Image

Image
May we never let things we can't have or don't have or shouldn't have, spoil our enjoyment of the things we do have and can have. For one of the greatest lessons in life is learning to be HAPPY without the things we can't or shouldn't have...

Tuesday, November 12, 2013

BACA please!

Assalamualaikum

Dua tiga hari kebelakangan ni sibuk kan orang dok share pasal air ni.



Caption pulak...Jangan tertipu dgn air ni, ada arak bla...bla...bla. Masalahnya sekarang I don't think ada issue tertipu di sini. Sebabnya dah terang lagi bersuluh dekat bawah tin tu dah dilabelkan "Lemonade and Beer". B.E.E.R! Ada sesape tak tau ke BEER tu sejenis arak? So, nak tertipu macam mana sedangkan pengeluar minuman tu pun tak pernah pulak menipu pengguna. 

Timbulnya masalah kononnya tertipu ni bila pengguna tu sendiri pemalas nak baca labeling dekat packaging tak kirala sama ada minuman ataupun makanan. Tapi rasa sekarang senang je kot. Tak payah nak baca kandungan minuman/makanan satu2 pun. Cari je tanda halal JAKIM. Sebab sekarang rasa-rasanya tahap kesedaran umat Islam kat Malaysia terhadap makanan halal sangat tinggi. 

So, there's no such thing as tertipu, menipu or ditipu dalam kes ni. Yang penting rajin-rajinkanlah diri kita ni baca labeling dekat packaging tu sebelum membeli. Jangan nak main beli je lepas tu claim tertipu. Kalau saman pengeluar minuman pun dah tentu-tentu tak menang punye....gerenti! Kalau nak saman penjual tu mungkin boleh sebab dia dah mencampurkan susun atur minuman biasa dengan arak kerana kebanyakan kedai seperti 7-Eleven sebagai contoh (sebab tag price kat dalam gambar tu tag 7-eleven) biasanya diasingkan minuman arak dengan minuman biasa....nanti nak pergi siasat hahaha! 

Tapi akhirnya berbalik jugak kepada kita, sebabnya salah sape kita kata kita tertipu bila orang lain tak pernah pun menipu. Salah sendiri la kan sebab malas nak BACA. Sama jugak kes pergi kedai beli pampers anak, lepas tu balik rumah rupanya salah beli. Nak beli saiz M tapi pi ambik saiz S pulak. Takkan nak cakap kita tertipu pulak. 

Walau macam mana pun terima kasih la pada yang kongsi gambar tu dengan niat yang ikhlas dan baik cuma mungkin caption boleh diubah kepada ayat yang lebih sesuai macam ni...."berhati-hati dengan minuman ini, baca sebelum beli" supaya at least timbul kesedaran pada pengguna yang label wajib dibaca sebelum membeli. Itu saje yg empunya blog ni nak tegaskan kat sini...BACA!

Tuesday, October 29, 2013

Bersangka baik

Bismillahirrahmanirrahim....


Google image
#notetomyself

Ada sesuatu yang mengganggu fikiran. Bila mana ada di kalangan kita *termasukla diri sendiri* berburuk sangka pada orang lain sedangkan kenal pun setakat pada nama, bercakap pun atas urusan tertentu saje....itupun sangat jarang-jarang.
Setakat tu je kenalnya pon, tapi....
macam mana kita boleh menghakimi
Sekarang bercakap pun tidak, hanya pemerhati dari jauh tapi....
masih juga menghakimi
sedangkan kepastiannya (keburukan) tak pernah terserlah
takut-takut nanti jika ramalan kita bohong belaka
tak ke nanti jadi fitnah semata.
Susahnya nak mendidik hati supaya sentiasa bersangka baik
Susahnya nak set kan kepala otak ni supaya sentiasa berfikiran positif
Sekalipun sangkaan tersebut benar belaka, sapela kita nak mengadili atau menghukum
kerana
yang berhak hanyalah Allah s.w.t
yang maha mengetahui setiap segala sesuatu.
Sedangkan dia takde satu dosa pun dengan kita tapi kita sibuk mengumpul dosa
dan menambah pahala dia.
Walaupun dia ada dosa dengan kita, rasa tak perlu untuk kita jadi reflection dia.
2x5 je
Jadi apa baiknya sangat kita ni berbanding dia????
Google image

Google image


Tuesday, October 22, 2013

Road Not Taken

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I-
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


                              - Robert Frost

I've been through unimaginable, taking the path I could never thought I have the heart to take. Don't know how long it would haunt me. Hope somewhere, somehow, someone would appreciate.

Wednesday, September 4, 2013

Motivation



 so...................



which one am I??
anyway.......trying to breathe positivity here :)

Monday, September 2, 2013

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya

Bismillahirrhmanirrahim

Since Allah dah amanahkan 5 orang hambanya sebagai anak kami berdua, kenala strive to be an excellent parents dalam mendidik hamba-hamba Allah ini menjadi soleh dan solehah yang berjaya dunia dan akhirat....amiin. This one is just supposed to be my own notes and reference for the latter days.


Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
====================================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Friday, August 23, 2013

Kekhilafan ku....

Bismillahirrahmanirrahim....

Di satu petang kat rumah lepas balik dari keje............

Ashif : Umi, boleh tak nak letak biskut raya ni dalam bekas ni nak bagi mak? (sambil tangan dia letak biskut 

           raya yg tinggal empat lima bijik dalam bekas kaca "mahal" kesayangan umi...hehe)

Umi : Ehh, mana boleh. Bekas tu kan bekas kaca, takut pecah nanti. Nape nak bagi mak pulak?

Ashif : Alahhh....boleh la, ummi! Mak cakap mak Ashif tak bagi apa-apa pun kat dia. Mak orang lain 
          macam-macam bagi kat mak. Boleh la, umi ye...nanti mak marah Ashif.

Umi : *Gulp!!* (Telan air liur lps tu terlopong sorang-sorang) *Sedihnya dengar*
        
*Nota : Mak tu stands for babysitter si Ashif, anak ku

Mula-mula macam tak caya je kat si Ashif ni, mana tau 'Mak" tu saje nak bergurau ke atau si Ashif ni saja reka cerita sebab dia penah reka cerita kata Cik Pah (driver van sekolah) suruh bayar yuran kalau tak esok dah tak boleh naik van. Ye-ye jelah kita ni call Cik Pah tanye kot-kot la cikgu tadika terlupa pass kan yuran van kat dia ke. Rupanya motif dia, nak suruh umi datang ambik sebab tak nak naik van dengan harapan umi bawak gi opis umi.....boleh tengok cite ultraman kat youtube...huhhh!!

Umi : Kakak, pernah ke mak cakap macam tu selama kakak dudok rumah dia time cuti skolah?

