Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Thursday, September 8, 2011

Eidul Fitri 2011 @ Syawal 1432H

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini untuk menyambut ketibaan 1 Syawal, hari kemenangan bagi umat Islam setelah berpuasa dan meningkatkan ketakwaan pada bulan Ramdhan yang baru sahaja berlalu. 

Yang paling gembira masa beraya ni sebab balik kampung jumpa ma dan abah dan jugak in-laws. My other half comes from a big family...8 adik beradik. Tinggal dua je yang belom kawen whereas i come from small family je..2 bradik je tau! Tu yang sonok sangat bile time raya ni boleh kumpul ramai2...meriah sangat. Dan part lagi satu yang teramat suka adalah...boleh melaram baju raya. Bukan suka sebab kita je melaram, tapi suka sangat tengok my loveliess beraya dengan baju baru. Sume comey lote and encem bila pakai baju kurung and baju melayu termasukla my other half.

Tiap-tiap tahun kenala ada tema kan. Kalau tahun lepas tema hijau, tahun ni tema biru langit a.k.a sky blue plak. Sebenarnya pilih tema ni sebab nak match dgn kain baju melayu my other half yang dh genap 8 tahun baru berjahit jadi baju. Kain tu hantaran masa tunang dulu...on 31st August 2003. Lamanye br jadi baju, anak pn dah 3 dah...hehe. Fortunately, kain tu still in good condition.

Menu tahun ni pun sama je dengan tahun lepas...satay. Rumah in-laws roti jala. 2nd day ma buat nasi dagang lepas tu cepat2 berlepas ke rumah k.Tie pulak. This year sejak hari2 terakhir puasa kena ulser sampai le raya ke 3 kot baru baik, so syukur jugak la tak boleh nak makan banyak...takdela asik makan je. Ada baek punye alasan nak bagi kalau tak nak makan time aktiviti menziarah tu. So, harap2 tak overweight, kalo tak rugi je pose sebln turun 2,3 kilo kn.

Gambar-gambar raya tahun ni......

1st raya
with uja     
my encem boyz and lovely girl

Raya ke-4: amin risikan day



No comments:

Post a Comment