. Saya pun sebenarnya tak kemas langsung barang-barang sendiri yang nak kena bawak pi hosp. Nasib baik barang-barang baby dah siap kemas masuk dalam beg.
Sampai UMMC lebih kurang pukul 4. Jalan pun rileks je sebab langsung tak rasa sakit kan. So, naik tingkat 3, wad bersalin, nurse suruh tukar baju semua, naik atas katil, nurse pasang alat yang monitor jantung baby tu...apa ke namanya lupa. Masa ni my other half dah turun tingkat 2, sebab dalam wad bersalin, tidak dibenarkan masuk. Lepas tu sorang doc lelaki bangsa India yang bertugas masa tu datang interview nak masuk info dalam form apa tah. Yang tak sukanya, kita dah jawab dia bukan nak fokus kat kita lepas tu tanye lagi dan lagi.
Tak lama lepas tu sorang lagi doc lelaki India yang lebih bertauliah datang check jalan dah bukak brape cm. First time ok, masa bersalin doc lelaki yang check. So masa tu dah 2cm bukaannye tapi still tak rasa sakit akibat contraction. Doc tu cakap kena operate hari tu jugak dan kebetulan takde masalah untuk operation dibuat memandangkan saya dah berpuasa dekat dengan 6 jam. Boring jugak la baring atas katil tu sorang-sorang. Dah la handphone tak leh bawak masuk.
Dalam keboringan tu, doc India yang kedua yang saya jumpa tu datang bersama tiga lagi doc. 2 orang berbangsa Melayu lelaki dan perempuan dan sorang lagi berbangsa Cina yang merupakan pakar bius. Saya pilih Dr. Zaiton untuk operate saya.
Dalam pukul 6 lebih gitu, saya ditolak masuk ke OT. Sempat jumpa my other half and my cobok. Tapi malang tak berbau kan. Bukan malang apa, malang nasib je atau dgn kata lain, dugaan.
Dah masuk bilik OT dan ready untuk dibius, tiba-tiba ada kes emergency. Baby dalam kandungan ibunya dah takde degupan jantung. So, staf yang tengah on duty had no other choice than to attend to the emergency case first. Saya pon ditolak keluar ke wad sementara bersebelahan OT. Lebih sejam jugak menunggu emergency case tu siap. Sayu hati bila tengok that lady yang terlibat dalam emergency case tadi bila dia ditolak masuk ke wad sementara kerana saya difahamkan oleh nurse di situ yang anaknya tak dapat diselamatkan.
Dan malang tak berbau lagi bila saya terus diduga dengan few emergency cases yang berterusan. Daripada operation yang sepatutnya bermula pada 6:30 petang, saya hanya dibedah pada pukul 9:30 malam. Bayangkan betapa frust, sedih, marah dan tak tahan menunggu turn. Nasib baik nurse kat situ ada belas kasihan. Dia bagi my other half masuk teman sementara tiba turn saya. Daripada takde rasa sakit contraction, sempat jugak merasa sakitnya walaupun minor pain je.
Anesthetic di-inject sebanyak 2 kali dekat spine. Punye la susah pakar bius tu nak cari kedudukan spine sesuai yang ada sedikit opening. Dalam masa 5 minit, kaki rasa kebas. Nak tau sama ada ubat bius tu berkesan atau tak, pakar bius akan suruh kita cuba angkat kaki kita. Kalau rasa tak leh angkat tu kira berkesan la tu. Ada kawan cakap kita akan rasa sejuk lepas kena bius, tapi takde pulak saya rasa. Berlapis-lapis selimut dengan warmer mereka letak atas saya. Sesetengah OT orang cakap boleh curi pandang masa doc tengah operate melalui lampu dekat OT yang macam cermin tu. Tapi, UMMC takde can ye nak buat camtu. Lagipun memang mereka menghalang pandangan saya ke siling OT dengan segala macam selimut dan warmer yang tebal-tebal tu.
Bila babies dah keluar, diaorang tak terus tunjuk kat kita. Lepas dah bersihkan baru dia bagi kita tengok. Nak pegang time tu jugak pn tak boleh sebab tangan dua-dua kena ikat. Dalam kul 11 camtu dah siap masuk wad postnatal. Walaupun penat dengan tak makan satu apa pun kecuali breakfast kat rumah pukul 11 pagi tu, mata takleh nak pejam bagi tido. Sebabnya kejap2 baby orang ni nangis lepas tu baby lain lak nangis. Maklumla UMMC takde private suite. Semua bilik ada 4 katil.
Esoknya baru baby dia bagi kat kita jaga untuk breastfeed. Malam pulak, salah sorang dia akan ambik letak dekat nursery. Malam kedua pun sama jugak tak boleh tido. Satu, sebab baby asyik nangis je sebab dia asyik terberak. Biasa la kan newborn baby memang camtu. So sangat mencabar la jugak nak kena selalu bangun tukar diapers lepas tu bangun lagi untuk bagi susu. And then I was in pain most of the time. Masa tengah bagi susu, time tu jugakla peranakan rasa sakit yang amat, macam sakit nak bersalin pun ada. I think it was of the proses pengecutan rahim. Lagi satu sebab, ada ibu yang baru masuk bilik yang sama, asyik berdengkur sepanjang malam....haisyy. Rasa nk sound pun ada. Ini jugakla antara penyebab baby saya tak lena tido.
Alhamdulillah, babies and ummi tiada masalah kesihatan, so after 3 days and 2 nights stay at UMMC, I was discharged. Terima kasih buat kakak and adik-adik ipar yang banyak membantu sepanjang tempoh bersalin hari tu.
P/s: Sebenarnya baju yang packed konon-kononnye nak pakai dalam wad, tak guna pun sebab pakai baju hosp je.
No comments:
Post a Comment