Kakak : Hmmmm...penah jugak la. 

Umi : Dia cakap macam mana?

Kakak : Dia cakap " Mak Ayra bagi sosej etc etc....mak ko bila nak bagi?

Umi : Astaghfirullahal-azim...macam tu sekali mak cakap kat kakak???

*******************************

Apa perasaan anda sekiranya perkara macam ni berlaku pada anda. Babysitter anak anda yang dah bertahun-tahun dah jaga anak anda dari umo 2 bulan sampai 6 tahun dari anak sulong sampai la anak ketiga cakap macam tu dekat anak-anak anda. Sedangkan depan muka kita punya la baik, pijak semut pun tak mati. Berkira hal-hal makanan dan duit jauh sekali selama ni pada pandangan saya. Tapi di belakang macam-macam ketidakpuasan hatinya diluahkan dekat anak-anak.

Untuk pengetahuan, "mak" tu bukannya perempuan tak matang penuh emosi macam perempuan muda-muda pon. Sebaliknya "mak" ini adalah wanita yang umonya dah menghampiri penghujung 50-an...yang pada pendapat saya,...hormone unstability is not involved here. Yang sepatutnya lebih menginsafi diri dalam berkata-kata bukannya tidak sedar diri dalam berkata-kata lebih-lebih lagi di depan budak-budak. From my observation, mungkin ini adalah cara dia untuk menyampaikan ketidakpuasan hati dia pada saya. Nak berkata depan-depan mungkin tak sanggup, jadi the only way adalah menyampaikan perkara tersebut pada Ashif dengan harapan Ashif menyampaikan pada saya supaya saya tahu,

Alhamdulillah...saya bersyukur strategi dia berjaya. Sekurang-kurangnya, saya sedar tentang betapa banyak kekhilafan telah saya lakukan pada dia selama dia menjaga anak saya. Maafkan saya makcik!! Saya bukanlah orang berada macam mak-mak anak-anak jagaan makcik yang lain. Anak saya ramai, tambah pulak ada kembar...banyak perbelanjaannya sedangkan gaji saya hanyalah berpuluh-puluh ribu SETAHUN!

Tengok kereta pun tau makcik. Mak orang lain pakainya HONDA Civic, HONDA City, TOYOTA Wish, TOYOTA Camry, sedangkan saya cuma pakai produk tempatan je. Nak saya bagi apa jenis barang lagi kat makcik sedangkan anak saya tinggal rumah makcik pun separuh hari je. Makannye pun sekali je waktu petang. Mandi, berak kencing, pakai baju semua dia boleh buat sendiri. Saya sekadar menumpangkan dia je sekejap di rumah makcik ibaratnya.

Bukan saya langsung tak pernah bagi cuma memang saya akui semenjak kebelakangan ni saya jarang supply barang-barang makanan macam mak orang lain sebab saya tak berkesempatan pn nk gi shopping barang-barang sepertimana masa kembar belum lahir. Tapi, duit untuk beli barang basah saya selalu bagi kat makcik. Tak sangka pulak, duit tu tak dapat puaskan hati makcik. Masa raya pun saya tak pernah miss bagi kuih raya dan duit raya kat makcik walaupun tak seberapa jumlahnya.....sebab saya tak mampu macam mak orang lain.

Walau macam mana pun, mulai hari ini saya akan cuba memuaskan hati dan kehendak makcik supaya saya tak sakit hati lagi dengan kata-kata makcik yang amat mengguris hati dan perasaan seorang ibu yang terpaksa bekerja demi anak-anak dan berkorban hati dan perasaan juga terpaksa menghantar anak-anak dekat "strangers" macam makcik untuk dijaga. FYI makcik, this wasn't my choice of life but I just have to go through it everyday so that they can school, eat and live a happy life as a child.

Semoga makcik memaafkan kekhilafan saya selama ini dekat makcik dan semoga Allah juga mengampunkan dosa saya kerana tidak prihatin dengan keperluan makcik dalam menjaga anak-anak saya.

Monday, August 5, 2013

Beraya dengan tenang dan gumbira!!!

Salam....

Akhirnya, boleh menarik nafas lega. Kerja-kerja ofis yang urgent dan due date nya sebelum raya akhirnya siap dengan jayanya...yahooo!! Alhamdulillah. Esok dah start cuti, malam ni lepas buka, rehat-rehat kejap, maka dengan izin Allah, akan  bermulalah perjalanan pulang ke kampung halaman tercinta.....tak sabar rasanya.

Major punya barang-barang dah siap packing masuk beg, tunggu nak angkut masuk dalam boot kereta je. Penat mak jemah packing seminggu punya barang untuk 7 orang!! Serius kepenatan...penat otak pon sebenarnya sebab semua benda yang nak bawak, memori nya simpan dalam kepala je. Tak sempat lah nak buat check list bagai.

Actually, takdela excited sangat nak raya pun sebab rasa bersalah pulak nak over-over bab beraya bila dah tua-tua ni. Ibadat masa bulan pose pn terkontang-kanting, lagi nak beraya sakan pulak...macam tak patut. Excited terlebih pun sebab time ni lah dapat balik dok kampung lama-lama sikit. Nak harapkan cuti bukan time raya, memang susah la nak dapat seminggu free2 bos bagi kan.

Persiapan raya tahun ni, average je. Eh, bukan tiap-tiap tahun average ke...hahaha. Maksud saya di sini, tahun ni preparation raya memang agak kelam kabut sikit. Biasa ada theme kan, kaler apa satu family. Tahun ni ada jugak tapi agak tak selaras la kaler nya. Tahun ni baju raya anak-anak sume beli siap. Biasa tempah termasuklah baju melayu cik abe. Tapi, cik abe kata tak payah buat/beli baju melayu sebab dah banyak walaupun kaler yang sepatutnya jadi tema tahun ni belum ada dalam koleksi. Katanya, daripada beli baju melayu yang jarang pakai tu, baik sedekah duit tu kat tabung Syria ke Palestin ke. Dapat gak pahala berganda-ganda di bulan Ramadhan ni. Ok, fine lah kalau dia dah cakap camtu...hehe.Yang penting semua ahli keluarga bergumbira di hari raya.

Lagi satu, tak sabar nak beraya dengan twins. Tahun ni merupakan tahun pertama beraya dengan dia orang berdua. Tahun lepas beraya dengan dia orang berdua jugak tapi dia orang beraya dalam perut ummi la masa tu....hehe. Tahun ni beraya time dia orang dah nak masuk 6 bulan.....alhamdulillah.

Jadi, di kesempatan ini, empunya blog ni nak mengambil kesempatan ni mengucapkan........


Mohon maaf atas salah silap terkasar bahasa dan seumpamanya. May we all have a blessed Ramadhan and a joyous Eid Mubarak.

