Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Tuesday, September 25, 2012

Cravings...

Bismillahirrahmanirrahim....

Dialog di petang hari masa balik keje.....

Me : Abe, what if ore ngide nk make jagong manis Cameron Highland?

Abe : Loni ko?
Me : Tak dop la, tok kronik lagi. In case la betul2 ngide lagu mano?
Abe : Kito gi jela CH tuu.
Me : yahuuuuu (dlm hati jelaaaaaaaaaaaaaa...haha. Feeling pampered already.)

This is me nowadays, always thinking about foods. I'm a food-junky now!! Memang tak boleh tengok orang post gambar makanan sikit, mula la meleleh ayaq liuq. Tapi not all foods la. Last week, I was craving for spicy arabiata spaghetti, so after work, terus la menuju ke Pizza Hut sebab masa kat ofis lagi dah siap-siap watsapp my other half informing him of my craving and he happily brought me there (see, I'm spoiled already or he just didn't want to see my muncung...hehe)

Ohhhh...about the jagung manis conversation tu, the jagong has taken a place in my craving lists becoz last time I was cheated by the sales girl of jagong manis I bought in CH when we were heading back to Puncak Alam via CH from kampung after raya recently. Sales girl tu sells jagong manis la kunun-kununnya. Yang jagung kat tangan dia for display which she has uncovered the leaves so people can see clearly was the real jagong manis cause it has different yellow colours in one jagong. And kat atas gerai dia tu adalah beberapa longgok jagung which she claimed the same type of jagung that she displayed in her hands . Satu longgok 10 hengget. I did not bother nak suruh sales girl tu bukak kulit jagung tu satu-satu. Sampai rumah time nak kukus tu barula perasan. Dalam hati.....*maybe ni jagung manis jugak tapi rupa je lain sket* sebab nak menyedapkan hati.

Dah siap kukus tu, tak sabar nak rasa!! Ghope-ghopenya hampehhhhh la sangat. Sah-sah kena tipu. Kalau setakat jagong biasa macam ni, kat Giant pon berlambak!! Masa tu baru kukus 2 bijik. Nak menyedapkan hati lagi *mungkin dia campo kot jagung manis dengan jagong biasa sebab nak untung lebih*. Bila belek-belek baki jagung yang tinggal memang la hampeh.....semua sama je. Satu pon tarak itu jagong manis. Kuciwa sungguh!! Sampai sekarang terasa-rasa je kat bibir jagong manis bakar CH...mabeles!!

Begitulah ceritanya.....

Anyway this is the craving lists I have right now...for the time being laa

1....manhattan fish shop ------ LOBSTERS!!! cheese baked prawn
2....BEN's -------jauh la pulop ( KLCC and Pavilion only )
3....jagung manis bakar at CH (jauh jugak tapi tak kronik lagi...hehe)
4....home made cheese baked mussels (nanti pi Manhattan fish shop leh order cheese baked oyster)
5....jalan-jalan @ IKEA (sambil perabih pitis...oopss!!)
6....shopping @ newly opened H&M, Lot 10

Baru 6!! Lepas tu pulak, ingatkan craving bab makanan je tapi bab shopping pun leh masuk sekali...hahaha!! Hmmm....could it be twin girls going to pop out March next year ( my du'a and everyday silent wish cause I don't think I can handle 2 boys at the same time anymore..hehe (usia dah lanjut, tak larat tak pon pemalas sebenarnya...muahaha!) If dapat sepasang one boy and one girl pun lagi cun!! Amiiiin :) Tapi, doesn't matter la boys ke girls ke, yang penting diorang sihat walafiat...amiin ya rabbala'lamiin.





Friday, September 14, 2012

Terjebak....:-)



Hari ni menemui kerajinan yang luar biasa sebab nak hilangkan stress dengan macam-macam ragam
manusia, ada yang tak pikir dulu sebelum cakap and ada gak yang jenis putar alam semesta bila bercakap.
Dah sah-sah la cara keje awak tu yang salah tapi nak request kat orang macam-macam. Macam mane 
nak tunaikan kalau awak punye procedure keje pon tak betul, plus black and white pon takde. One
signature of certification comes with great liabilities on our shoulder. Ade paham??? Just another pain in my a**.

