Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Thursday, January 26, 2012

CNY : Year of the dragon - - - - BALIK KAMPUNG

Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk macam nak buat artikel pasal Tahun Baru Cina je yang merupakan tahun naga padahal nak cite pasal balik kampung je pon. Ikutkan malas nak travel musim2 perayaan nihh tapi disebabkan ada beberapa hal yang perlu diselesaikan kat kampung kenala pujuk2 my other half yang baik hati akhirnya setuju nak tolong drive 6-7jam (..tu pun kalau tak jem la..) balik kampung...teheee:). Lagipun main reason nak balik tu sebab wedding my SIL this coming march 10th so nak kena balik tempah baju sebab dia dah tolong sponsor kain. Kat KL nihh tak tau kat mana nak tempah dengan harga yang affordable dan potongan dia cantik dan memuaskan hati ini.

Disebabkan balik dari kampung tahun lepas masa CNY was a nightmare...jem teruk gilerrr, kalah balik kampung time raya puasa, dah siap2 sambung cuti ke hari rabu since kakak punye school pn tutup sampai wednesday tapi rata2 skolah banyak yang cuti seminggu. Alhamdulillah perjalanan puncak alam-KB-puncak alam smooth as I had wished. Tapi kenderaan dekat KB and tempat2 shpping such as Pasar Siti Khadijah, Pasar borong WCY and Bazar Buluh Kubu memang penuh kalau tak keluar awal-awal pagi. 

Alhamdulillah sekali lagi sebab this holiday season dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk bersama-sama family tercinta. Masa terasa panjang sangat sampai berkesempatan sleepover dekat rumah PIL setelah bertahun-tahun tak buat macam tu...hehe :) Bukan sengaja pon. Since adik beradik my other half ramai, so bila semua yang dudok di perantauan balik, mana ada space bila semua pulang dengan suami isteri dan anak masing-masing. Besides, rumah my parents dengan PIL tak jauh mana pon...5 mins drive je kalau tak jem dekat WCY tu laa. This time around, only us yang balik and then both my single SIL and BIL arrive later. 

Tapi yang paling tak tahan balik kampung kali ni adalah.....cuaca. Last month balik hujan and even on new year 2012 masih musim tengkujuh sebab still remember abah SMS wishing happy new year and informed yang rumah digenangi air paras buku lali...huhu. Rugi betul cucu2 dia dah balik KL time tu. Kali ni cuaca memang panas terik. Sepanjang holiday dekat KB, hanya masa kami sampai je hujan.  Masa OTW balik KL pulak, memang rasa macam nak demam disebabkan cuaca sangat panas sepanjang perjalanan.

Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang.

Beautiful clouds welcome us home - 21st Jan 2012
Hot weather @ PCB
Lovely batik @ Pasar Siti Khadijah

Thursday, January 12, 2012

Diet...diet ...diet!!

Oh yeaaaa!! Tetiba plak rasa macam nekad nak diet nasik kali nih selepas one night tu rasa macam menyesal pulak makan nasik for dinner sebab time tu rasa macam kenyangnyaaaa. Camne perut nak proses makanan berat tu lagi la pulak dah pukul 9.30pm dah. Kul 11 gerenti dh zzzzzzzzzzzz. Macam mane la tak gemuk kalau hari2 macam ni....haisyyy :(

So hari ni adalah hari ke-3 tak makan nasi langsung not even sesuap pon. Dah nekad dah ni tak nak makan heavy food at least seminggu. Kalau kena makan jugak, nak kena kurangkan kuantiti. Yang susah nye sekarang nak makan healthy food, u know la kan malay food macam mana....berminyak berlemak. Susah nak masak healthy food disebabkan kita masak bukan untuk diri sendiri je. Asben lak body maintain sebab dia sportsman...lagi tension..uwaaaa!! Kalau makan kat kedai we can choose our own meals tapi takkan hari2 nak makan kat kedai kot. Cane nak tambat hati suami kalau macam ni..hehe.