Selamat pulang ke kampung halaman terchenta :)

Monday, June 24, 2013

Jerebu

Assalamualaikum w.b.t

Jerebu oooo jerebu!! Taip-tiap tahun memang wajib sedut udara berjerebu kat Malaysia nihh. Semuanya gara-gara sebab musabab yang sama......pembakaran ladang-ladang pertanian nun jauh di tanah seberang, Indonesia. And to make it even worse, yang melakukan pembakaran tersebut disyaki syarikat-syarikat yang dipunyai oleh pelabur-pelabur dari Malaysia sendiri.

Yang tak pahamnye, kejadian macam ni berlaku setiap tahun tapi mereka ni tak pernah ambil iktibar langsung dengan keadaan dan akibat yang berlaku pada tahun-tahun sudah, betapa akibat perbuatan mereka ni, kehidupan orang lain terjejas dengan teruknya. Yang paling dirisaukan dah tentunya kesihatan kita terutamanya anak-anak, apatah lagi macam empunya blog ni yang ada babies baru umo 4 bulan.

Babies kalau tak sehat or tak selesa, bukannya dia tau nak bagi tau pon, yang dia tau nangis atau meragam je. Bila dia meragam kita pon susah sebab kita pon buntu nak buat apa sebab tak tau apa yang dia nangiskan. Macam Amsyar hari tu....demam dah ok tapi meragam sampai kena bawak naik kereta jalan-jalan pusing-pusing baru tido. Alhamdulillah, sekarang dah ok...dah jadi budak baik dua-dua tu. 

Bila tiba musim kering je, jerebu pasti melanda. Yang bezanya antara teruk ke tidak, itu je. Seingat saya, tahun lepas, jerebu tetap ada tapi tidaklah seteruk tahun ni, sampai kan sekolah kat KL dan Selangor pon tutup hari ni, Muar pulak sampai diisytihar darurat terus. Kesian nya la penduduk kat sana. 

Tapi, saya masih tak faham kenapa setiap tahun perlu berlaku keadaan seperti ini walaupun sudah terdapat undang-undang yang mengharamkan pembakaran terbuka seperti ini baik di negara jiran, mahupun di Malaysia sendiri seolah-olah tiada kesedaran dan peri kemanusiaan langsung dalam diri mereka yang melakukan pembakaran terbuka tersebut.

"Maka tunggulah hari ketika langit membawa(asap) yang nyata.Yang meliputi manusia;inilah seksaan yang pedih." [ad-Dukhaan:10-11]

 Ya Allah, turunkanlah hujan, akhirkan lah penderitaan kami akibat jerebu ini dan kurniakanlah kesihatan yang baik-baik kepada kami terutamanya anak-anak kami, aamiin.


Monday, June 17, 2013

#Twins : Amsyar Zuhri



Ini budak meragam semalam dan telah menguji kesabaran ummi and abah dengan jayanya dari siang sampai ke malam. Rasa macam nak demam dah ni. Sakit kepala berdenyut-denyut macam nak pengsan dah sebab tak cukup tidur.

Apa nak jadi dengan Amsyar ni?? 2,3 hari lepas demam pn tak meragam camni sekali. Alih2 dah baik demam meragam tak tentu pasal lak. Risau ummi takut Amsyar sakit apa2 ke....haisyy. Sib baik Aisy tak meragam...rileks je. Aisy  budak baik, memahami kepayahan ummi. Tapi sebelum ni Aisy pun kuat meragam jugak tapi Amsyar jadi baik. Gilir2 meragam ye:(  Tapi Aisy meragam takdela seteruk Amsyar. Kalau dua2 buat hal tak tau la ummi dengan abah dengan kakak and abang2 macam mana.

Nasib baik jugak ade jemputan kenduri 2 tempat, satu kenduri akikah cucu bos and satu rumah jiran sempena anak perempuannya bertunang. Tak payah ummi nak masak. 

Ummi tau cuaca sekarang panas, tu salah satu sebab Amsyar meragam. Lagi satu sebab nak suruh orang pegang je kan and lagi satu sebab yang pasti, sengaja nak menduga kesabaran ummi dengan abah, kan. Nak menduga kesabaran ummi dengan abah takpe, jgn nak menduga kesabaran pengasuh anda ye Amsyar. Tak pasal2 kena ragging lak nanti...risau ummi laa!!

Anak-anak ummi yang lain meragam pun takdelah sampai kena bawak naik kereta malam2, pasang aircond, pusing2 baru diam dan terus zzzzzzz. Terima kasih ye Amsyar sebab tido lambat malam td lepas tu tak bangun banyak kali and meragam lagi. Harap-harapnya hari ni Amsyar jadi budak baik ye...Aisy pun sama. Kesian kat pengasuh Amsyar kalau Amsyar buat hal lagi. Jangan buat Ummi risau, please!!

Thursday, June 13, 2013

Tatseless

Life feels like coffee without sugar lately......so bitter that even there are sugars, no matter how much I put it in, the coffee would be sweet but still, it's tasteless.

Something really hit me hard that I realized no matter how close some people are with u, u can never ever rely on them because people just hurt each other in a way that after few times, u just don't know what else to feel other than too heartbroken because the cut was too deep it couldn't heal anymore. Even if it heals, u will no longer be the same person they knew.

Ya Allah, give me strength, grant me patient and guide me to Your path.

Thursday, June 6, 2013

Blog Shop Updated!!

Bismillahirrahmanirrahim...


Hello, pretty ladies out there. Do check out my blog shop. It's updated with more beautiful collection that will definitely suits your tastes especially for this coming Raya Puasa. Fret not if your tailors won't accept any orders anymore, coz we still got Raya Haji to celebrate.

So, what are u waiting for? Hit the keyboard now and send me your emails right away to place your order. Hurry up coz the collections here are limited in pieces. Grab yours now before it's too late.

And once again, happy shopping and thank u soooo much for your support.

Friday, May 31, 2013

My Blog Shop

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah berjaya set up satu page untuk perniagaan online saya pada hari ini. Jangan segan-segan ye nak click dekat page My Blog Shop kat sebelah perkataan Home tu...betul di bawah gambar-gambar empunya blog ni...hehe.

Tapi, sambil-sambil menjamu mata dengan items yang ditawarkan, jangan lupa baca page Terms and Condition jugak ye. Mana la tau dah ade berkenan di hati tapi tak berkenan pulak dengan peraturan yang dikenakan.

Bukan sesaja nak menyusahkan letak segala macam Terms and Condition tetapi demi kebaikan kedua-dua pihak, terutamanya untuk megelakkan sebarang kekeliruan semasa pembelian, elok lah empunya blog explain terus peraturan yang perlu dipatuhi. Penjual nak cari makan, pembeli pulak nak memakai. Jadinya, kita ni sama-sama memerlukan antara satu sama lain. Walau macam manapun, customers are always right tapi penjual pun ada right jugak kan...hehe.

