Assalamualaikum w.b.t
Lamanya tak update blog. Semenjak ber-twins ni 24 jam sehari macam tak cukup je...hehe. Dah start keje balik 18hb April yang lalu. Memang tak sabar nak masuk keje balik sebab boring sangat rasa dok rumah. Macam mana boleh rasa boring tu saya pun tak tau sebab secara lojiknya memang tak sempat rasa boring pun bila setiap saat tu occupied dengan kerja-kerja rumah dan menguruskan hal-ehwal twins. Tapi at the same time, rasa sedih pulak nak kena tinggalkan twins dekat nursery :( Semoga Allah sentiasa melindungi mereka dan juga kakak dan abang-abang diaorang, Aamiin.
Alhamdulillah, Aisy & Amsyar baik, takde nak meragam sangat kecuali ada something wrong macam tak sihat ke, itu je. Umo dah 2 bulan setengah ni, masing-masing dah jatuh demam dengan selsema sekali. Sekarang Aisy pulak demam selsema dan batuk untuk kedua kali. Masa check-up dekat UMMC pada hari ke 42 hari tu, doc paed ada cakap yang babies lahir before 37 weeks, daya tahan badan dia agak kurang berbanding babies yang lahir 37 weeks plus. So, sangat bagus kalau boleh exclusively breastfeed. Sangat kesian tengok bila twins kena selsema sebab ubat tak boleh makan. The only solution untuk newborn kalau selsema adalah sedut hingus diaorang guna mulut kita atau pakai alat untuk sedut hingus yang boleh dibeli kat farmasi. Tak pun bawak jelah pegi hosp biar mereka yang expert buat kalau tak tau atau tak konfiden kan.
Walau bagaimanapun, masih tetap syukur di sebalik dugaan-dugaan kecil sebegitu. Sekurang-kurangnya, mereka dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat walaupun sebenarnya Aisy ada sedikit masalah bengkak batu tutttt***. Sebab itulah masa dalam pantang, memang wajib kena tuam babies supaya besar-besar esok diaorang takde masalah kesihatan di bahagian tersebut terutamanya baby boys la. Bukan masalah itu je nak elak tapi amalan menuam (ada ke perkataan menuam???...haha) ni baik untuk elak kembung perut dan masalah kencing malam bila diaorang dah besar nanti. Biasa saya tuam pakai pasir panas or batu kecik. Ada jugak orang tuam pakai kain lampin panaskan dekat iron, tapi saya tak berapa berkenan cara tu plus bahaya kalau ada budak-budak.
Penggunaan pasir/batu kecik tu amalan biasa untuk babies yang takde masalah, tapi since Aisy bermasalah sket di situ, saya tuam pakai kacang hijau. Petua ni saya dapat dari father-in-law. Since dia merupakan pengamal perubatan tradisional, bab-bab macam ni memang saya sangat boleh rely on dekat dia. Sama jugak dengan pasir/batu, kita panaskan kacang hijau terlebih dahulu. Lepas tu letak dalam kain buat bunjut and tuam la macam biasa dan lebihkan di bahagian ari-ari. Boleh juga tuam di bahagian batu tuttt** dan bahagian bawah punggong babies. Kena buat selalu, kalau boleh everyday pagi dan petang untuk kesan jangka panjang. Menurut FIL, cara ni jugak berkesan untuk orang dewasa yang mengalami masalah buasir.
Sebagai peringatan juga, kacang hijau yang telah digunakan haruslah dibuang. Tidak boleh recycle untuk penggunaan lebih dari sekali or dibuat makan. Untuk elakkan pembaziran, tak perlu guna kacang hijau dalam kuantiti yang banyak pun untuk sekali penggunaan. Memadai guna supaya boleh buat bunjut sebesar sup bunjut adabi tu pn ok dah...hehe.
Ada jugak saya baca dekat FB page Kami Ibu Berpantang, penggunaan halba dan daun sireh untuk tujuan yang sama. Boleh like page tersebut sebab macam-macam info yang berguna ada di situ :)
No comments:
Post a Comment