Kesimpulannya, I believe that to get the ideal body weight, bukan setakat kena kawal kuantiti makanan yang kita ambik je. Exercise + healthy diet + masa pengambilan makanan pun essential untuk kesan yang lebih bagus dan cepat. Bukan setakat menahan diri dari makan semata-mata.

p/s : Harap-harap mission accomplished!!

Thursday, January 5, 2012

Resipi Ketupat Sotong

Tiba-tiba rasa macam extra rajin plak last new year holiday. Lagi pulak pasar malam hr rabu sebelumnya tu nampak sotong fresh yang saiznye memang sesuai sgt. Sesuai untuk apa ye??? Sesuai utk dimakan la....setelah dimasak menjadi makanan tradisional ore kelate iaitu ketupat sotong...yummmy!!

Lama dah tak masak sndiri menu tu. Last makan yg kakak ipar buat kot, tak pun yang mak mertua buat....hehe lupa dah! Masalahnye cara nak buat pn dh lupa. Lebih baik tanye mak. Whats app...whats app!! Wahh canggih kn mak kite pakai whats app tu..hehe. Bukan whats app dia daaaa! Whats app adik kat kampung suruh tanye mak cane nak buat ketupat sotong. Mana la mak kite tau whats app nih, henpon pn takde.

Jadi dengan bangganye saya nak buat post psl resipi ketupat sotong nihh.....sebagai reminder je utk diri sendiri kot lenkali ter-rajin lagi nk buat kan.

Bahan (Untuk 8 ekor sotong) :-
1.. Sotong sederhana besar
2.. 1 cawan beras, beras pulut
3.. 1 cawan santan pekat
4.. santan untuk rendam beras pulut
5.. satu cawan air
6. daun pandan 3-4 helai
7.. gula melaka or nnise
8.. gula secukup rasa
9.. kayu pencungkil gigi ( yang belum digunakan SHJ!!)

Cara-cara:
1.. Rendam beras pulut dalam santan selama setengah jam
2.. Basuh sotong hingga bersih dan buang kulit
3.. Masukkan beras pulut dalam sotong. Jangan bagi penuh sangat takut nanti masa masak pulut terkeluar-keluar dan sotong pecah
4.. Cucuk hujung sotong dengan batang pencungkil gigi yang belum digunakan ye!
5.. Panaskan santan pekat dan air dalam periuk dan tambah sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa.
6.. Masukkan gula melaka@nnise, jangan terlalu banyak. Just cukup untuk bagi santan sedikit warna keperangan dan rasa gula melaka dalam kuah.
7.. Masukkan gula secukup rasa dan daun pandan. Kuah perlu dikacau supaya tak pecah minyak.
8.. Setelah agak mendidih, masukkan sotong dan masak dengan api sederhana.
9.. Pastikan kuah agak pekat. Sekiranya tak pekat boleh bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan dalam kuah semasa sedang dimasak untuk menambahkan kepekatan.
10.. Beras pulut yang berlebihan (yang telah direndam dengan santan) bolehla dimasak secara kukus atau biasa dan dimakan bersama-sama kuah ketupat sotong ni.

Sekian.

OK!! Dah siap....yummy!!

Tuesday, January 3, 2012

HAPPY NEW YEAR 2012.....

New year 2012 just rang in and I started this new year with Bismillahirrahmanirrahim....:)

New year resolution????hmmmmm.....haven't think about it bcoz I'm more of a person who goes with the flow a.k.a. not ambitious??? All I can wish for is an improvement from last year in health, income, marriage and well being. Same goes to the most important people in my life, my families and my parents and brother. 

I just hope I can be a better human being, better daughter, better parent and better life partner. Take any matters positively and pull away any negativity that only effect my productivity. Any way HAPPY NEW YEAR 2012 :)


p/s : almost forgot about the coming 2012 since no massive celebration like it used to. If not becoz of some of my friends wishes, 1.1.2012 is just another ordinary day.....