Lagi satu, selain kat sini, boleh jugak cuci mata dengan barangan yang ditawarkan dekat akaun Instagram : see_me_beautiful. So, jangan malu-malu nak follow ye. Nak tanya apa-apa, tinggalkan komen anda kat situ. Saya akan berusaha membalas pertanyaan anda secepat mungkin.

Diharapkan anda semua memberi sokongan dekat blog shop saya yang baru nak bertatih ni. Saya akan cuba memberikan khidmat yang terbaik untuk anda semua. HAPPY SHOPPING ye!!

Monday, May 20, 2013

The day I say goodbye to u *sob..sob*

Bismillahirrahmanirrahim.........

A quick update after a while. This is just something personal I want to keep as part of my most treasured memories as we had our ups and downs together. Above all u have played one of the most important role for the past 5++ years. You know I have always loved u from the bottom of my heart and u will always be remembered as long as we lived. It was hard to let u go, but sooner or later goodbye is definite. We need to change *replace* u for the sake of the children...*sob...sob*

Found some motivational quotes about change..........





 *
*
*
*
*
And it was all about this............................

Hahaha...emo tak???

 Anyway......




Tuesday, April 30, 2013

Petua : Bengkak batu tutttt** pada babies

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak update blog. Semenjak ber-twins ni 24 jam sehari macam tak cukup je...hehe. Dah start keje balik 18hb April yang lalu. Memang tak sabar nak masuk keje balik sebab boring sangat rasa dok rumah. Macam mana boleh rasa boring tu saya pun tak tau sebab secara lojiknya memang tak sempat rasa boring pun bila setiap saat tu occupied dengan kerja-kerja rumah dan menguruskan hal-ehwal twins. Tapi at the same time, rasa sedih pulak nak kena tinggalkan twins dekat nursery :( Semoga Allah sentiasa melindungi mereka dan juga kakak dan abang-abang diaorang, Aamiin.

Alhamdulillah, Aisy & Amsyar baik, takde nak meragam sangat kecuali ada something wrong macam tak sihat ke, itu je. Umo dah 2 bulan setengah ni, masing-masing dah jatuh demam dengan selsema sekali. Sekarang Aisy pulak demam selsema dan batuk untuk kedua kali. Masa check-up dekat UMMC pada hari ke 42 hari tu, doc paed ada cakap yang babies lahir before 37 weeks, daya tahan badan dia agak kurang berbanding babies yang lahir 37 weeks plus. So, sangat bagus kalau boleh exclusively breastfeed. Sangat kesian tengok bila twins kena selsema sebab ubat tak boleh makan. The only solution untuk newborn kalau selsema adalah sedut hingus diaorang guna mulut kita atau pakai alat untuk sedut hingus yang boleh dibeli kat farmasi. Tak pun bawak jelah pegi hosp biar mereka yang expert buat kalau tak tau atau tak konfiden kan.

Walau bagaimanapun, masih tetap syukur di sebalik dugaan-dugaan kecil sebegitu. Sekurang-kurangnya, mereka dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat walaupun sebenarnya Aisy ada sedikit masalah bengkak batu tutttt***. Sebab itulah masa dalam pantang, memang wajib kena tuam babies supaya besar-besar esok diaorang takde masalah kesihatan di bahagian tersebut terutamanya baby boys la. Bukan masalah itu je nak elak tapi amalan menuam (ada ke perkataan menuam???...haha) ni baik untuk elak kembung perut dan masalah kencing malam bila diaorang dah besar nanti. Biasa saya tuam pakai pasir panas or batu kecik. Ada jugak orang tuam pakai kain lampin panaskan dekat iron, tapi saya tak berapa berkenan cara tu plus bahaya kalau ada budak-budak.

Penggunaan pasir/batu kecik tu amalan biasa untuk babies yang takde masalah, tapi since Aisy bermasalah sket di situ, saya tuam pakai kacang hijau. Petua ni saya dapat dari father-in-law. Since dia merupakan pengamal perubatan tradisional, bab-bab macam ni memang saya sangat boleh rely on dekat dia. Sama jugak dengan pasir/batu, kita panaskan kacang hijau terlebih dahulu. Lepas tu letak dalam kain buat bunjut and tuam la macam biasa dan lebihkan di bahagian ari-ari. Boleh juga tuam di bahagian batu tuttt** dan bahagian bawah punggong babies. Kena buat selalu, kalau boleh everyday pagi dan petang untuk kesan jangka panjang. Menurut FIL, cara ni jugak berkesan untuk orang dewasa yang mengalami masalah buasir.

Sebagai peringatan juga, kacang hijau yang telah digunakan haruslah dibuang. Tidak boleh recycle untuk penggunaan lebih dari sekali or dibuat makan. Untuk elakkan pembaziran, tak perlu guna kacang hijau dalam kuantiti yang banyak pun untuk sekali penggunaan. Memadai guna supaya boleh buat bunjut sebesar sup bunjut adabi tu pn ok dah...hehe.

Ada jugak saya baca dekat FB page Kami Ibu Berpantang, penggunaan halba dan daun sireh untuk tujuan yang sama. Boleh like page tersebut sebab macam-macam info yang berguna ada di situ :)
 


Friday, March 22, 2013

15 Feb 2013

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 35 berpantang. Nak berkongsi sedikit pengalaman bersalin secara LSCS - lower segment ceaserean section for the first time walaupun kandungan sebelum ni dari pertama hingga ketiga semuanya normal. Tapi kali ni kena operate atas nasihat doc disebabkan my case ni adalah twin with one placenta.

Pada awalnya, dah book date untuk operate pada 19hb Feb 2013 dan sepatutnya masuk wad sehari sebelum. Tapi, Allah maha berkuasa dan maha penyayang. Tanggal 15hb Feb 2013, Jumaat, saya dah mula turun darah sedikit. Kebetulan hari tu dah ambik cuti siap-siap untuk buat preparation.

So, saya apa lagi, bergegas call my other half walaupun sebenarnya contraction langsung tak rasa. Yang paling bengang, masa nk call tu, line Maxis pulak buat hal. Naik tingkat atas nasib baik line ok. My other half pulak sampai tak sempat nak makan sebab time tu dia baru balik dari masjid dan otw nak pi makan. Saya pun sebenarnya tak kemas langsung barang-barang sendiri yang nak kena bawak pi hosp. Nasib baik barang-barang baby dah siap kemas masuk dalam beg.

