Ini budak meragam semalam dan telah menguji kesabaran ummi and abah dengan jayanya dari siang sampai ke malam. Rasa macam nak demam dah ni. Sakit kepala berdenyut-denyut macam nak pengsan dah sebab tak cukup tidur.
Apa nak jadi dengan Amsyar ni?? 2,3 hari lepas demam pn tak meragam camni sekali. Alih2 dah baik demam meragam tak tentu pasal lak. Risau ummi takut Amsyar sakit apa2 ke....haisyy. Sib baik Aisy tak meragam...rileks je. Aisy budak baik, memahami kepayahan ummi. Tapi sebelum ni Aisy pun kuat meragam jugak tapi Amsyar jadi baik. Gilir2 meragam ye:( Tapi Aisy meragam takdela seteruk Amsyar. Kalau dua2 buat hal tak tau la ummi dengan abah dengan kakak and abang2 macam mana.
Nasib baik jugak ade jemputan kenduri 2 tempat, satu kenduri akikah cucu bos and satu rumah jiran sempena anak perempuannya bertunang. Tak payah ummi nak masak.
Ummi tau cuaca sekarang panas, tu salah satu sebab Amsyar meragam. Lagi satu sebab nak suruh orang pegang je kan and lagi satu sebab yang pasti, sengaja nak menduga kesabaran ummi dengan abah, kan. Nak menduga kesabaran ummi dengan abah takpe, jgn nak menduga kesabaran pengasuh anda ye Amsyar. Tak pasal2 kena ragging lak nanti...risau ummi laa!!
Anak-anak ummi yang lain meragam pun takdelah sampai kena bawak naik kereta malam2, pasang aircond, pusing2 baru diam dan terus zzzzzzz. Terima kasih ye Amsyar sebab tido lambat malam td lepas tu tak bangun banyak kali and meragam lagi. Harap-harapnya hari ni Amsyar jadi budak baik ye...Aisy pun sama. Kesian kat pengasuh Amsyar kalau Amsyar buat hal lagi. Jangan buat Ummi risau, please!!
No comments:
Post a Comment