Tak tau la kenapa lately ni, terasa macam budak-budak ni notty terlebih pulak termasuklah yang dah beso cam kakak pon. Bila dah tengok TV tu lupa kewajipan dah, kalau tak suruh memang lupa terus. Tu yang hari-hari takde keje lain uminya nih...pot pet pot pet tak berhenti. Time cakap elok-elok diaorang nihh bukan nak dengar, bila dah pakai high volume barula bontot tu macam dah takde gam. Bila suruh tolong tengok kan adik dia masa nak tuang air sementara umi sibuk kat dapo *apa yang umi maksud 'tengok' tu bukan sekadar TENGOK je tapi TOLONG*, dia tengok semata sampai cawan pecah umi
Yang si Aqil dengan Ashif biasala budak laki, kalo tak bertumbuk, berebut mainan dengan Ipad. Sorang tak leh nak mengalah, sorang lak terlebih manja. Jadinya, sama je, suara memang tak boleh volume 1 or 2. Takut betul melekat kat si kembar dalam perut ni. Karang tak pasal-pasal keluar je volume suara tak leh nak control sebab masa dok dalam perut, uminya selalu pakai high volume.
Lagi satu, bukan takut melekat dekat si kembar je. Budak-budak bertiga tu pun kalau dah hari-hari dengar umi dengan abahnye dok tinggi volume je masa bercakap, risau jugak nanti cakap diaorang pun tak reti nak sopan santun, asyik intonasi nak marah je. Tau jela budak-budak, senang sangat nak tiru apa orang tua buat. Jadi, walau apa jua chaos yang diaorang create, kenala lebih banyak bersabar. Tapi kan, macam mustahil je since sekarang darah sangatla cepat panas. Benda remeh pon kalau tak puas hati rasa macam berbakul-bakul perasaan marah tu. Anyway, not my fault. BLAME IT ON THE HORMONE...hehehe :)
Walau apa pun, I am enjoying every single moment of this annoying but happy chaos created by those little people of mine sebab diaorang dah nak balik kampung esok...huhu:( *crying my heart out*. Gonna miss them soooo damn much especially my lil'cobok sebab diala paling cheeky, paling notty dan paling entertaining *not that I'm favoring him better than Kakak and Aqil* tapi sebab Kakak dengan Aqil kan dah beso, so takkan la nk peluk cium gomol lebih-lebih lak kan, lagi pun tak best dah since diaorang sekarang ni dah takde lemak berlebihan macam Ashif....hahaha. Ashif on the other hand, masih lemak berkrim disukai ramai *tunggu la esok2 bila si kembar ni dah lahir, mesti Ashif jeles sebab Umi dengan Abah dah ade pujaan hati yang baru...ngeh ngeh ngeh*. Sian my lil cobok...don worry, u will always be my baby :)
Camwhoring in piles of clothes at H&M |
So, for the next 3-4 weeks or more, umi dengan abah will get some extra time for ourselves, just like last year. Nak kata suka memang tak suka, walaupun boleh extra rest, less house chores, rumah tak bersepah macam selalu tapi sunyi la pulak rmah bila diaorang takde. Tapi demi tok wan dgn tok ki terutamanya, diorang dengan rela hati nak dudok kampung time cuti skolah *tak pun suka sebab tak payah dengar umi pot pet pot pet hari-hari*. Lepas tu leh pi rumah tok ma dengan tok abah jugak sebab dekat je.
Kalau ikutkan nak je pujuk diaorang tak payahla dok kampung cuti skolah tahun ni tapi sian lak tok wan dengan tok ki yang mengharap sangat cucu-cucu diaorang balik dan tinggal sana sekejap. Takpe la, umi dengan abah berkorban perasaan skali setahun je :)
No comments:
Post a Comment