Sampai UMMC lebih kurang pukul 4. Jalan pun rileks je sebab langsung tak rasa sakit kan. So, naik tingkat 3, wad bersalin, nurse suruh tukar baju semua, naik atas katil, nurse pasang alat yang monitor jantung baby tu...apa ke namanya lupa. Masa ni my other half dah turun tingkat 2, sebab dalam wad bersalin, tidak dibenarkan masuk. Lepas tu sorang doc lelaki bangsa India yang bertugas masa tu datang interview nak masuk info dalam form apa tah. Yang tak sukanya, kita dah jawab dia bukan nak fokus kat kita lepas tu tanye lagi dan lagi.

Tak lama lepas tu sorang lagi doc lelaki India yang lebih bertauliah datang check jalan dah bukak brape cm. First time ok, masa bersalin doc lelaki yang check. So masa tu dah 2cm bukaannye tapi still tak rasa sakit akibat contraction. Doc tu cakap kena operate hari tu jugak dan kebetulan takde masalah untuk operation dibuat memandangkan saya dah berpuasa dekat dengan 6 jam. Boring jugak la baring atas katil tu sorang-sorang. Dah la handphone tak leh bawak masuk.

Dalam keboringan tu, doc India yang kedua yang saya jumpa tu datang bersama tiga lagi doc. 2 orang berbangsa Melayu lelaki dan perempuan dan sorang lagi berbangsa Cina yang merupakan pakar bius. Saya pilih Dr. Zaiton untuk operate saya.

Dalam pukul 6 lebih gitu, saya ditolak masuk ke OT. Sempat jumpa my other half and my cobok. Tapi malang tak berbau kan. Bukan malang apa, malang nasib je atau dgn kata lain, dugaan.

Dah masuk bilik OT dan ready untuk dibius, tiba-tiba ada kes emergency. Baby dalam kandungan ibunya dah takde degupan jantung. So, staf yang tengah on duty had no other choice than to attend to the emergency case first. Saya pon ditolak keluar ke wad sementara bersebelahan OT. Lebih sejam jugak menunggu emergency case tu siap. Sayu hati bila tengok that lady yang terlibat dalam emergency case tadi bila dia ditolak masuk ke wad sementara kerana saya difahamkan oleh nurse di situ yang anaknya tak dapat diselamatkan.

Dan malang tak berbau lagi bila saya terus diduga dengan few emergency cases yang berterusan. Daripada operation yang sepatutnya bermula pada 6:30 petang, saya hanya dibedah pada pukul 9:30 malam. Bayangkan betapa frust, sedih, marah dan tak tahan menunggu turn. Nasib baik nurse kat situ ada belas kasihan. Dia bagi my other half masuk teman sementara tiba turn saya. Daripada takde rasa sakit contraction, sempat jugak merasa sakitnya walaupun minor pain je.

Anesthetic di-inject sebanyak 2 kali dekat spine. Punye la susah pakar bius tu nak cari kedudukan spine sesuai yang ada sedikit opening. Dalam masa 5 minit, kaki rasa kebas. Nak tau sama ada ubat bius tu berkesan atau tak, pakar bius akan suruh kita cuba angkat kaki kita. Kalau rasa tak leh angkat tu kira berkesan la tu. Ada kawan cakap kita akan rasa sejuk lepas kena bius, tapi takde pulak saya rasa. Berlapis-lapis selimut dengan warmer mereka letak atas saya. Sesetengah OT orang cakap boleh curi pandang masa doc tengah operate melalui lampu dekat OT yang macam cermin tu. Tapi, UMMC takde can ye nak buat camtu. Lagipun memang mereka menghalang pandangan saya ke siling OT dengan segala macam selimut dan warmer yang tebal-tebal tu.

Bila babies dah keluar, diaorang tak terus tunjuk kat kita. Lepas dah bersihkan baru dia bagi kita tengok. Nak pegang time tu jugak pn tak boleh sebab tangan dua-dua kena ikat. Dalam kul 11 camtu dah siap masuk wad postnatal. Walaupun penat dengan tak makan satu apa pun kecuali breakfast kat rumah pukul 11 pagi tu, mata takleh nak pejam bagi tido. Sebabnya kejap2 baby orang ni nangis lepas tu baby lain lak nangis. Maklumla UMMC takde private suite. Semua bilik ada 4 katil.

Esoknya baru baby dia bagi kat kita jaga untuk breastfeed. Malam pulak, salah sorang dia akan ambik letak dekat nursery. Malam kedua pun sama jugak tak boleh tido. Satu, sebab baby asyik nangis je sebab dia asyik terberak. Biasa la kan newborn baby memang camtu. So sangat mencabar la jugak nak kena selalu bangun tukar diapers lepas tu bangun lagi untuk bagi susu. And then I was in pain most of the time. Masa tengah bagi susu, time tu jugakla peranakan rasa sakit yang amat, macam sakit nak bersalin pun ada. I think it was of the proses pengecutan rahim. Lagi satu sebab, ada ibu yang baru masuk bilik yang sama, asyik berdengkur sepanjang malam....haisyy. Rasa nk sound pun ada. Ini jugakla antara penyebab baby saya tak lena tido.

Alhamdulillah, babies and ummi tiada masalah kesihatan, so after 3 days and 2 nights stay at UMMC, I was discharged. Terima kasih buat kakak and adik-adik ipar yang banyak membantu sepanjang tempoh bersalin hari tu.


P/s: Sebenarnya baju yang packed konon-kononnye nak pakai dalam wad, tak guna pun sebab pakai baju hosp je.


Thursday, March 21, 2013

Review : UMMC @ PPUM

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni sebenarnya dah hari ke 45 cuti bersalin. Tak menang tangan punye pasal, banyak draf terbengkalai camtu je. Alhamdulillah hari ni ada sedikit free times nak share few series of posts of my recent delivery of twins.

Dah lama berhajat nk buat sedikit review tentang pengalaman bersalin dekat UMMC. Bukan apa, saya dulu lepas tau pregnant kembar, susah jugak la nak buat keputusan nk bersalin kat mana disebabkan kekangan financial. Masa nak decide tu, susah sangat nak jumpa satu review yang betul-betul membantu tentang UMMC ni. Yang ada cuma komen-komen positif dekat forum-forum tertentu je. Kalau bersalin dekat SDMC Subang Jaya hari tu seperti yang di rancang, mau bil hospital berbelas-belas ribu...manala mampu kan. Tapi at the same time nk servis yang tip top...hehe. Nak pi hosp gomen, takut bila dengar banyak cite -ve daripada +ve.

Jadi, ke UMMC la kita...hosp semi-government. Before we talk about the the pros and cons bersalin kat UMMC ni, let's talk about preparation untuk bersalin kat sini dulu.

