Kali ni entry pasal aduan pulak walaupun mak budak ni bukan jenis suka mengadu, tp sebagai mak budak kepada budak-budak yang akan meningkat remaja kelak, maka mak budak ni pada hari ini sangatla prihatin dengan gejala sosial remaja sekarang yang tak berapa nak sehat ni iaitu LARI DARI RUMAH.
Lagi-lagi pulak dua tiga hari ni ada kes budak perempuan tingkatan 3 (belum pun ambik PMR lagi tuuu...) yg buat drama dengan family dia bahkan dengan pihak polis dan satu Malaysia ni, konon-kononnye dia kena culik. Padahalnye dah gatai sangat ikut boyfriend sampai sanggup tinggal family, buat alasan selalu kena kongkong. Susahnya mendidik anak zaman sekarang. Bila dimarah dan ditegur untuk kebaikan masa depan dan peribadi dia, dikatanya mak ayah terlalu mengongkong. Padahalnya, anak itu dah dididik dengan menghantarnya ke sekolah agama sebelum ini. Entah di mana silapnya didikan dan ajaran bukan sahaja mak ayah tetapi para guru juga.
Sedih mak budak ni baca paper hari ni, bila mana polis jemput dia dari rumah boyfriendnya, dia sanggup dihantar ke rumah kebajikan daripada pulang ke pangkuan mak dan ayah dia. Memang betul orang tak tahu apa sebenarnye berlaku di rumah dia, sama ada betul atau tidak mak dan ayahnye terlalu mengongkong. Tapi itu bukan lah tiket untuk lari dari rumah. Harap-harapnye budak tu sedar betapa keluarga kita especially our parents jugalah segala-galanya. Sedih baca kenyataan mak dia : saya ada marah dia, tapi marah pun sebab sayang. Tau jelah marah-marah mak dekat anak macam mane...lebih kurang camtula ayat mak dia.
Lepas tu teringat pulak pasal satu lagu yang tengah hit sekarang kat mana-mana radio pun, nyanyian Kaka (bukan footballer Brazil tu ye..hehe : ni saje strategi nk tumpang glamer Kaka tu la nihh) dengan Zizan Raja Lawak. Sebelum ni pernah cross path dengan satu artikel kat www.beautifulnara.com hasil emel pembaca yang ngadu pasal lagu Bawa Aku Pergi ni yang menggalakkan orang lari dari rumah disebabkan liriknya tu yang amat negatif dan hampeh sekali.
Dan setelah berdiskusi ( chewahhh!!) dengan bff yang juga mak budak dekat YM tadi pasal topik ni, kami sepakat buat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia. Dan hasilnya adalah emel kepada SKMM seperti di bawah sebagai tanda prihatin kami supaya bangsa MELAYU beragama ISLAM jangan terlalu JAHIL sangat nak merosakkan bangsa sendiri, please!!!!
Please click on the pic for better view |
Please click on the pic for better view |
P/s : Dapat idea nak buat satu buku macam scrap book untuk anak-anak, which will include doa-doa, kisah-kisah kehidupan yang boleh buat mereka menginsafi diri, pesanan dan harapan ummi dan abah agar mereka menjadi insan berguna dan jangan sekali-kali tergelincir dari landasan yang betul...insyaAllah.
No comments:
Post a Comment