Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Monday, June 24, 2013

Jerebu

Assalamualaikum w.b.t

Jerebu oooo jerebu!! Taip-tiap tahun memang wajib sedut udara berjerebu kat Malaysia nihh. Semuanya gara-gara sebab musabab yang sama......pembakaran ladang-ladang pertanian nun jauh di tanah seberang, Indonesia. And to make it even worse, yang melakukan pembakaran tersebut disyaki syarikat-syarikat yang dipunyai oleh pelabur-pelabur dari Malaysia sendiri.

Yang tak pahamnye, kejadian macam ni berlaku setiap tahun tapi mereka ni tak pernah ambil iktibar langsung dengan keadaan dan akibat yang berlaku pada tahun-tahun sudah, betapa akibat perbuatan mereka ni, kehidupan orang lain terjejas dengan teruknya. Yang paling dirisaukan dah tentunya kesihatan kita terutamanya anak-anak, apatah lagi macam empunya blog ni yang ada babies baru umo 4 bulan.

Babies kalau tak sehat or tak selesa, bukannya dia tau nak bagi tau pon, yang dia tau nangis atau meragam je. Bila dia meragam kita pon susah sebab kita pon buntu nak buat apa sebab tak tau apa yang dia nangiskan. Macam Amsyar hari tu....demam dah ok tapi meragam sampai kena bawak naik kereta jalan-jalan pusing-pusing baru tido. Alhamdulillah, sekarang dah ok...dah jadi budak baik dua-dua tu. 

Bila tiba musim kering je, jerebu pasti melanda. Yang bezanya antara teruk ke tidak, itu je. Seingat saya, tahun lepas, jerebu tetap ada tapi tidaklah seteruk tahun ni, sampai kan sekolah kat KL dan Selangor pon tutup hari ni, Muar pulak sampai diisytihar darurat terus. Kesian nya la penduduk kat sana. 

Tapi, saya masih tak faham kenapa setiap tahun perlu berlaku keadaan seperti ini walaupun sudah terdapat undang-undang yang mengharamkan pembakaran terbuka seperti ini baik di negara jiran, mahupun di Malaysia sendiri seolah-olah tiada kesedaran dan peri kemanusiaan langsung dalam diri mereka yang melakukan pembakaran terbuka tersebut.

"Maka tunggulah hari ketika langit membawa(asap) yang nyata.Yang meliputi manusia;inilah seksaan yang pedih." [ad-Dukhaan:10-11]

 Ya Allah, turunkanlah hujan, akhirkan lah penderitaan kami akibat jerebu ini dan kurniakanlah kesihatan yang baik-baik kepada kami terutamanya anak-anak kami, aamiin.


No comments:

Post a Comment