First of all, kena pergi set first appointment dulu dekat klinik antenatal. Tapi, masa mula2 pergi kita takkan terus dirujuk untuk check-up, sebaliknya mereka akan bagi kita first appointment for check-up pada tarikh yang lain. Jadinya, tak payah la nak harap, pergi for the first time je terus check-up. Macam saya, kena tunggu sampai lebih kurang 2 minggu daripada hari pergi set date tu. Tak macam hosp private, first time pergi terus dah boleh buat routine check-up. Masa pergi set date tu dia akan bagi list of documents yang perlu dibawa for the first time check-up.

Antara yang penting, kena buat bayaran deposit sebanyak RM500.00. Setiap kali routine check-up pulak, pekerja private sector macam saya ni, kenala bayar RM6.00 sekali check-up dan lagi RM20.00 untuk ultrasound.

Now, let's move on to the pros and cons.

Pros :

Nothing much to say sebabnya environment, policies and procedures memang macam gomen je kot.

Nurses pon alhamdulillah ramai yang baik hati, peramah dan sopan-santun dalam bercakap walaupun ada jugak ketemu dengan sorang dua yang agak kureng sket.

Doctor pulak walaupun muda-muda belaka, mereka dah terlatih dalam bidang masing-masing. Lagipun hari-hari dok buat kerja sama je kan, so don worry. Kalau rasa nak specialist sila lah ke UMSC- Universiti Malaya Specialist Centre.

Polisi UMMC ni, diaorang sangat menggalakkan breastfeeding. No feeding bottles allowed. Breastfeeding is something very good, right tapi sebenarnya yang ni pn ada pro and con sendiri. That is why ada ibu yang sebilik dengan saya ada yang bawak susu formula masuk dalam wad senyap-senyap.

Wad selesa walaupun kena kongsi 4 orang dalam satu bilik. Sekurang-kurangnya takdela rasa keseorangan sangat kan. Macam-macam cite leh kongsi dengan ibu-ibu yang lain.

Yang paling penting, kos sangat murah berbanding private hospital. I was charged RM900.00 only.

Cons:

Kita akan dirujuk kepada doc yang berlainan semasa check-up mau pon semasa nk deliver, depend pada sape yang bertugas on that day. Masa check-up tak kisah sangat, masa bersalin tu jelah agak kisah sedikit bagi saya kalau buatnya semua doc lelaki je yang available kan. Memang boleh choose nak doc mana sebabnya akan ade lebih pada sorang yang bertugas setiap hari. Dan kebetulan, alhamdulillah hari bersalin tu ada lady doc.
Berlainan dgn kebanyakan private hosp kalau dr check-up dgn gynae A, memang bersalin pun dgn gynae A jugak la kan.

Tak boleh choose nak bersalin normal atau operate. Operation hanya untuk kes-kes tertentu sahaja.

Macam private hosp, kalau kita dah choose date tertentu utk deliver dgn our gynae, tiada masalah menunggu turn lagi dekat hosp utk dibedah. Tapi dekat sini, selagi kita tak rasa sakit nak bersalin, walaupun dah masuk OT, nak tunggu kena bius je pon, kalau ada kes emergency, mereka akan attend kes emergency dulu. So terkulat-kulat la kita masuk wad balik tunggu turn.

Tiada private suite macam private hosp. Semua bilik ada 4 katil.

Sesiapapun tak dibenarkan menemani pesakit di luar waktu melawat termasuklah di malam hari.

Waktu melawat yang sangat terhad. Dari pukul 12:00pm-2:00pm dan 6:00pm-8:00pm.

Baby akan sepenuhnya di bawah jagaan kita sepanjang berada di wad termasuklah di waktu malam. For twins, salah seorang akan dihantar ke nursery. Jadinya, agak mencabar bila diri kita tgh sakit dan pada masa yang sama kena jaga baby on our own. Kalau private, dari pengalaman saya yang lepas, baby memang most of the time di bawah jagaan hosp supaya ibu boleh berehat.

Restless night bukan hanya disebabkan tangisan bayi anda yang kelaparan disebabkan anda yang ketiadaan susu atau kurang susu tapi disebabkan oleh sama ada tangisan bayi orang lain atau dengkuran ibu-ibu lain yang berkongsi wad dengan anda :( Semuanya disebabkan kena share bilik dengan ibu-ibu lain. No choice.

Kalau tak nasib baik dapat nurse yang kurang sopan atau mulut takde insurans....hehe. But, you can always filed a complaint against them. Bukan bermakna private hosp takde kes camni tapi usually it's very rare.

Not a husband friendly hospital. Kalau tak silap saya, even bersalin normal pun husband not allowed in the labour room. Sebabnya seingat saya semasa ceramah penyusuan ibu, nurse yang bagi ceramah ada bagi tau yang husband tak dibenarkan kerana terdapat banyak kes husband pengsan bila tengok darah banyak....hahaha. Macam lawak jugak di situ.

..............................................

Rasa-rasanya itu saje kot the pros and cons bersalin dekat UMMC daripada sudut pengalaman empunya blog ni. Banyak cons pulak ye daripada pros nye. Cons nye pon not that bad sampai boleh jadi nightmare. Setimpal la kan dengan harga yang dibayar. Jadi, tak bolehla nak expect lebih-lebih. Walau bagaimanapun, pilihan sentiasa ada, cuma sediakan saje duit for whatever the cost incurred.

Monday, March 18, 2013

The 30th Day

Yesterday marked one month of my confinement, meaning that the twins are one month old already. Alhamdulillah after a series of dugaan and cobaan during the early confinement period, ummi and babies are as healthy as we are supposed to be.

So, here they are, looking chubby and happy......





Friday, February 22, 2013

The arrival of the twins: Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pd pukul 9:30pm dan 9:31pm hari Jumaat bersamaan dengan 15.02.2013 yang lalu, saya telah selamat melahirkan sepasang twin boys di UMMC melalui pembedahan LCSC - lower segment ceaserean section. 

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t walaupun delivery kali ni pn termasuk dlm kes emergency jugak....hehe. Patutnya tak jadi kes emergency sebab booking utk operate 19.02.2013. Tapi Allah tu kan Maha Mengasihani hambaNya. Apa yang Dia aturkan tu memang sebaiknya. Sekurang-kurangnya saya takdela nervous sgt dok membilang hari, lepas tu pulak kan kena masuk hosp awal sehari. Nak buat apa lama-lama kan.

So, bila bersalin hari Jumaat rasa relief sangat sebab keesokannya weekend, senang my other half nak uruskan apa yang patut bila budak-budak pon tak perlu pergi skolah. Kalau tak mesti agak kelam kabut. Stay kat hosp 2 malam je, hari Ahad dah boleh discharge.

Syukur alhamdulillah ummi n babies sehat walafiat. 

