Bismillahirrahmanirrahim..........
Looking at the scenario, somehow I wish could cast a magic upon them so that they will never ever smoke in public area especially nearby children and pregnant woman like me. Sedih la tengok our typical narrow minded Malaysian macam ni. Seolah-olah dia orang ni takde consideration langsung towards other people around them who may be affected by the secondhand smoke. Memang sia-sia government buat kempen kesedaran tiap-tiap tahun kalau kesedaran tu takkan mungkin wujud dalam diri smokers tegar camni.
Common case scenario kat mana-mana tempat makan terbuka yang takde aircond, dia orang ni sesuka hati je masuk dudok dalam, meja tengah-tengah sedangkan meja dekat tempat terbuka available je lepas tu melepas asap rokok sesuka hati je ( kalau melepas benda lain pon tak sanggup gaks...wakaka!!) Kesian kan orang-orang sekeliling yang tak bersalah kena sedut asap rokok dia yang busuk tu!! Kalau tak dapat penyakit takpe jugak. Like me, ada lelah dan I really hate asap rokok sebab it makes me semput. Kalau bukan sebab semput pun, tak hingin la dok sedut asap rokok busuk tu. Ada ke orang yang tak smoke tapi sangat suka sedut asap rokok orang lain?? Takde kot, ye tak!
I pity their wives and children yang hari-hari dok sedut asap rokok yang bahaya tu. The wives should limit their husband smoking area which is good for them and their children or one better way, ask the husbands to stop smoking for good. Duit takdela dok habis dekat something yang tak mendatangkan kebaikan pun, ye tak. I think they should keep track on how much money they've wasted on cigars and then lepas tu cuba fikir balik with that amount of money spent, apa benda yang lebih baik dan lebih berkat sepatutnya kita buat. Bayangkanlah kalau hisap rokok Dunhill yang regenya RM 10.00 tu, kalau seminggu 3-4 kotak, kalau setahun boleh mencecah RM 1.4k-1.9k setahun duit dilaburkan untuk benda tak berguna tu.
Sampai macam tu skali ke kita nak membazirkan rezeki yang Allah bagi dekat kita?? Kalau 1.9k tu kita simpan kat Tabung Haji, dalam masa 10 thn insyaAllah dah boleh bergelar haji. Muda-muda dah boleh pi haji, kan. Tak pun lebih baik duit tu buat sedekah ke bayar zakat ke. ZAKAT...satu benda yang wajib yang disyaratkan ke atas orang-orang yang berkemampuan tapi sering terlupa/lalai menunaikannya. Tapi bila tiba bab-bab yang tak mendatangkan pekdah laju je buat. *Peringatan untuk diri sendiri juga*. Tak pun bagi jelah duit sebanyak tu kat saya buat bayar yuran sekolah anak ke yang rege yuran setahun pun dah cecah 5k. Bukan nak show off, tapi like I said just now, rezeki yang Allah bagi lebih afdal kalau kita gunakan ke jalan yang lebih berkat, yang pahalanya boleh jadi saham akhirat.
Dan salah satunya, education for our children. Saya tak rasa rugi pun, insyaAllah even kena spent sebanyak tu setahun per child, kalau baru seminggu sekolah Darjah 1 dah pandai semayang 5 waktu sehari, dah tau kewajipan menutup aurat dan dah boleh mengaji. Rugi ke macam tu? InsyaAllah, takkan rugi. Dengan kesibukan mak bapak cari rezeki siang malam, lebih baik saya hantar anak-anak ke sekolah yang lengkap dengan ilmu dunia dan akhirat, takut-takut kami tak dapat menyumbangkan ilmu agama secukupnya dekat anak-anak.
My other half pun perokok jugak, tapi no more a perokok tegar. Asked him to quit as soon as we were married. Sekejap je quit lepas tu janji tinggal janji :( Sekarang masih gak smoking occasionally, terutama bila balik kampung kena drive. Tak nak bagi ngantuk katanya, tapi tengok ngantuk jugak...huhu. Lain-lain masa, tak tau la kat belakang kita, kan. Pantang ade kawan offer, ambik je kadang-kadang tu...hehe. Whatever la sayang, as long as u don't smoke in front of my nose. Tapi setakat ni alhamdulillah, I trust him. Harap-harap he is not one of those typical Malaysian smokers.
I'm talking from my perspectives, middle class working people with families to feed. Kalau millionaire, nak hisap rokok sekotak sehari pun sape nak marah. Tapi please be considerate on other people's health. Awak banyak duit takpela kalo sakit sekalipun, boleh pi berubat dekat first class punye hospital pakar. Tapi kesihatan yang baik tetap tak boleh dibeli dengan wang ringgit, tak kisah la u kaya or miskin pon. Dan pada smokers out there, bersyukurla kalo anda tak kena penyakit seperti yang di war-warkan dalam kempen TAK NAK MEROKOK tu. Jangan bila dah kena, no turning back masa tu, menyesal pun dah tak guna. Bukan diri sendiri je susah, anak-anak dengan isteri dengan sedara mara jugak yang susah, tu pun kalau boleh menumpang dia orang time macam tu. Lagi satu kalau ade orang pregnant ke even if it is not your wife sekalipun, please la jangan smoke, boleh tak. Tapi ade jugak suami yang smoke betul-betul depan dia punye pregnant wife dan wife dia tak cakap apa pun. So so truly saddened looking at those situation.
Anyway, life would definitely be much better without cigars!! Cleaner airs to inhale everyday and more healthy people. And then we could live happily ever after...haha! *Keep dreaming.....*
No comments:
Post a Comment