Well, let's move to the brighter side of my world :-) Still about the twin news.






Pertandingan sape dapat anak paling ramai....muahaha

Femes jap ai nye blog hari tu sampai asben sndiri pon tetiba nak baca. And then our friend yang dok tengah sambung study kat Melben pon sesama jadi paparazzi gak. Hari tu je kot...hahaha. Kalau tak I think they are the last person on earth yang akan interested nak baca. Lepas tu terus dapat status FB seperti di atas. Macam kita orang ni pakat lumba-lumba sape dapat anak paling ramai.....hehe. Bak kata wifey si "Eric Cantona" yang buat post tu sebelum ni....."mangsa cita-cita suami"....muahaha. Memang lawak betul. Sekarang ni ai pun dah terjebak...hehe.

Anyway, walau berapa banyak anak pun Allah kurniakan kat kita sama ada bilangan tu adalah seperti yang kita rancangkan atau pun tidak, I just remember this :

 "Dan Kami tidak membebankan seseorang melainkan menurut kesanggupannya dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)"

Surah Al-Mukminun - Ayat 62

everytime I'm feeling down worrying I could not cope dengan title sebagai seorang ibu kepada 3 growing up children and soon to be born twin.

Sekian, terima kasih :)

Soklan b.u.d.u.s!!

Di pagi Hari Jumaat yang mulia ini.................


Pelayan : Minum apa kak?
Ahkak : Teh o ais 1 teh o 1.

Beberapa minit kemudian......air sampai.
Ahkak pulak br nak ceduk nasi lemak nak suap anak-anak comel ahkak.

Pelayan : Kak, ni anak CINA ekk, kak? (sambil mata dia pandang anak2 comel ahkak)
Ahkak : Haaa???? (Pftttt....wtf???? -----dalam hati jela). Anak saya laaa anak cina mana pulak????
Pelayan : Takdela kak, tadi saya dengar dia mcm cakap cina.
Ahkak : (Muka blur n malas nak layan)
Pelayan : (Angkat kaki)

Boleh pulak pagi-pagi ni dapat se-das soklan bodoh dari budak pelayan tu. Hari-hari aku datang kedai dia makan, dia yang ambk order, dia takde tilik muka aku yang chinese look mata sepet ni kot. Hari ni bawak budak comel berdua tu skali, dudok satu meja siap aku pegang tangan, suap makanan lagi dia boleh buat assumption tu bukan anak aku!!! Adoyai.....tak logik dek akal betul la kecuali dia ade akal tapi tak pakai.

Lepas tu, bila masa pulak la anak aku cakap cina??? Sah-sah telinga dia problem. Kalo betul pun anak aku cakap cina, pakai akal la...maybe aku anta skolah cina ke, kelas bahasa cina ke. Hairan bin ajaib sebab mane-mane aku pegi pon even baru first time jumpa orang tu, of coz sume leh budget, budak-budak tu anak kandung aku bukan anak cina, bukan anak angkat or whatever lah selain daripada biological children sebab tengok mata aku dengan budak-budak berdua tu pun sama-sama sepet, okayh!!

Lepas ni kalo pi kedai tu, sah-sah aku tak nak pandang dah muka budak tu. Stress!! Dah le peknen-peknen ni cepat je hangin satu badan.


Tuesday, September 11, 2012

Birthday.....10 Sept 2012

Salam,

Should have written this yesterday, 10th SEPT 2012, tapi bit bz with life routine *pi keje-balik keje-house chores*. Anyway just want to write a lovely message to Mohd. Saifullah Hashim....should he ever read my blog AGAIN. Yess!! he did read it for the 1st time last Sunday when we were dining over at Secret Recipe and in front of me!! He did make me blush, okay!! *how could u, baby...malu laaa!!*.

Anyway the lovely message I'd like to shout out.........

*...............HAPPY BIRTHDAY TO YOU................*
*...............LOVE YOU SOOOOO MUCH AS I ALWAYS HAVE.............*



Gaya tersendiri baca blog depan tuan punye blog :) Thai style fried rice dah sampai pon dah tak peduli dah...hahaha! Siap kena paksa kasi address blog lg...aiyakk! Tak bagi nanti durhaka laks...hehehe :)

p/s : How I got him read my blog out of a sudden??? Jeng...jeng...jeng

Friday, September 7, 2012

Surprise....surprise!!! Baby twin on the way :)

Bismillahirrahmanirrahim....

This morning I went to SDMC, Subang Jaya for my first medical check-up for this 4th pregnancy. Yes, it's quiet late since it's already 14th week. Tapi sebab pegi private hospital takdelah risau kena pot-pet dekat nurse kan..hehe :) Did not get a good start since the doctor which is Dr. Haris Hamzah was late for 1 and half hours.

This is also my first pregnancy journey dengan doc lelaki, okay! I chose Dr. Haris sebab dia tak ramai patient, tu yang utama. Lagi satu, dulu pernah ada medical history dengan dia masa saya sakit perut disebabkan "corpus luteum cyst" kat belah kanan ovari. He's quiet friendly compare to the first time I met him. At least rasa nak marah sbb kena tunggu lama tu takdela makin bertambah teruk kan.

First check-up ni takdelah dia nak suruh test urine ke blood, just buat ultrasound je. Lega la sket sebab since it's Friday and he's already coming in late (tu pun syukur I was his 1st patient yang register), takut my other half tak sempat for Friday prayer.

So, there was I lying down on the bed wishing everything was fine sementara mr.doc me-ultrasound mak buyung ni punye perut. First, nampak kepala, tangan kaki semua. Dalam hati alhamdulillah lega *everything going on just great inside there*. Sempat gak la tgk mimik muka mr.doc masa dia nk ukur2 kepala baby and then saya perasan muka dia berkerut. Dalam hati dah risau dah...takut sangat if there was something wrong.

And then, out of nowhere, mr. doc cakap.....KEMBAR!! I was like...haaaa???? Biar betul! and mr.doc scan lagi ke kiri kanan atas bawah to make sure. Lepas tu dia tengok patient dia yang muka tak percaya ni dan cakap lagi skali....."memang kembar. see???" sambil tunjuk dekat screen monitor ultrasound tu kepala my twins sorang sorang. I looked at my other half and he looked at me in disbelief. Mr.doc's assurance and the ultrasound image really hit me hard like a big rock on my head sampai lupa nak mintak image ultrasound for our keeping.

Mr. doc cakap both my twins have separated just fine dalam uri ( don't know medical word for that) masing-masing. Jadinya, syukur alhamdulillah. Was thinking nak C-section je nnt tapi the cost $$$$$ mana nak cekau?? Company my other half peruntukkan 5k je dalam policy diaorg tapi I really hope there will be some kelonggaran untuk special case macam ni.

On the way ke tempat parking masa nak balik tu, my other half could not help himself smiling all the way there. Yeah...yeah, I know he is too happy but me on the other hand was soooo terrified and worry how it would be like to carry twins for 9 months and life after delivery with a twins. Dah le I'm a working mother. Boleh ke my boss faham keadaan pekerja dia ni? I know it won't be easy tapi semua ni anugerah Allah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat...aamin.


p/s : I know where I get this twin gene...from my other half since his mother has identical twin.

Tuesday, September 4, 2012

JJCM : Captain T's Restaurant

Assalamualaikum w.b.t

Yeayyy!! Berjaya menemui kerajinan yang hampir hilang (...for now laa).

Masa cuti hari raya seminggu kat KB tempoh hari, sempat la curik masa dinner dekat luar dengan family terchenta. Mula-mula tu ingat nak makan dekat-dekat je memandangkan cuaca pada malam tu pun hujan so ke New Horizon yang terletak dekat Batu 4, Jalan Kuala Krai kami tuju. Tapi mungkin disebabkan musim perayaan orang ramai, semua meja telah ditempah awal-awal.