Till next entry, all about my whole experience dekat UMMC layan la dulu gmbr my twins








Thursday, February 14, 2013

What to expect when you're expecting twins??

Assalamualaikum....

Lagi cerita pasal twin pregnancy. Sekarang ni dh masuk 36 weeks so ante-natal check-up dah upgrade sket dari 3 minggu ke 2 minggu sekali ke seminggu sekali. Last week punye check-up, got a surprise news from the doc. I will eventually deliver my twin through elective operation delivery a.k.a C-sect sebab puan doc tu cakap twin with one placenta, they will likely choose operation method for a good cause.

It came as a surprise to me sebab before this, sepanjang-panjang check-up dekat UMMC tu, sorang doc pon tak pernah nak encourage czer even though they consider my case as twin with one placenta. Dalam rekod of coz la sume benda tu ada kan tertulis. Semua encourage suruh normal je sebab yang lepas-lepas normal kecuali ada problem. Bukan tak try mintak pon nak operate tapi sorang doc tu siap cakap, "buat pe nak operate since history dah biasa normal, tapi takpe kalau u insist kita akan bagi kaunseling".

Alih-alih last week punye check-up, macam ni pulak kesnya. Bila mentally dah sedia for normal labour, terpaksa twist my mind untuk reset what I have expected when I am expecting twins. Yang suggest operate tu pun doc pakar kan, so ikut jelaa. Lagipun I think cara tu lebih baik, insyaAllah. At least I get what I have been asking for since knowing that I am carrying twins.

Nervous???? Sangat-sangat la nervous, Allah saje yang tau. Actually, kalau normal pon takut jugak sebab twins kan dan operate pon takut jugak sebab tak pernah kena operate. Kalau emergency operation tu lain la cite. Walau macam mana pon, semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat....aamiiin.

Lagipun, kalau tunggu sakit bersalin yang tak tau bila, ntah awal ntah lambat dari due date, rasa-rasa saya ni akan tergolong dalam golongan OKU kot....haha. Sebabnya, 36 minggu ni pon dah tak larat sangat dah rasa nak bawak budak berdua ni ke mana-mana...hehe. Badan tak payah cakap la sakit-sakit uratnya especially peha, betis dan kaki. Kaki dah macam belon dah, tak surut-surut bengkak nya. Itu yang semua posisi, duduk, baring dan berdiri semuanya tak selesa. Sleepless night memang tiap-tiap hari. Tapi di sebalik semua ketidakselesaan itu kan dah dijanjikan ganjaran yang banyak, jadinya tak payah lah nak komplen lebih-lebih kan.

This week check-up pulak adalah masa untuk pilih date nak operate. I was thinking nak ambik hari Jumaat 22hb Feb 2013 since fikir senang nak uruskan my little lovely people, their schooling, kat mana nak tinggal diaorang while my other half bz uruskan wife kesayangan dia nak bersalin ni....hehe. Tapi doc tak bagi pulak sebab time tu dah lebih 37 weeks, dia takut tak sempat operate, dah sakit bersalin since twins kan most likely akan bersalin awal. So, at last dapat date 19.02.2013....sedih :( Baru nak pilih date cantik sket........ 20.02.2013 ke tapi takde rezeki jugak since 20hb tu pn dah ade 3 kes. So, malas la nak bersesak-sesak dengan orang lain, takut doc dgn nurse tak menang tangan nak attend kita pulak.

Doc yang nak operate tu pon tak tau lagi siapa, lelaki ke pompuan. Hari kena admit, 18hb nanti baru tau. Ni lagi satu yang tak brape nak gemar nihh sebab sebelum ni bersalin dekat private memang doc pompuan je. Lepas bersalin pulak boleh rehat-rehat sebab kebanyakan masa nurse yang jaga baby...hehe. Sungguh tak bertanggungjawab kah di situ????

Apa-apa pun, alhamdulillah ma sudi meluangkan masa nak jaga anak pompuan tunggal dia yang nak bersalin ni. Kalau tak susah jugak sebab takkan nak mintak ipar-ipar apply cuti semata-mata nak jaga kita kan. Segan pulak. Sedara mara pompuan lain memang takde dalam kamus hidup saya sebab 2 beradik je. Adik pulak lelaki. Husband pulak memang tak dibenarkan jaga wife dalam wad 24 jam.

I don't know what else to expect this time around since everything from pregnancy to labour is like a brand new thing to me. Yelaa kan, dengan anugerah anak kembar dari Allah, method of delivery yang tak pernah dialami sebelum ni, tambah pulak bersalin dekat hospital yang berpolisi gomen plus jauh kat perantauan walaupun dah lama bermastautin kat Selangor ni. Confinement nanti pon would be totally different from what I used to experience sebab kali ni insyaAllah will be engaging a confinement lady to take care of me after mom go back home for at least 2 weeks.

Praying for a smooth and safe delivery, good health condition for ummi and both babies plus kemudahan after delivery in taking care of the twins...amin ya rabbal alamin.





Maksudnya:

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.



Monday, February 4, 2013

9 years and 3 kids later plus twins OTW

Bismillahirrahmanirrahim...

Juat a quick update on what's happening lately..........



HAPPY 9TH ANNIVERSARY TO ME AND MY OTHER HALF :)

It has been a wonderful journey for both of us. Like a normal married couple, we have our ups and downs and Alhamdulillah, we have made this far. With the twins joining our journey soon, it won't be just wonderful anymore.....it would be magical. A million thanks and appreciation won't be enough to describe how grateful I am to Allah for sending me such an amazing husband and dedicated father to our children...*hope he feels the same way too...hehe* Looking forward to spend forever with him and may Allah bless our marriage till death do us part.


This was me trying to be romantic but obviously it was a failed attempt....I mean almost. Got his reply an hour later. And that was after complaining, if not I would go to sleep that night with heartbreak...sob...sob:( The only strong reason for this because of the internet connection yang macam kura-kura...huhhh! Shame on u Celcom but sometimes Maxis is freaking annoying either. By the way he was actually in front of me all the time when this almost-failed-attempt occurred.

Again, alhamdulillah for everything.





Monday, January 21, 2013

#Twins : 32 weeks plus check-up

Assalamualaikum w.b.t


It's been a while didn't come up with any new post. Almost everyday jugak bukak blogger ni tapi takde idea or benda-benda menarik untuk dikongsi, plus been a bit bz beeeeeee recently. So, since work is a bit slow with nothing much to do on this new beginning of a new week, ada la masa dan sedikit cerita tentang perkembangan twins untuk dikongsi bersama...hehe :)


Pagi tadi pergi scheduled check-up dekat UMMC. Sedikit lambat dari biasa sebab biasala awal-awal tahun ni, traffic jammed semacam jekk...bosan. Sian my other half :( Tapi, walaupun lambat daripada biasa, jangka masa habis check-up adalah sangat luar biasa pulak hari ni. Datang kul 9.00am, 10.40am dah selesai...weeehoooo!! Cepat pulak. Tak sempat nak rasa boring pon.....hahaha. Syukur alhamdulillah.

