Bismillahirrahmanirrahim.....
Salam aidiladha to my followers and silent readers if any...hehe.
Seperti tahun sudah, tahun ni pun takde kesempatan nak balik kampung walaupun cuti straight dapat 3 hari since raya jatuh hari Jumaat. Disebabkan nak save annual leave yang ciput tu, terpaksa la berKORBAN tak balik. Lagipun kalau nak spend 3 hari balik kampung dengan kereta memang tak berbaloi lagi-lagi dengan keadaan peknen camni.
So, apa aktiviti nak buat sepanjang 3 hari cuti? Shopping, car hunting and mandi-manda! Semenjak Setia City Mall ni dah banyak kedai bukak, malas dah nak pi OU ke Sunway Pyramid ke, lagipun dah tak mampu nak menapak tawaf kedai yang banyak-banyak kat sana tu. Ingat nak survey barang-brang twins tapi unfortunately choices for baby boutique tak banyak pulak kat si. Yang ada pun agak di luar kemampuan kami :(
Bila dah survey kat kedai tu, baru tersedar dari lamunan! Rupanya banyak benda nak kena beli nihh...selain baju-baju yang cute mute tu, keperluan lain yang memang essential macam stroller dengan car seat pon nk kena beli gak. Car seat, nak recycle yang budak-budak ni punye dulu memang dh takde. Dah le semua nak kena beli double!!! Kena buat baby shower la cam gini...muahaha dengan harapan ade orang nak hadiah kan. Stroller masih ade dan masih elok so nak kena tambah lagi satu je, lagipun tak berapa gemar la yang jenis double tu. Macam besar sangat susah nak tolak kalo pi shopping ke atau tempat-tempat yang sempit. Ada yang jenis double depan belakang tapi mak aii harga dia boleh buat downpayment kereta!!
Jadi, kesimpulannya kenala start beli sikit-sikit dari sekarang.
Cakap pasal downpayment kereta, tu lagi satu essential need. Kalaula beli kereta tu semudah beli keta mainan kan..haisyyy :( Banyaknya nak kena pikir. Moga Allah permudahkan semuanya...aamiin.
Mulai sekarang nak kena buat list twins' needs sebab tak nak kelam kabut at the last minute. Dah le takde helper nanti sebab insyaAllah bersalin kat UMMC je bukan kat kampung macam dulu-dulu. So kenala pandai-pandai survive sendiri, kalau nasib baik mak or MIL boleh datang untuk seminggu dua masa awal-awal twins arrival bagus jugak. Tapi kalau boleh tak nak la menyusahkan diorang. Nak kena iklan kan ni kot-kot ada yang berminat nak jadi part time helper ke sepanjang tempoh pantang nanti. At least ringan sikit beban kat bahu ni...hehe.
Oppss... Dah 7:30pm rupanya, lom solat Maghrib lagi. Harap-harap towards the end of due date, masih boleh bangun duduk dengan sempurna untuk beribadah sebab perut pun dah makin berat rasanya, kekadang dudok pon tak selesa, baring pon tak selesa sampai dah tak tau nak dudok camne. Dah start dapat restless night sleep dah :(
Cukupla dulu membebel, Isyak awal sekarang ni. Chow cin cau :)