Jadinya, nak tak nak kenala cari tempat lain. Thanks to my mum, dia ada idea destinasi baru yang patut dituju iaitu, Captain T's Restaurant yang terletak di pinggiran Sungai Kelantan. Kalau menyeberang sungai melalui Jambatan Sultan Yahya Petra tu, memang boleh nampak trang tang tang lah restoran ni sebab very unique. Keunikannya tak lain tak bukan disebabkan restoran ni terletak di atas kapal beso yang berlabuh di pinggiran Sg. Kelantan. Memang meriah la kalo nampak dari jauh.

Tapi sebenarnya keluasan restoran ni bukan terhad atas kapal ni je sebab tapak restoran ni terbentang di tebing sungai jugak. Tahap kebersihan memang superb, tempatya pun cantik dan selesa. Tapi........bila tengok menu............................mak aiiiii!!! Terkejut badak bila nampak rege-rege yang terpampang kat menu tu. Lupa pulak nak ambik gambar tapi majoriti rege makanan paling koman pon RM20.00, takde yang kurang dari tu rasanya seingat saya la.

Kami order, tomyam campur saiz medium, ikan kerapu 3 rasa, sayur asparagus, lemon chicken dengan oyster omelet. Mula-mula tu nak order ikan siakap tapi takde, lepas tu pulak dari order masak stim waiter mintak tukar ke 3 rasa sebab takut lambat, dan lagi ingat nak try apa rasa mongolian chicken tapi takde juga. Yang mengecewakan lagi, dalam gambar kat dalam menu punye la bersepah udang dalam asparagus tapi bila sampai yang real, ade sekor je udang! Tu pun kecik dan nasib baik ade jugak. Dan yang paling tak puas hatinya lagi, bila omelet sampai. Order oyster omelet yang sepatutnya ade isi oyster dalam tu tapi bila sampai kat meja..........memang hampeh sungguh. Bukan setakat hampeh tapi penipu yang amat. Sebijik oyster pun takde, yang ade cuma sayur-sayuran je bersepah. Padahal sebelum order kitaorg dah tanye betul ade oyster atau setakat oyster sauce je. Waiter yang ambik order tu cakap memang ade oyster. Yela tak lojik la kan,  rege omelet biasa sampai 20 hengget!!!

Makanan-makanan yang kami order tu pun, takdela sedap sangat. Pada saya, memang tak berbaloi langsung bil RM 178.00 dengan rasa makanan macam tu. Itupun lepas kaotim dengan counter girl tu dia bagi jugak la diskaun sikit sebab omelet takde oyster, and then ade rambut dekat pinggan. Kita orang komplen kasi pengurus restoran tengok sendiri rambut tu.

Kesimpulannya, restoran ni is NOT highly recommended!! Kalau setakat nak bersantai tepi sungai sambil minum lepak-lepak bolehla. Kalau nak dinner macam hari tu lagi bagus pi carik restoran tepi jalan je. Sekian, terima kasih.



p/s : dapat bagi 2 stars je out of 5. Tu pun sebab tempat dia cantik dan selesa.

Monday, September 3, 2012

HELLOOoooo

Bismillahirrahmanirrahim....

Dh lama bebenor rasanye tak jenguk blog ni. Semenjak dua menjak ni takde selera nk buat apa pun termasuklah makan minum....haisyyy :( KENAPA?? Meh nk cite!! So hari ni sebab dah takde apa nak buat kat ofis, maka moh saya summarize few things happened for the past few weeks since my last  entry.

13 July 2012 - My period was late more than a week!!! Never ever been late before kecuali.............. ............PREGNANT!!! So, I got myself a pregnancy test kit and it turned out positive. Alhamdulillah for one more last chance (...hopefully...hehe) to become a mother for the 4th time.

