Bismillahirrahmanirrahim...
" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan "
- Surah Ali-Imran -
Ayat 185
Al-Fatihah buat jiran terdekat yang meninggal malam tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan ahli syurga. Diharapkan juga family arwah tabah menghadapi kehilangan ini.
Rentetan peristiwa :
- Nak galakkan anak bersukan - pegi main futsal dengan anak ( tak pernah2 join main futsal) - balik sesak nafas terus tak sedar (arwah ada sejarah sakit dada sblm ni) - doc yg tinggal di kawasan kejiranan sahkan arwah dah takde selepas CPR yg berlangsung selama 15 min tidak menunjukkan sebarang tanda positif - ambulan yang sampai lebih kurang 45 minit selepas arwah tak sedarkan diri pun mengesahkan benda yang sama.
Pengajaran untuk diri sendiri bila menyaksikan sendiri kematian mengejut sebegini di depan mata :
- pintu taubat sentiasa terbuka tapi sekelip mata boleh tertutup
- belum cukup solehah sebagai isteri bagi menjamin suami ke syurga
Nak bercakap pasal amalan sendiri tak perlu sebab dah tentu-tentu belum cukup.
Kesimpulannya :
- New year resolution dah bertambah lagi satu. Hari tu nak jadi lebih rajin tak nak bermalas-malasan buang masa sampai keje yang patut siap tak siap-siap juga (ni khas utk house chores....keje opis mmg dah ade dateline)
- Additional new year resolution: berusaha jadi muslimah yang lebih baik demi suami terutamanya dan anak-anak sebelum terlambat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment