Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Tuesday, November 12, 2013

BACA please!

Assalamualaikum

Dua tiga hari kebelakangan ni sibuk kan orang dok share pasal air ni.



Caption pulak...Jangan tertipu dgn air ni, ada arak bla...bla...bla. Masalahnya sekarang I don't think ada issue tertipu di sini. Sebabnya dah terang lagi bersuluh dekat bawah tin tu dah dilabelkan "Lemonade and Beer". B.E.E.R! Ada sesape tak tau ke BEER tu sejenis arak? So, nak tertipu macam mana sedangkan pengeluar minuman tu pun tak pernah pulak menipu pengguna. 

Timbulnya masalah kononnya tertipu ni bila pengguna tu sendiri pemalas nak baca labeling dekat packaging tak kirala sama ada minuman ataupun makanan. Tapi rasa sekarang senang je kot. Tak payah nak baca kandungan minuman/makanan satu2 pun. Cari je tanda halal JAKIM. Sebab sekarang rasa-rasanya tahap kesedaran umat Islam kat Malaysia terhadap makanan halal sangat tinggi. 

So, there's no such thing as tertipu, menipu or ditipu dalam kes ni. Yang penting rajin-rajinkanlah diri kita ni baca labeling dekat packaging tu sebelum membeli. Jangan nak main beli je lepas tu claim tertipu. Kalau saman pengeluar minuman pun dah tentu-tentu tak menang punye....gerenti! Kalau nak saman penjual tu mungkin boleh sebab dia dah mencampurkan susun atur minuman biasa dengan arak kerana kebanyakan kedai seperti 7-Eleven sebagai contoh (sebab tag price kat dalam gambar tu tag 7-eleven) biasanya diasingkan minuman arak dengan minuman biasa....nanti nak pergi siasat hahaha! 

Tapi akhirnya berbalik jugak kepada kita, sebabnya salah sape kita kata kita tertipu bila orang lain tak pernah pun menipu. Salah sendiri la kan sebab malas nak BACA. Sama jugak kes pergi kedai beli pampers anak, lepas tu balik rumah rupanya salah beli. Nak beli saiz M tapi pi ambik saiz S pulak. Takkan nak cakap kita tertipu pulak. 

Walau macam mana pun terima kasih la pada yang kongsi gambar tu dengan niat yang ikhlas dan baik cuma mungkin caption boleh diubah kepada ayat yang lebih sesuai macam ni...."berhati-hati dengan minuman ini, baca sebelum beli" supaya at least timbul kesedaran pada pengguna yang label wajib dibaca sebelum membeli. Itu saje yg empunya blog ni nak tegaskan kat sini...BACA!

2 comments:

  1. haah kan.tetiba ramai pulak yang share topic Jolly Shandy ni kat fb. I do agree with you. Bace je..tak paham la if org cakap takut tersalah beli sume tu. selalu nye...nak beli air kat 7E...bila tgk rupa yang tak bape familiar tu... bukan ke kita biasa nya baca dulu ? at least nak tau gak flavour ape kan?..
    Anyway, jolly shandy ni mmg femes di kalangan budak sekolah menengah.. dulu masa secondary, my non Muslim friends pun ade yang minum. From what i know.. alcohol level pun rendah..takde la blh mabuk mcm cite omputih kat tv tu.. hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru satu benda yg di-share, blm lg benda2 lain yg dh disahkan tak betul pn masih gak ada org share. saje nk bg umat islam ni confuse. yg jd mslh sume bnda percaya bulat2 tanpa siasat dulu especially bab halal haram...haisy :(

      Delete