Ok, bila dah tau yang kita dah pregnant, mulala segala jenis sickness yg biasa dirasai ketika mengandung tu melanda diri. This is KENAPA saya dah takde selera bukan setakat makan minum jela, tapi semua benda yang biasa dibuat hari-hari. Rasa macam nak tido je sepanjang masa. Time nilah rumah pon macam tongkang pecah and my other half pulak...hmmmm sorry to say bukan jenis yang helpful tanpa disuruh dan saya pulak tak reti and tak suka nak suruh-suruh orang tolong walaupun diri ini memang Tuhan je tau betapa tak laratnye laaaa....So akibatnya baju dh basuh tak bersidai...dah sidai lak tak berlipat...dah berlipat tak berkemas lak masuk lam wardrobe walaupun sebeso-beso wardrobe dah pasang hari tu.

Tapi, alhamdulillah lama-lama dia agak memahami jugak keadaan isteri dia ni dan isteri dia ni pun sebab dah takde pilihan lain terpaksa la jugak meringankan mulut nak mintak tolong :)

16 July 2012 - On this day, after a long thought, saya telah menghantar resignation letter to my boss. Unfortunately, my boss tak boleh terima and he offered me a promotion with a new increased salary which I could not resist. 

20 July 2012 - Alhamdulillah ketemu lagi dengan bulan yang mulia, Ramadhan Al-Mubarak tapi sayangnya masa bulan puasa nilah sickness menjadi-jadi sampai badan pun kurus sebab langsung tak lalu makan, muntah, perut sebu dengan gastrik dan keletihan yang melampau. Sempat jugak tinggal pose selama 7 hari...macam period pulak.

19 August 2012 - Alhamdulillah sekali lagi, dapat meyambut kemenangan setelah berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah juga sebab balik kampung jalan tak jem...hehehe. Tapi nak marah kat tukang jahit sebab baju sepasang je siap. Tu pun sib baik siap padahal dah hantar 2 bulan sebelum puasa lagi!! Gambar raya pun hampir takde sebab takde mood.

Dan paling exciting.....jeng jeng jeng!! Kitaorg beraya di rumah my parents-in-law. Selama 8 tahun kawen, nilah first time beraya kat rumah PIL. Sebelum ni bukan tak sudi tapi diorg kan adik beradik ramai so bila semua balik penuh satu rumah. Disebabkan rumah family kami dekat je, kitaorang tidur dan beraya di rumah my family jelah and then baru ke rumah PIL. Tapi tahun ni rumah PIL baru  siap renovate dengan pertambahan bilik-bilik baru. Kebetulan pulak ramai tak balik beraya sebab yang mana kawen dengan non-Kelantanese tu beraya dekat PIL masing-masing memandangkan raya ke-4 nak kena ada kat Kelantan for my last brother-in-law punye wedding.

22 August 2012 -  Dengan sekali lafaz alhamdulillah my brother in law, Amin sah menjadi suami kepada Shahida Zainal Abidin. Congratz, Min and Sha. Sekarang dah ade geng...biras perempuan. Sebelum ni semua biras lelaki je. Dan Amin big day nilah merupakan big-work atau dalam bahasa kelantan nya "bekwoh" yang terakhir untuk family diaorg. Gonna miss all the fun dan penat lelah ber-bekwoh.



31 August 2012 - Happy 55th Merdeka Day!! And one sad news or maybe a happy one...I-Blitzz is officially closed. I will have no further comments on this issue....hahaha. Macam tau-tau je sape-sape yang baca ni tertanya-tanya kan kenapa??? Hmmm...biarla rahsia :(

3 Sept 2012 -According to Pregnancy Calender Result on http://www.babycenter.com.my my first trimester ends today...yeayy!! Tapi sickness macam tak lalu makan tu masih ade cuma better than before. Keletihan melampau dan rasa nak tido sepanjang hari pon dah berkurangan. Alhamdulillah. I'm wishing for a girl tapi tak kisah la asalkan baby berkeadaan baik dan sihat walafiat..amin ya rabbal alamin.

OK...i think that's all for now. Rasa-rasa macam dah summarize semua yang patut. Till next entry...yang tak tau bilala akan muncul...hehe. Harap-harap adelah kerajinan lepas ni. Bye bye.