Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Tuesday, September 4, 2012

JJCM : Captain T's Restaurant

Assalamualaikum w.b.t

Yeayyy!! Berjaya menemui kerajinan yang hampir hilang (...for now laa).

Masa cuti hari raya seminggu kat KB tempoh hari, sempat la curik masa dinner dekat luar dengan family terchenta. Mula-mula tu ingat nak makan dekat-dekat je memandangkan cuaca pada malam tu pun hujan so ke New Horizon yang terletak dekat Batu 4, Jalan Kuala Krai kami tuju. Tapi mungkin disebabkan musim perayaan orang ramai, semua meja telah ditempah awal-awal.

Jadinya, nak tak nak kenala cari tempat lain. Thanks to my mum, dia ada idea destinasi baru yang patut dituju iaitu, Captain T's Restaurant yang terletak di pinggiran Sungai Kelantan. Kalau menyeberang sungai melalui Jambatan Sultan Yahya Petra tu, memang boleh nampak trang tang tang lah restoran ni sebab very unique. Keunikannya tak lain tak bukan disebabkan restoran ni terletak di atas kapal beso yang berlabuh di pinggiran Sg. Kelantan. Memang meriah la kalo nampak dari jauh.

Tapi sebenarnya keluasan restoran ni bukan terhad atas kapal ni je sebab tapak restoran ni terbentang di tebing sungai jugak. Tahap kebersihan memang superb, tempatya pun cantik dan selesa. Tapi........bila tengok menu............................mak aiiiii!!! Terkejut badak bila nampak rege-rege yang terpampang kat menu tu. Lupa pulak nak ambik gambar tapi majoriti rege makanan paling koman pon RM20.00, takde yang kurang dari tu rasanya seingat saya la.

Kami order, tomyam campur saiz medium, ikan kerapu 3 rasa, sayur asparagus, lemon chicken dengan oyster omelet. Mula-mula tu nak order ikan siakap tapi takde, lepas tu pulak dari order masak stim waiter mintak tukar ke 3 rasa sebab takut lambat, dan lagi ingat nak try apa rasa mongolian chicken tapi takde juga. Yang mengecewakan lagi, dalam gambar kat dalam menu punye la bersepah udang dalam asparagus tapi bila sampai yang real, ade sekor je udang! Tu pun kecik dan nasib baik ade jugak. Dan yang paling tak puas hatinya lagi, bila omelet sampai. Order oyster omelet yang sepatutnya ade isi oyster dalam tu tapi bila sampai kat meja..........memang hampeh sungguh. Bukan setakat hampeh tapi penipu yang amat. Sebijik oyster pun takde, yang ade cuma sayur-sayuran je bersepah. Padahal sebelum order kitaorg dah tanye betul ade oyster atau setakat oyster sauce je. Waiter yang ambik order tu cakap memang ade oyster. Yela tak lojik la kan,  rege omelet biasa sampai 20 hengget!!!

Makanan-makanan yang kami order tu pun, takdela sedap sangat. Pada saya, memang tak berbaloi langsung bil RM 178.00 dengan rasa makanan macam tu. Itupun lepas kaotim dengan counter girl tu dia bagi jugak la diskaun sikit sebab omelet takde oyster, and then ade rambut dekat pinggan. Kita orang komplen kasi pengurus restoran tengok sendiri rambut tu.

Kesimpulannya, restoran ni is NOT highly recommended!! Kalau setakat nak bersantai tepi sungai sambil minum lepak-lepak bolehla. Kalau nak dinner macam hari tu lagi bagus pi carik restoran tepi jalan je. Sekian, terima kasih.



p/s : dapat bagi 2 stars je out of 5. Tu pun sebab tempat dia cantik dan selesa.

2 comments:

  1. Saya pun satu keluarga dah pergi makan dekat Captain t Restaurant tu.... 6 orang saya belanjakan sebanyak RM 300.00. Memang terbaik dan masakannya the best in Kota Bharu.... Syabas kepada semua pekerja Captain T Restaurant. Kepada pengurusnya saya dan keluarga saya ucapkan tahniah di atas layanan anda. memang terbaik dan mengalahkan hotel 5 bintang.

    ReplyDelete
  2. Aik..time ktrg pergi service okey jer..makanan semua sedap. Harga pun rasanya berpatutan dengan makanan yang dihidang. Ktrg satu famili takde masalah dengan restaurant ni dan bila member2 dari KL datang,ktrg akan recommend untuk cuba makan di Restaurant T Captain. Overall restaurant ni memang best untuk family treat atau other special occasions.

    ReplyDelete