Boleh dikatakan sepanjang-panjang check-up dekat UMMC, hari nilah yang paling happy sekali bukan sebab the check-up time was shorter than usual je tapi sebab masa ultrasound tadi, berat bayi-bayiku dah pon mencapai 1.9kg dan 2.1 kg. Happy sangat sebab sebelum ni risau sangat takut baby terlampau kecik walaupun doctor cakap everything was normal. Alhamdulillah. Macam tak caya je, sekarang ni hari-hari dok carry berat 4kg plus termasuk air ketuban lagi.

1.9kg + 2.1kg = 4 kg

Macam tak sangka pulak, masing-masing dah mencapai berat 2 kilo dalam masa 3 minggu despite the small amount of food I consumed everyday. Yaaa!! Saya makan memang sikit walaupun mengandung kembar. Kenapa?? Actually, I don't have any idea myself. Maybe sebab choices of food sama je sampai dah tak tau nak makan apa dan lagi satu kemungkinan perut dah makin kecik disebabkan ruang kosong yang ada dah dipenuhi dengan bayi-bayiku yang sedang membesar, so cepat kenyang. Tapi, kenyang nya tu sekejap je rasa, lepas tu lapar balik so kena standby apa2 makanan especially kat ofis.

Lepas tu yang tak tahannye, kadang2 tu rasa macam nak makan 2 jenis makanan dalam masa yang sama..... muahaha. Hari tu masa bekpes, lepas makan nasi lemak, order pulak roti canai sebijik. Dah cuba tahan dah selera  sebab takut membazir je, tapi tak boleh jugak.

Dan disebabkan pertambahan berat babies kebelakangan ni, kaki pon tiap-tiap hari naik sembap macam belon dah terutamanya hari-hari bekerja disebabkan pergerakan kaki kurang dan cara kedudukan kaki pon berjuntai ke bawah je, tak bebas macam dekat rumah. Kadang-kadang bangun pagi-pagi, jari-jari tangan pon sembap jugak dan rasa tegang je Nasib baik muka tak sembap!! Kalau la sembap tu kandungan dalam tu macam belon, dah lama agaknye ambik jarum cucuk lepas tu keluar angin macam belon, sembap pon surut la kan. Kalau la semudah itu. 

So, nak solat macam biasa pon dah jadi sedikit mencabar di waktu-waktu begini. Terpaksa solat duduk atas kerusi je sekarang. Jalan 10 langkah pon dah semput. Ada gaya nak kena ambik UNPAID leave awal ni nampaknya. Tapi, walau bagaimanapun, syukur tak terhingga ke hadrat Allah sebab semuanya berjalan dengan baik-baik sekali.

Another one month plus to go.......:) Dup....dap...dup...dap.



Tuesday, January 8, 2013

Back to school

Assalamualaikum w.b.t.

Dh beberapa hari tak jenguk blog, sedar-sedar dah tahun 2013 dah kita sekarang ye! Begitu cepat masa berlalu...phewww. Dan cuti sekolah pon berakhir, bermakna it is time to go back to school.

Tahun 2013 ni, kakak darjah 3 dan Aqil dah pon masuk Darjah 1. Aqil sangat-sangat la excited dapat masuk sekolah kakak jua akhirnya. Bertambah la beban kewangan ummi and abah untuk tahun2 yang seterusnya...hehehe. Tapi semua tu InSyaAllah tak menjadi masalah, sebab Allah pasti akan murahkan rezaki kita sekeluarga...amiiin :)


Yang menjadi masalahnya sekarang adalah my baby besau, si Ashif nihh. Sian sangat kat dia sebab tahun baru ni kena gi skolah tabika sorang-sorang dah. Tak macam dulu, pegi balik berdua dengan Aqil. Hari-hari muka sedih yang amat, muka tak rela gi skolah sorang-sorang, muka yang tak boleh terima kenyataan terpaksa berpisah skolah dengan Aqil. Ummi pon dah bergenang air mata dah ni, saat menaip ayat-ayat tadi sambil imagine muka Ashif yang sedih tu.

Sekarang hari-hari tiap kali sampai SIAS je (sekolah kakak n Aqil) Ashif mesti sibuk gak nak turun nak hantar Aqil dengan kakak sampai pintu skolah, baru puas hati. Semalam, bila kereta dah gerak dia siap bukak tingkap nak bubye sambil menahan air mata yang nak jatuh. Lepas tu malu sendiri bila kena tegur dengan abah, "kenapa Ashif sedih?". Siap tak ngaku lagi dalam hati sedih yang amat. Hari-hari jugak bagi tau tak nak skolah tabika, nak skolah dekat skolah Aqil. Jenuh ummi dengan abah nak pujuk. Sampaikan semalam sedih gile agaknya, mintak telefon dengan ummi nak call tok ki tapi tok ki tak angkat. Last-last telefon tok wan. Sib baik tok wan angkat. Sampai camtu sekali nak hilangkan kesedihan.

So, ummi pon ambik la kesempatan cerita kat tok wan perihal cucu dia yang manja tu. Bila Ashif tanya, tok wan cakap apa, terpaksa la ummi tipu sunat, cakap tok wan kata kalau Ashif rajin pi skolah nanti tok wan beli baju ultraman banyak-banyak *chopp...idea abah sebenranya tu...hehe*. Nak kena umpan camtu baru muka ceria sikit tapi................. 
*
*
*
*
*
*
*
ku harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan air mata jugak di pagi hari. Sampai skolah je muka sedih walaupun abah dah hantar sampai pintu skolah seperti yang dia demand sekarang tiap kali sampai skolah...Ashif...Ashif :( Sedih betul ummi tengok. 

Bila abah intai dari luar, memang muka Ashif muka nak nanges je dalam kelas. Bila tanya cikgu, dia cakap awal-awal je camtu, lama-lama Ashif ok je. Alhamdulillah, lega ummi dengan abah dengar. At least, Ashif sedih gitu-gitu je takde la sampai meraung macam sesetengah budak yang langsung tak nak pi skolah kan. Dan hari ni masih tiada perubahan lagi, masih muka sedih jugak masa sampai kat skolah. 

Harap-harapnya Ashif boleh adapt dengan situasi ni secepat mungkin sebab ummi dengan abah tak sanggup tengok muka sedih Ashif every morning. Semoga sindrom morning-sadness Ashif ni cepat-cepat berlalu pergi, InSyaAllah.