Alhamdulillah, walaupun saya tak kaya raya dan tak dilimpah ruahkan dengan rezeki yang banyak, saya tetap bersyukur dengan hikmah disebaliknya. Sekurang-kurangnya saya tak perlu membazirkan rezeki berlebihan kurniaan Allah ke arah jalan yang tidak diredhai malah mendatangkan riak dan takbur semata.
LV, Prada, Gucci, Chanel, Dior, YSL, Alexander McQueen.....yes, I knew ur names dan saya sedar mungkin sampai mati pun saya takkan menggengam walau sebijik atau sehelai pn any of your designer pieces, tapi saya bersyukur Allah telah menyelamatkan saya daripada riak dan takbur setiap kali menyaluti tubuh saya dengan kemewahan dunia.
Overseas trip......London, Paris, New York, Sydney and soooooo on lah, I'm glad I got no money to spend to visit all of you. Allah has saved me from showcasing those trips on my fb page and blogs and intagram of course. And if ever I have the "rezeki" to visit any of you one day, only for the purpose of seeing and having a chance to be amazed by the beautiful earth Allah has created for us to live, I hope I have the courage to keep it all to myself dan semoga Allah lindungi saya dari perasaan riak dan takbur. The only over sea's trip I wish to have as soon as I can is to perform Haj at Makkah Al-Mukarramah.
Saya masih juga bersyukur rumah saya sederhana sahaja, cuma cukup-cukup selesa untuk didiami kami lima beranak, tiada jenama mewah perabot mampu dibeli. Tiada juga kereta mewah menjalar di dalam porch, hanya kereta second hand, bukan juga MPV, hanya kereta semata yang muat-muat kami lima beranak untuk ke sana sini termasuklah 8-hour trip balik kampung. Sekurang-kurangnya saya tidak mengundang hasad dengki dan iri hati manusia yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dimiliki dan tidak juga mengundang mata-mata orang yang berniat jahat ke atas harta benda saya yang tak seberapa.
Saya cuma tewas bab ni je.....smartphones!!! Saya mengaku saya riak dan takbur setiap kali menggunakan smartphone saya di kalangan public. Astaghfirullahalazim (saya masih berusaha membuang perasaan tersebut). Kepesatan dan persaingan dunia teknologi dengan kemunculan versi-versi terkini agak membantu melupakan perasaan riak tersebut. Sekurang-kurangnya dengan rezeki yang Allah beri sekarang telah menyelamatkan saya berulang-ulang berasa riak dan takbur setiap kali menukar gadget terbaru semata-mata disebabkan telah menjadi technology slave. Bersyukur kerana saya tidak mampu menjadi technology slave tapi masih diberi sedikit kesempatan merasai kecanggihan dunia teknologi hasil kebijaksanaan manusia yang mana buah fikirannya datang dari Allah jua.
Walau bagaimanapun saya tetap akan berusaha untuk beroleh rezeki yang lebih baik dan halal semata kerana rezeki tidak datang bergolek dan tidak datang melalui berapa ramai anak yang saya ada. Rezeki tetap dan wajib dicari. Saya juga mahu hidup senang (mewah is just a bonus dan satu bentuk tanggungjawab yang selalunya manusia terlepas pandang dan lalai dalam melaksanakannya) dan memberi kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak terutamanya dari segi pendidikan.
P/s : Ingat nak buat just a short but meaningful entry, but I know me. As soon as I started typing, there's so much output coming from my brain...sooo sorry for that.
No comments:
Post a Comment